21 November 2014

MAH





Gambar sekadar hiasan.


Lebih tujuh bulan berstatus Bonda, ternyata ia satu pengalaman paling mengujakan dalam hidup D. Sungguh, tidak ada sesuatu yang mengujakan selain dapat menatap riak anak yang setiap hari memberi 1001 pengalaman untuk dikutipkenang sepanjang hayat nanti.Setiap segala sesuatu hanya adalah untuk anak. 


Fitrah wanita barangkali, sifat kebondaan itu sangat mendalam semenjak kurang lebih 7 bulan ini. Sedangkan sebelum-sebelum ini, melihat anak kecil yang tak dikenali siapa asalnya perasaan D sama macam tengok anak kucing parsi yang berbulu tebal. Langsung tak dikuis usik, sebab geli dengan bulu kucing, dan sebab takut nanti mak bapak baby tu marah kuis-kuis anak dorang.

Masa pregnant pon kadang-kadang D sebenarnya selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. Boleh ke nanti D sayangkan anak yang D sendiri kandungkan ini sama macam mak-mak lain sayang anak dorang? Sebab jiwa D memang bukan jenis pencinta budak. Yang akan terkinja menjerit tiap kali melihat budak comel depan mata time kat shoping mall. D biasa-biasa je dengan budak-budak ni.


Tapi ternyata, kelahiran baby K mengubah segala rutin fizikal dan emosi D. Memang D masih orang yang sama, masih D yang dulu. Tapi kelahiran baby K telah membawa haluan rutin yang berbeza. Memang total berbeza terus.



Dan baru-baru ini, terbaca kisah Mah yang menjadi viral di laman-laman sosial menjadikan D tersentak kuat. Macam ada jentolak yang mengorek hempedu, lepas tu campak ke laut. Hahhh macam tulah rasanya lepas baca kisah Mah yang makin popular sekarang ni. Memang ada betulnya surat 'Abang', iaitu suami Mah yang curang tu.


Tapi.....


First baca, memang dalam hati terus cakap 'celaka betul suami Mah ni'. Selamber je boleh terlajak perahu dengan si Zulaikha ni.

Kesianya dengan Mah. Dah berkorban segalanya untuk rumah tangga, sampaikan tak ada langsung sompek dalam hal ehwal menjaga anak dan rumah tangga. 

Lepas tu, teros rasa Zulaikha si janda nilah yang mencacatkan pandangan masyarakat pada mak 'J' yang ada.


Sebab tersentak tercabut hempedu, haruslah hadam balik apa yang dibaca untuk difaham sebaik mungkin tanpa bias walau ianya lebih sukar daripada menarik rambut di dalam tepung. Sebab terlahir sebagai perempuan, yang penuh emosi dan jiwa yang sering mengongoi jerit melihat segala yang perit. Tetap jugak terbias.

Haihhhh.

Sambil drive balik kerja pon terpikir-pikir lagi pasal Mah ni, haishhh mempengaruhi minda betoi.



Terus belek diri sendiri.


Memang macam dah tak sempat nak berscrup bagai sekarang ni, mandi pon cepat-cepat sebab anak dah melalak nak kopek. Lepas mandi bungkus rambut teros dodoi anak. Kadang-kadang tertido teros, langsung esok baru sikat rambut.


Memang macam dah ikot mana sempat je capai baju tudung yang paling atas, mana sempat capai gosok itulah yang disuai padankan. Warna tak match pon takpe, sebab konon ikot trend memang fesyen macam tu. Padahal, semua tu kelaut yang sebenarnya.


Kasut tinggi memang dah simpan lama dah dari pregnant dulu, tambah sekarang berdukung. Memang hilang terus dari wish list konon-konon lepas pantang nak bertumit tinggi balik macam muda-muda dulu.


Keluar kerja pagi, sampai rumah sebelum magrib yang kadang-kadang dah hujung magrib baru kelam kelibut menapak masuk rumah. Sampai rumah, mandi, solat, masak untuk makan malam sambil B jaga baby K, tapi kadang-kadang main-main dulu dengan baby K sebab nanti dia dah tidor tak sempat main pulak. Dia tido baru masak and makan.


Memang macam dah tak ikot jadual makan minum dengan betul sekarang ni. Macammana pon malam mesti nak kena makan nasik jugak, sebab tak nak susu drop. Memang mengumpul lemak lah sekarang ni, lepas makan yang dah lewat tu, terus penat mata mengantok sambil tepok-tepok anak terlena padahal nasik belum hadam lagi pon.


Wekend pulak, memang hari mendobi. Bangun pagi memang suami yang uruskan perihal baju, tapi setakat basuh, sidai dan angkat jelah. Lepas tu urusan melipat, menyusun dah terpundak di bahu D. Stok seminggu okeh, memang kebas lah kaki melipat kain baju. Iron baju kerja untuk seminggu terus, sapu-sapu sampah memang hobi suami, so tak pernah buat sebenarnya bab yang itu. D cuma masak-masak untuk di makan kami laki bini. Kalau tak keluar atau balik kampung, memang melungguk depan tv, masak-masak dan makan-makan. Itu je rutin. 


Memang sebebnarnya D takut nanti D jadi macam Mah.


Sebenarnya, situasi ni nak salahkan siapa ehh?


Memang jawapanya bukan salah anak, walaupon memang anak yang membezakan hidup kita sebelum dan selepas beranak pinak ni. Tu tak masuk lagi urusan financial yang mula tunggang tebalik. Dah tertarik-tarik duit saving untuk holiday setahun sekali dan duit saving baju baru sebulan sehelai.


Anak tu, pada D memang peluas rezeki. Anak jugak memang penguji jiwa paling Dewa, tapi kenapa kita masih sayang dan cintakan anak macam kita sorang je yang ada anak? Berkerut sebenarnya dahi D fikirkan apa yang akan Mah ubah, macam apa yang di minta oleh suami Mah yang curang dalam surat tu. Ehhhh sebenarnya bukan berkerut fikirkan Mah, D kerut-kerut fikirkan macamana nak ubah semula rutin tujuh bulan ini menjadikan D lebih punyai ruang masa untuk diri sendiri jugak.


Sesungguhnya kehidupan memang terlalu berbeza

nak amik gambar pon susah

Haishhhhh



cubaan pertama, gagal.

cubaan kedua, gagal.

cubaan ketiga,gagal. 

cubaan keempat
semuanya gagal!!!


Moga cerita viral Mah ini hanya rekaan semata,
Sekian.

No comments:

Post a Comment