10 February 2015

10 senarai 'oh dia ni macamni rupanya'



Hi!!!

Pagi ni datang office naik bus, sampai awal. Tunggu officemate sampai, ain. Kuar breakfast sama-sama. Sementara tunggu order sampai, borak-borak. Ehh nak bagi tau jugak,ain ni bakal pengantin untuk tahun ni. Ahhh, cant wait for her wedding. Borak punya borak, tetiba terbukak cerita after and before wedding. How ur spouse? Ehh, teromputih plak. kih kih kih.


Lima saat jugak terdiam, tarik nafas then senyum. Erhmmm, jawapan D senang je. Selama mana pon bercinta, selama mana pon dah kenal each other, since dah kawen rupanya akan banyak lagi benda terkeluar dari pasangan kita yang kita rupanya akan cakap 'oh dia ni macamni rupanya'. Akan banyak lagi sebenarnya yang kita belum cukup kenal pasangan kita. Event dah kenal dari kecik sekalipun. 

Untuk D and B yang dah memang kenal dari zaman kanak-kanak rebina pon, bila dah kawen dah tinggal sebumbung, tido sekatil, still ada banyak yang 'oh dia ni macamni rupanya'. Ni bukanlah maksudnya masa bercinta dulu semuanya fake belaka. Tak, maksudnya selama mana pon mengenali masih jugak ada yang kita tak cukup kenal selagi tak berkahwin,tak duduk satu bumbung. 


Ain ask me, 'Diana and alif banyak ke yang 'oh dia ni macamni rupanya'?


Tarik nafas jap, lima saat lagi.


'Banyak, sampai sekarang pon dah dekat 3 tahun kawen, still ada macam-macam yang kita baru tau habit dia. Yang tak sangka rupanya dia macam tu'.

Sebenarnya, makin lama kita kenal pasangan, makin banyak yang kita tahu bahawa banyak benda kita tak tahu pasal dia. Untuk D sendiri, kami masih saling mengenal, masih saling cuba menjadi yang terpaling faham untuk satu sama lain untuk segala aspek. Keadaan pastinya akan berubah untuk setiap situasi yang berbeza-beza. Emosi pastinya sentiasa berubah mengikut mood dan kekuatan mental menahan ujian. 


Dan semakin lama, kita mula menjadi semakin saling berpaut. Percayalah, kalau mula-mula kahwen D paling stress dengan bunyi dengkur B, sekarang ni bila B outstation lama-lama, bunyi dengkur tulah yang akan tercari-cari sebelum mata terlena lelap. D senaraikan 10 perkara antara D dan B, 10 cukuplah. Sebenarnya banyak lagi. Hahahahha.




10 senarai 'oh dia ni macamni rupanya'



1. Bilik Air.

B paling pantang bilik air, melekit berlendir, rambut D yang semakin hari semakin banyak berguguran tulah yang selalu di bebelkan. Lepas D mandi B akan masuk. Keluarkan rambut yang melekat kat lubaang laluan air tu. Masa mula-mula kawen memang kuat lah bebel dia, tambah-tambah kadang-kadang tertinggal panty liner dalam sinki. Sekarang ni mesti sebab dah malas dia nak bebel, makanya lepas D mandi dia akan masuk bilik air dan kutip rambut dan panty liner D tu. 

'oh rupanya dia memang macamni rupanya'



2. Gantung seluar belakang pintu

D memang lepas pakai seluar jeans ke seluar kerja ke terus letak dalam bakul untuk di basuh. Paling-paling pon pakai takat dua kali je. Tapi B, akan pakai sekali seluar jeans, lepas tu esok pakai yang lain pulak sampai kadang-kadang semua seluar dalam almari habis bekas pakai. Bergantung belakang pintu, lepas tu ulang-ulang pakai. Hoiiii, memang menjeritlah memula dulu tu kan, tapi apa nak buat, hadap jelah. Dah tu je laki kita. Altenatifnya, D akan kutip seluar-seluar tu untuk d bawa ke bakul untuk di basuh. Dah malas nak jerit-jerit dah, malu kat jiran tetangga. 

'oh dia memang macamni rupanya'



3. Iron baju

D tahu, jauh di sudut hati B mesti mengharapkan isterinya yang mithali ni ironkan baju kerja dia hari-hari. Tapi percaya tak, sepanjang kawen ni D memang tak pernah iron baju kerja B selengkapnya. Wehhh leceh kot, kang ada je yang tak kena. Lepas tu dia touch up balik. Terus sentap tak nak iron dah. Hahahaha padahal memang dasar malas iron baju. Baju kerja D pon main kibas-kibas je terus sarok tak beriron. Dahlah baju seluar dia nak kena ada side betoi-betoi, kang mula membebel bila tak elok. Malas la dengar bebel-bebel ni, so baik tak payah buat terus. Memang dasar sangat kan? Hahahahah.

'oh bini aku memang macamni rupanya'


4. Basuh baju

Tak habis-habis lagi bab kain baju ni kan? Hahahaha, biasalah. memang kerja mak-mak sekarang ni macamni. Sekarang tengah menaip ni pon dok teringan kain baju belambak dalam mesin tak basuh lagi. Baru hari rabu je ni. B memang suka basuh baju, lepas tu biar je dalam mesin berkepok. Tunggu D jugak yang hangerkan. Yang sebenarnya D sakit hati kalau dia hangerkan baju-baju tu. Sebab sangatlah lembap dan tersenget sana sini. Can't okeh, D tak suka lembap-lembap dan senget sana sini. Nanti nak sidai kat depan orang lalu lalang tak cantik. D dulu ibu ajar sidai kain baju mesti ikot kategori. Kalau sebaris tu seluar, semuanya seluar sampai hujung. Kalau baju, baju je. Hanger kecik untuk selaur/baju kecik, kalau B dia main harung je. Asalkan baju-baju tu tergantung. Huhh,sakit mata okeh. Sebab semua dia buat D bebel ada je yang tak kena, so memang dia takan buatlah bab hanger baju tu.

