21 August 2013

:: Selamat 365 Hari Cinta ::


365 hari lalu, di saat ini. ketika detik ini, kita sama dua berdebar menanti disatukan jiwa. Bukan hanya kita, seluruh dua isi keluarga sama bergabung debar bersama doa agar mula kita ini berserta bahagia yang berpanjangan. 

365 hari lalu, penuh dengan cinta dan kasih sayang. Masih belum pernah bergaduh jerit kerana kurangnya cinta dalam jiwa. Kalau pon ada terjerit pekik, itu kerana 365 hari ini masih belum cukup kita mengenal kenal erti hidup bertangga rumah.

365 hari ini, kita masih erat mengukuh tangan bertaut berdua. Menanti tibanya nanti diizinkan DIA untuk ditigakan. Dugaan lepas kita sama diajarkan tentang harga sebuah kehilangan. Damailah kau di sana anak.

365 hari ini terasakan seperti baru semalam di suamIsterikan. Masih jelas gemuruh didada saat lihat jelas tangan itu digoncangsahkan. Masih, sungguh masih terngiang ngiang bacaan taklik tepat selepas di aminkan seisi masjid untuk 3 Syawal lalu.

365 hari ini, kita sama jatuh, tertiarap mengesot-ngesot, jatuh kembali, bangun duduk sila, jatuh lagi, bertatih berpaut sesama sendiri, jatuh lagi dan lagi. Dijatuh humbankan ini asalkan bersama dua, itu sudah cukup melegakan. 



365 hari ini, kuda-kuda rumah tangga memang masih belum ampuh melawan arus dunia, tapi kita masih boleh sama bertatih. Kalau pon dihari muka nanti masih belum cukup kuat untuk berlari gagah, dapat sama berjalan sambil berpimpin tangan berdua juga sudah cukup hebat.

365 hari lalu,
Kita masih bujang.
Kita masih tercari-cari erti cinta dan kasih sayang.
Kita masih tersompek kocek dan poket.
Kita masih asyik menguji cinta.

365 hari lalu,

Berdebar saat diijabkan.
Bergemuruh untuk lekas disatukan.

Sungguh sekejap untuk detik disejiwakan qadi.


Sudah genab 365 hari lalunya.


Kita pernah bercakar, bertengkar, menjerit sekuat hati,bertumbuk, bergaduh.

Kita bukan selalunya manis, sentiasa senyum mengulum bahagia, tersengeh tanpa resah.

Kita sama seperti adanya yang lain, yang terkadang terjerit pekik memarah, yang acap merajuk pujuk, yang sering juga terlawan bicara.



Selamat 365 hari cinta.






















No comments:

Post a Comment