15 August 2013

RAYA PERTAMA 1434H



Tahun pertama merai raya bergelar isteri, menantu, dan ipar duai. Tak ketinggalan ini juga merupakan raya pertama bekerja dengan Menteri Besar Perak. Sangat terbeban dalam membahagi masa mengatur acara untuk menghadirkan diri di setiap keramaian bagi hari-hari raya seperti ini. Bagai mahu membelah diri biar ada disetiap acara tanpa ada yang terkecil hati mahupon perasaan akibat tiadanya kelibat diri di setiap adanya saudara mara dan rakan taulan. 

Sungguh, seperti kata bicara orang-orang yang lebih berpengalaman sebelum D, bahawa raya yang paling meriah adalah di zaman kanak-kanak. segala tersedia, semua terhidang. Tinggal duduk bersimpuh, makan bersuap, salam bersampul, baju siap beriron,berjalan sana sini. Tak payah pikir segala bagai yang merunsingkan. tak payah kalut siapkan segala perlu makan pakai suami, manakan lagi ole-ole biskut raya di rumah ibu bapa sendiri ditambah pula bilangan di rumah mertua. Itu belum lagi dihitung kira jumlah kiraan sepupu sepapat yang makin bertambah buat selitan sampul di akhir salam beraya. Tapi tak mengapalah, kerana ini semua rezeki bersama. Wajib dikongsi dengan orang sekeliling kerana terdapat rezeki mereka didalam rezeki kita. 

Sebut je beraya, tambahan untuk yang pertama kali pasti sebelum siap bagasi dipenuhi baju-baju baru muka laki bini berpaling mencerut memasam. Kedengaran ianya sangat biasa berlaku untuk yang dah berumah tangga. Tapi Alhamdulilliah, untuk raya tahun pertama ini B dan D tak punya masalah ini. Kami sepakat untuk tetap berada di kedua-dua rumah di pagi raya yang pertama. Ok, bab ni memamng beruntunglah bagi mereka-mereka yang berkahwin dengan pasangan sedaerah. Tak payah berendam air mata tak dapat mengucup hiba tangan orang tua di pagi raya.

Syukur, dijodohkan Allah SWT dengan rakan sepermainan yang di kawasan kejiranan, dan sekarang walau telah berpindah randah, ibu bapa kita masih di daerah yang sama. Tapi sedekat mana sekalipon, pasti kelam kabut juga di buatnya, maklumlah pertama kali kan? Tapi seboleh mungkin D dan B sama-sama berusaha untuk seadil mungkin dalam membahagi masa bersama keluarga berdua. Dengan berusaha menanam iltizam bahawa tiada istilah, "keluarga engkau hal engkau, keluarga aku hal aku". Ini keluarga kita bersama dunia hingga akhirat.  

:: pagi raya di rumah mertua, 8 am ::


:: masih di rumah mertua ::



:: with sister in law ::

:: anak, mak, menantu ::

:: family in law ::

 dan berakhir sesi bersalam-salaman bersama keluarga mertua sebaik pulang dari masjid menunaikan solat sunat aidilfitri beramai-ramai. Dengan cergas dan sepaling laju menuju ke teratak bonda tercinta. Telah di pesan seawal hari agar sesi bersalaman haruslah menunggu D sampai terlebih dahulu. Lebih kurang jam 10 am, sampailah kami laki bini. Berdesup menjamah makan segala rendang air tanagn ibu. (Bukan rendang mak mertua i tak sedap, tapi tak sempat nak jamah ok)





:: sibling's ::

:: along & kakna ::


:: angah family's ::


:: pengantin baru ::

:: ehh ehh, dah setahun pon kawen rupanya ::

:: manje wan cik dan ayah cik ::

:: wancik, adik and ayah cik ::

:: timang tinggi-tinggi ::

:: anak jantan ayah chor and mummy ::

:: princess wancik ::



dan bermulalah sessi bersalam-salaman memohon ampunan dengan segala dosa yang terlakukan bersama bicara yang mungkin mengguris jiwa naluri.

Sessi bersalaman haruslah dimulai oleh ibu dan abah, sambil disusuri oleh si sulung, tengah, dan seterusnya.



:: ibu abah ::

:: along ::



:: kakna ::


:: angah ::


:: abang arruf ::



:: budak banyak dosa ::

:: menantu raya ::

:: si bintang bongsu ::



:: ampun dan maaf bersama duit raya, sekian ::

:: raya ke 3 ini, genab setahun kita berumahtangga ::

Dah siap salaam-salam, nangis-nangis, bedak bedakan duit raya,terus angkat kaki meluncur laju menuju ke destinasi wajib seterusnya. Ia itu ke Kediaman Rasmi Menteri Besar sempena kerjaraya. Yeyyy, raya pertama saya perlu bekerja. Seronoknya!!!!!! (Dalam hati dah berbaldi air mata menitis ok)

D sampai awal jugak la, so sempatlah bergambar-gambar sekejap.





:: feling-feling amik gambor outdoor weding okeh ::

:: with kak mek na ::

:: with akak salina ::

:: with yoep ::

:: mewawancara suami sendiri ::

:: tempat santapan Tuanku Raja Muda Nazrin

:: with maulana ::


:: gegurl with Datin Seri ::



 Okeh, dah habis. 

ehh

ehh

ehh

ehh

ehh

ehh

.

.

.

.

.

.


ada lagi lah, last sebelum balik rumah, singgah rumah abang abah D kejap di Bukit Jana.


:: with pak lan ::








nanti sambung raya ke 2, ke 3 dan seterusny pulak ye~



No comments:

Post a Comment