'oh, kuatnya bebel bini aku rupanya'



5. Memandu & kereta

Walaupon D meliki lesen memandu dulu sebelum B, (yelah umur sebaya kan?) tapi B lagi cekap memandu dan parking kereta. Kalau dia kat sebelah D drive memang sakitlah telinga dengar dia bebel ada je yang tak kena. Geram sangat, selalunya D berhenti tepi jalan terus suruh dia yang drive. Tak kiralah dia mengantok ke tak larat ke. Lagi best kalau dia tido terus, and D drive. Lepas tu makin geramnya, bila kita drive ada je yang tak kena, tapi bila dia drive buat macam kita buat boleh pulak. Hoiiii memang mendidihlah kan?

Bab kereta pulak memang B lah yang buat semuanya, service ke, tukar tayar ke, basuh ke termasuklah loading and keluarkan barang dalam kereta. D ni jenis semua nak bawak kalau pergi memana, kalau boleh satu almari nak isi. Yang paling B selalu bebel bila semua kasut D penuh dalam bonet. Ek eleh, tu pon nak bebel kan? Biarjelah. Bukan kasut tu ketuk tangan dia pon kan?

Masa bercinta dulu naik moto je, so tak pernah ada masalah ni. Hahahahaha.

'oh macamni rupanya dia'



6. Stokin dalam kasut

Tabiat B yang satu ni memang paling menyesakan nafas D sebenarnya. Huhh semangat, memang kena kental kalau bab ni. Berbuih dah mulut dok cakap stokin lepas pakai letak dalam bakul terus, boleh terus basuh. Ni tak, letak jugak dalam kasut. Lepas tu esok pagi nak pergi kerja pakai stokin baru, stokin dalam kasut tu letak atas meja kopi. Esok pagi anak bangun, terus masuk stokin masam dia tu dalam mulut (Feveret baby K sekarang berdiri sambil jalan keliling meja). Dari dulu, memang sakit hati sangat. Tapi tulah, redha jelah. Agaknya, macamni jugaklah dia redha bila kutip panty liner D dalam singki bilik air kan?

'oh laki, macamni rupanya dia'



7. Botol susu anak

D kalau selesai pump susu and susukan baby K guna bottle, mesti terus basuh and letak terus kat dryiang rack. Tapi B, rendam dulu bottle2 tu berderet atas sinki. Lepas tu mulut D bising-bising sambil berus bottle2 tu semua. Then dia senyum-senyum. Tektik sangat kan? Sebenarnya dia malas basuh bottle anak rupanya.

'oh, macamni rupanya dia'


8. Makan

Bab makan ni D selalu rasa bersalah. Sebab B macamna lapar pon mesti akan tunggu D jugak makan sesama. Dulu D keje jauh ulang alik sampai lewat camne pon B tetap tunggu D walau dia tak makan lagi dari tengahari. Walupon D suruh makan dulu sebab D dah makan macam-macam kat tempat kerja. Dan rasa macam tak larat dah nak makan bila balik nanti.Tapi sebab tak sampai hati sebab B dah tunggu so, makanlah lagi D. Sebab tu dalam masa 2 bulan kawen, berat badan D naik 3 kilo.

Sekarang ni, dah ada anak balik kerja memang kelam kabotlah nak masak and main-main dengan baby K dulu. So, time makan memang macam tak menentu. Selalunya settlekan kerja rumah dulu baru makan. Kalau baby K tak tido petang tu kat rumah baby sitter, awallah dia tido malamnya. Kalau tak memang lama lah dapat main dengan dia kat rumah. Sekarang ni nak tidokan dia memang mencabar sikit. Dari melon tetek D penuh susu sampai kempis pon belum tentu dai layu. Silap haribulan lepas kenyang terus bangun duduk gelak ngekek-ngekek korek pusat D. Tu tak masuk lagi bab muntah susu sebab sedut belambak-lambak tak nak lepas. Lepas tu mandikan dia sikit-sikit sebab melekit dengan muntah susu tu, lepas tu mata dia pon sesegar pagi harilah jawabnya. B memang tak kan makan sensorang, mesti tunggu sampai D tidokan baby K dulu baru nanti makan sesama.

'oh rupanya dia memang makan nak sesama'




9. Atas katil

Hoiiii jangan nak terbeliak sangat bijik mata tu. Bukan nak cerita yang 18sx okeh. Nak bagitau B kalau tido mesti cadar and comferter bergulung-gulung and berterabur. Memang jangan mimpilah bangun pagi boleh tarik sikit-sikit je betulkan cadar. Harus kau kena kibas segalanya macam baru nak pasang cadar baru. Memang pelik sangat, taktaulah dia tido macamana sampai cadar boleh jadi macam tu sekali. Bila dia outstation, D boleh bangun lewat sikit sebab tak payah nak pasang balik cadar semua tu sebab D jenis tido bangun pagi cadar elok je tak berkedut teruk. Tarik hujung-hujung je, lepas tu kibas sikit-sikit.



10. Kuat bebel

Sebenarnya dua dua orang boleh tahan jugak kuat bebel. Hahahahaha.


ok bye!!





"Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNYa. Dan Allah maha luas (pemberianNya) lagi maha mengetahui" (An Nuur 32)

No comments:

Post a Comment