9 February 2015

SPAGETI CARBONARA



Hi weekend!!! (hari ni isnin,saya rindukan weekend)


D percaya, wanita berkerja macam D paling menantikan hari jumaat lekas habis. Lekas boleh balik gomol-gomol anak dan suami. Bangun pagi boleh lama-lama dalam toilet, boleh mandikan anak lama-lama. Belek setiap inci yang ada. Kalau tak, kalut-kalut mandikan anak or basuh berak, tukar diapers hantar terus ke rumah baby sitter. Tak sempat pon nak belek lubang telinga anak. Weekend memang paling dinantikan. Untuk settlekan sebeban kain baju berlungguk dalam bakul tak berbasuh. Dan sejak beranak ni, extra sebakul lagi untuk dibasuhsidai, lipat dan susun. Tu belum lagi shawl dan beberapa helai yang kena basuh guna tangan sebab tak nak fabrik rosak. Haishhh, baru isnin dah tak sabar tunggu jumaat. Mop lantai,sapu sawang, lap habuk, cuci peti ais dan bergolek gumpal dengan anak adalah paling di nanti. Wehhhh semakin mak cik sekarang ni kan, ada ke cuci peti ais paling dinanti. Hahahahah, tapi tulah. Nak buat macamana, perubahan usia memanglah macam ni, kategori mak mak lah katakan.

Tapi yang paling best bila dapur dapat berasap dari pagi sampailah sebelum tutp lampu. Ececehhh, kengkonon lah sangat masak dari pagi sampai ke malam. Actualy bukanlah every weekend pon, sebab 2 minggu sekali kiteorang bergilir balik kampung, so dalam sebulan berbaki 2 week jelah duduk kat rumah. Tu pon kalau takda pergi jenjalan lain. Kalau tak memang susahlah weekend nak duduk melekat kat rumah. 

Best sangat bangun pagi siapkan breakfast, sambil basuh baju. Lepas breakfast,sidai baju pegi pasar cari ikan. Balik masak untuk tengahari, petang boleh bawak anak pegi jalan-jalan kat taman. Malam boleh lepak-lepak kedai mamak (ehh,yang ni zaman dulu,sebelum beranak). 

Hoiiii apa hang melalut jauh sangat ni, sebenarnya nak share resepi carbonara je pon. Malam jumaat ritu, balik kerja terasa macam nak makan. So, sambil layan Maharaja Lawak Mega (MLM) bolehlah makan-makan. Jemput sekali keluarga bff, Nurul datang makan. 



Jom D share bahan-bahanya.

Mushroom soup camble 2 tin
Susu segar full cream 2 tin (sukat ikot tin soup camble tadi)
Bawang besar dan putih (dadukan)
Cendawan Butang satu tin (hiris nipis)
Isi ayam (hiris halus) D suka guna ayam terus, tak suka ayam kisar macam selalu orang buat, sebab ayam frozen macam tak best.
Brokoli & carrot (celur)
Perasakan dengan lada hitam, kiub ayam (kalau nak letaklah), oregano dan garam
Sepeket spageti (rebus)


bahan-bahanya

Cara-caranya:

1. tumis bawang



2. masukan isi ayam


3. Masukan soup camble



sukatan susu ikot tin tadi


4.Masukan susu segar, kacau


5. Masukan mushroom

Sementara tu, dapur sebelah lagi rebuslah spagetinya. Saya tak ada periuk yang tinggi, so guna periuk nasi hadiah dari mak mertua ni jelah. Hehehehe



dah mendidih, masukan. Campor 2 sudu minyak



brokoli & carrot, potong ikot suka hati nak macamne



agak dah lembik spageti tu, baru masukan carrot and brokoli,
lepas tu tutup api.
Biar beberapa minit jap, lepas tu toskan
(Ini cara orang malas)

Sementara tunggu dorang sampai and MLM start, bolehlah hidangkan.









blurppp

Sebenarnya ada jugak ice cream vanila makan dengan roti, tapi tak ada dalam gambar. Dah habis sepinggan and Tahniah ZERO!!! (MLM). I know,sabahan will be proud to u, ZERO.






I love weekend so much,
          ~ D~

1 comment: