12 February 2013

::bola-bola mata::



Kalau mencari diri, mana mungkin hanya pantulan depan diri dilihat halus mulus.

Lihat tengok sama belakang badan.

Mana tahu kalau-kalau ada compang di punggung  terlihatkan.

Mana tahu kalau-kalau di atasan sanggul terpalit sisa buangan burung terbangan.

Kerana dua bijik bola mata ada di depanan.

Maka, bola-bola mata lainya diperlukan bagi melihat tengok kurangnya diri. Yang di belakang, yang diatasan barangkali.
Kerana itu, perlu untuk miliki mata-mata lain.

Bukan seperti kata pepatah dahulu kala “jangan jaga tepi kain orang”
Kerana kadang-kadang kita alpa akan kain yang jahitan paling bawah, paling belakang atau juga terlalu menjaga yang dibelakang sampaikan yang didepanan teralpa.

Semoga kita sama menjaga depanan, belakangan, bawahan dan juga atasan bersama.

Kerana kita yang tidak sempurna, memerlukan kita-kita ini untuk menutup lenyap kurangnya sempurna diri.

::ini adalah bola-bola mata D::
Kerana mereka ini adalah bola-bola mata D, mereka jugalah tangan-tangan yang sering dipaut erat, bersama seret deret hentak kaki.

No comments:

Post a Comment