Menoleh ke sisi lepas D hanya mampu tersenyum sambil
mengenang kembali apa yang tersimpan di hati. Tanpa mampu untuk D luah apa indah senyum D itu. Dan tulisan comot coretan compang
camping ini bukan mahu di heboh hebah untuk ditatap baca tahu oleh semua
pelusuk manusia berdaya keringat punyai internet pelengkap gaya moden. Bukan,
bukan itu tujuan D, D hanya mengetuk keyboard buat melakar kenangan,bukan buat
tenung baca orang yang tidak mahu tahu. D hanya mengetuk papan kekunci buat
kenang D sendiri tentang jalan liku hidup D yang tidak sempurna ini.
Dan kerana ketidaksempurnaan ini adalah keindahan D,
adalah sayang untuk D lepas biar segala keindahan D ini tanpa ada ingatan kuat
untuk segala jenis indah ini. Kerana D sememangnya manusia yang tidak sempurna
dan lemah daya ingatan untuk mengingat kenang segala yang lampau tanpa ada arah
dan telunjuk.
Lakaran ketidaksempurnaan D ini adalah nanti buat
rujukan D, tentang liku jalan hidup D, Tentang gelap suram lorong sempit telah
D tinggalkan. Agar nanti, pewaris dan keturunan D tahu akan perit jereh noda dan khilaf dalam D
melakar hidup. Biar banyak cacat cela dan nista untuk masa lampau di lakar,
biar zuriat D lihat itu sebagai satu pengajaran, bukan menjadi ikutan buat
pedoman hidup yang akan datang.
Terlalu jauh untuk D impikan agar ketidaksempurnaan
yang indah milik D ini dikongsi lihat oleh zuriat keturunan D sebenarnya. Mana tahu
untuk sampai detik itu nanti D sendiri sudah hilang daya upaya melakar segala
jalanan di sini dan hanya biar indah itu tersimpan didalam lubuk jiwa seperti sebelumnya. Sekurang-kurangnya untuk detik ini, biarlah ianya tersimpan kukuh di sini
Biarlah…
Dan ini, lakaran jalanan D bersama B setelah lebih
sebulan tidak keluar berkepit berdua melepas rindu dan menghabiskan sisa
simpanan yang ada.
setelah berbulan bulan tidak menggunakan perkhidmatan ulat moden ini sementelah megah miliki ego's, akhirnya ulat comel ini kembali menjadi pilihan. al maklumlah, tidak rela berhujan basah setelah bersiap bagai kerana ego's kami itu tidak lagi berbumbung
| sementara menanti si ulat montel membawa ke destinasi di tuju |
Destinasi pilihan adalah KLCC, rasa macam dah bertahun kaki tidak menginjak hebat cipta manusia mengangkat martabat Malaysia ini rasanya.
Then sampai je di klcc, D tros terbau hidu nikmat sedap kedai roti boy, tros cheezetart blueberry menjadi tumpuan.
And, B bagitau nak ke toilet, suruh D tunggu kat kerusi depan. Lima minit, enam minit, tujuh mint, lapan minit then sembilan minit menunggu B menabur hajat
Then sampai je di klcc, D tros terbau hidu nikmat sedap kedai roti boy, tros cheezetart blueberry menjadi tumpuan.
And, B bagitau nak ke toilet, suruh D tunggu kat kerusi depan. Lima minit, enam minit, tujuh mint, lapan minit then sembilan minit menunggu B menabur hajat
.
.
.
.
.
.
ok,jom kita zoom sikit apa comot tulisan buruk itu dilakarkan
yeyy..
i got that roses..
i got that roses..
even dua kuntum je, tapi senyum teros sampai ke hujung telinga capang milik D ini. Hati girang, dan mood mahu bercinta sampai akhir zaman.
erhmm...
melihat perkataan i'm sorry yang B tulis pada kad tersebut, D faham B rasa bersalah sebab tidak bercakap benar tentang kejadian pada 3 aidilfitri yang lepas. Memang D sedih, rasa tertipu, rasa B tak jujur dengan D. Bukan D marah, bukan D geram dengan si dara yang datang bertandang ke rumah B tanpa tahu D, tapi D tak puas hati bila B tidak jujur dalam tuturnya pada hari berkenaan. Even B dah jelaskan, apa yang dia buat sebab nak jaga hati D and tak nak D marah or hilang mood beraya, dalam hati D memang tak puas hati. D jadi resah, D jadi tak keruan memikir masa mendatang dalam menanam tiang dan pasak rumah tangga nanti, masih akan ada ketidakjujuran dalam tutur kata kelak.
Diam
senyap
mengenang peristiwa pada semalamnya iaitu bersamaan 2 hari raya, D jadi malas mahu lebar panjang jalan cerita. Diam adalah langkah paling bijak untuk situasi ketika itu. Terlalu banyak hati perlu di jaga rapi, perlu ditatang lembut untuk tahap dan keadaan ketika hari tersebut.
ok, biar lepas bebaskan segala rasa tersinggung,
let we continew
.
.
.
.
.
tadaaa....
si hantu bonceng menjadi pilihan mengenang kan hebahan si roomate tersayang akan lucu tawa lakonan zizan dan ju (baby & bucuk) & baby gurl & baby boy.
ceritanya memang fun, just as a penonton yang mahukan tawa ria mengisi masa terluang dan mengempiskan wallet di poket, ceritanya D simpulkan sebagai fun. Tetapi D faham dan maklum akan jika ditonton oleh sebilangan yang lain, pasti tidak sehaluan dengan daya arah dan cipta si pengarah. Mungkin terdapat isu agama yang digunakan untuk menaikkan rangking target jualan tiket. D bukan orang selayaknya memberi komentar untuk sisipan filem-filem, hanya sekadar melihat buat isi ruang waktu yang berputaran.
habis menonton, sekadar membasah tekak dingin dengan ice cream mcflury oreo. Then balik berkejaran menyempitkan diri dalam ruang ulat yang comel. Sebelum B hantar D ke muka pintu rumah sewa, singgah makan di warung nasi lemak.
Esoknya, lepas je B habis raptai di Dataran Merdeka untuk hari Malaysia nanti, terus bersiapan untuk berpacaran lagi. Kali ini, lokasi pilihan hanya ke Sunway Piramid, dekat dan mudah untuk kami yang memiliki kenderaan tanpa bumbung ini. Sekadar mahu berpimpinan tangan, berjalan seiring dan makan semeja tanpa arah tujuan yang pasti.
Dan kami memilih untuk makan di sebuah restoran yang D dah lupa namanya, tapi yang pasti di tingkat empat, dekoration restoran tu ala-ala kapal, decoration yang simple. Table kecik tanpa keusi, just dudk atas kusyen kecil yang comel sahaja. Then ada tirai jarang yang akan membahagikan antara table lain dengan table yang lain.
| longan ice D and lemon soda B |
| yeyyy.. akhirnya,dpt jugak rasa nikmat si baldu merah, and another one peach badam yang super yummie~ |
| tom yam fried rice pilihan B |
| chiken chop mushmarom |
| si gedik with their food owh,semuanya sudah terhidang di depan mata dan hidung, tapi sebelum tu . . .. baca doa dulu, hehehe |
No comments:
Post a Comment