16 July 2013

Cara Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan



1. Ketika berbuka, sebaiknya anda mengambil hidangan yang kurang berminyak dan kurang lemak.
Kalau setiap hari menjamah masak lemak cili api, taugeh masak lemak, sambal tumis berminyak selaut, ayam goreng, ikan bilis goreng, ikan keli sambal. Hahhh jangan  nak terkejut la nanti baju raya yang dah tempah dua bulan sebelum puasa tak muat di pagi raya.


2. Kurangkan makanan pedas, bergoreng atau berminyak. Ia boleh menyebabkan pedih ulu hati, menimbulkan masalah tidak hadam dan masalah berat badan.
Makan la pedas-pedas, jangan cakap sakit ulu hati silap hari bulan sampai buasir bahana cili-cilian yang disumbat ke mulut. Lepas tu pegi klinik, dapat ubat seronoklah kan tak payah puasa? itu namanya bukan saja cari sakit,malah tak nak puasa kan?


3. Kunyah makanan secara perlahan-lahan supaya proses penghadaman anda lebih teratur.
Yang ni memang susah nak lakukan, apatah lagi pelbagai jenis makanan terhidang di depan mata. tambah pulak dengan perut yang kosong sepanjang hari. Mesti nak cekau semuanya sumbat laju-laju dalam mulut tak payah kunyah terus telan je. Nampak sangat takut orang lain habiskan makanan. Cehhh, tak boleh macam tu ok. Kena la ikut sunah Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Kunyah 44 kali baru telan. 


4. Makan ikut keperluan. Apabila terlebih makan, ia bakal menjejaskan sistem penghadaman hingga mengakibatkan keletihan selepas berbuka.
Manusia manalah yang tak bergelora nafsunya bila pelbagai jenis makanan terhidang di depan mata. Apatah lagi di bulan ramadhan seperti inilah segala jenis kueh mueh tradisional dan segala macam yang tak pernah terlihat di hari biasa bersusun indah di bazar-bazar ramadhan. Tambahan pula melihat dengan perut yang kosong, pasti nafsu makan melimpah ruah bersama mata yang melihat pelbagai jenis juadah.


5. Lagi satu, elak makan bersulam air kerana ia membuatkan perut anda senak.
Untuk D sendiri, ini memang sukar untuk di bendung. kalau boleh nak minum terus guna jag je. Alahai buruknya perangai bini rang ni kan? Tapi tulah, demi kesejahteraan rumah tangga, melihatkan isi perut yang semakin hebat meningkat, memang lepas selesai makan baru lah minum air segelas. 

6. Selain itu, anda digalakan bersahur. Ia juga adalah amalan sunat Rasulullah S.A.W
Ambilah makanan yang hadam dan mengenyangkan semasa bersahur. Iaitu yang mengandungi serat dan kompleks karbohidrat seperti roti, pisang, epal, anggur, kubis bunga, tomato dan brokoli. Selain itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi sedikit gula. Iaitu yang mampu bertahan lebih kurang tiga ke empat jam dalam sistem penghadaman. Tujuanya supaya ia dapat mengembalikan tahap glukosa dalam badan anda.






Salam ramadhan



No comments:

Post a Comment