2 April 2014

:: TUNA SANDWICH ::


Haiiii semua, dah lama Mak cik D tak share resepi masak-masak kan? (Huhhh bajet pandai masak sangat!!!) Silalah meluat, memang diizinkan untuk meluat dengan gaya riak D ini. 

Actualy, semenjak semakin sarat ni memang jarang sangat lah B merengek-rengek minta disuap makan hasil air tangan si isteri. Kasihan agaknya,ke sebab masakan D tak sedap eh? 


Sementelah weekend je baru balik Lumut, lepas tu berselang seli dengan balik kampung pulak memang jarang sangatlah kami laki bini dapat bermasak-masakkan dirumah. Sebabnya, kalau dah balik kampung, faham-faham jelah. Memang jadi boss lah D, order je nak makan apa. Pasti ibu dan si emak mertua terkasih akan menyedialengkapkan setiap apa mahu hendak D. 


Tapi, kadang-kadang kalau dapat balik awal, kerja tak banyak D curi-curi jugaklah balik ke Lumut. Kesian tinggal B sorang-sorang, tapi sebenarnya D yang tak selesa sorang-sorang kat bilik sewa. Sebab tu kalau kerja tak banyak D selang seli jugaklah balik ke rumah. Kalau balik rumah, habis kerja 5.30 pm, perjalanan termasuk dengan jammed dekat 1 jam 45 minit jugak lah. Kalau hujan makan masa 2 jam jugak lah. Jadinya, magrib barulah sampai jejak lif. Sampai terus mandi manda. Haruslah mandi puas-puas sebab mandi dekat bilik air sendirikan. Lagi pulak ibu memang pesan jangan mandi malam-malam tengah mengandung ni, takut nanti air ketuban banyak ke apa sebabnya entah. Kalau balik, dapatlah solat berjemaah dengan B. Pukul 8 lebih jugaklah baru dapat rehat, lurus-luruskan badan. So, nak masak memang dah tak larat. Nampak sangat banyak alasan kan? Kukuh pulak tu alasan-alasan D. Keh keh keh keh. 


Kalau masak pon selalunya yang simple-simple jelah, macam goreng ikan bilis pecah telor dengan cili belah-belah. Tak pon kalau sampai awal sempatlah buat sambal sardin dengan telur dadar. Tapi selalunya buat sandwich je lah untuk makan malam. Stok tuna memang bertin-tin dalam lemari, sebab B suka sandwich tuna. D pon suka, baby dalam perot pon suka. 


Ini bukan resepi, sebab ini orang tak pernah masuk dapur pon memang reti buatnya. Tapi sebab dah lama tak masak-masak, jadilah nak jugak share sandwich tuna kegemaran kami laki bini ni. 


Bahan-bahan:

1. Tuna satu tin
2. Salat
3. Cili (Ikot suka nak pakai cili apa dan berapa bijik)
4. Mayonis
5. Mustard
6. Tomato (Hiris nipis)
7. Timun (Hiris nipis )
8. bawang besar sebijk (Potong dadu )
9. Roti (Dibakar)

:: antara bahan-bahannya ::



:: campor dan gaulkan ::


:: salad,tomato; timun lupa amik pic ::



:: bakar roti, susun sayur, campak bahan ::



ikot kreativiti dan selera masing-masing nak campak ape lagi pon lah ::



:: jempot makan woiiii ::



No comments:

Post a Comment