♥•♥•♥
Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.
♥•♥•♥
Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…
♥•♥•♥
Ya Allah,
sekiranya Engkau tahu bahwa dia
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
maka takdirkanlah dan mudahkanlah itu bagi ku,
kemudian berkatilah aku dalam urusan hubungan ini.
♥•♥•♥
Dan sekiranya Engkau tahu bahawa dia,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah dia dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..
♥•♥•♥
Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Adalah terlalu sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertulis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari dalam diri kita.


No comments:
Post a Comment