5 June 2013

Cameron Hingland


Kurang lebih Sembilan purnama bergelar isteri dan terus setia menjadi teman paling akrab,kawan paling erat,sahabat paling mesra dan juga tempat melempias amarah dan rajuk. Indah rupanya nikmat berkasih sayang kurnian NYA. Sungguh, syukur D dan B mengharung arus Sembilan bulan lepas masih setia mengerat tangan bertaut.


Sebulan lepas, sungguh kami sama-sama sibuk dengan tuntutan tugasan dan tanggungjawab pada apa yang diamanahkan. Sehingga tak sempat bersua wajah mesra,berjabat erat bertaut. Merasai kurangnya masa berdua bersama,kami mengambil peluang cuti dua hari duduk hanya berdua, berduan sepuasnya sebelum mengatur jadual untuk selepas ini meninggalkan sementara antara satu sama lain demi tugasan duniawi.

Lokasi pilihan kami hanyalah ke Cameron Highland. Walau asalnya hendak ke Cherating tapi terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tak apalah, Cherating sila tunggu kami untuk ulangtahun ke 12 bulan nanti ye.

Dah namanya pergi berdua, memang tak banyak la pic berduan kan?

First day, ni jelah pic berdua yang ada orang sudi nak tolong amikan. Acecehhh,padahal D yang malu nak mintak orang tolong amikan. Lagipon rasa macam tak best je kan,orang lain yang datang pon nak bercuti jugak,bukanya jadi jurugambar tak rasmi kepada orang lain.










Malam keluar kejap je cari makan. Tak ambik gambor pon. Jalan-jalan pasar malam sambil makan jagung sorang setongkol, beli fridge magnet, terus masuk bilik tutup pintu rapat rapat. hehehehe~



Second day, bangun pagi-pagi terus check out, sebab nak jalan-jalan tempat semalam yang tak sempat singgah lepas tu terus turunn ikot Simpang Pulai,then balik Lumut. Sama jugak,segan nak mintak tolong kakak kakak manis dan abang-abang kacak untuk merakam gedik kami berdua.

:: breakfast ::




Kesimpulanya, CH ni ok lah untuk rehat-rehatkan minda, duduk berduan luangkan masa, sembang puas-puas tanpa gangguan asing. Tapi rasanya kalau pergi lebih dari dua hari dah macam tak tau nak jalan mana kot. Apa-apapon, pergi CH kalau tak minum tea CH macam tak sampai CH jelah kan? Memamng best dapat minum tea panas dalam cuaca sejuk sambil menjamu mata dengan kehijauan daun-daun tea, sambil ditemani insan tersayang.  

:: jemput minum semua ::

No comments:

Post a Comment