Seluas alam indah tercipta ruang rezeki untuk setiap pelusuk zarah diameter persegi jalanan kehidupan.
Mengjengah ke usia 23 tahun, selesai pengajian di Universiti Malaya dan menanti hari bergraduasi tanda sempurna sudah ijazah dasar pengajian.
Terlalu banyak perancangan yang di catur atur buat harungi liku hidup. Sedar diri tidak dilahir dalam talam emas mahupun kolam intan permata, segala kudrat yang tersedia perlu kuat mengerah tenaga untuk sesuap nasi dan segelas susu mengikut keperluan rutin kesihatan.
Dalam keadaan seperti ini, D perlu belajar untuk lebih berkorban tanpa baju baru, kasut tinggi pelengkap gaya, mahupun tas tangan comey di Masjid Jamek. Semuanya atas tuntutan tanggungjawab pada keluarga dan keselesaan ibu abah. Actually, D perlu keluarkan belanja untuk bayar ruangan selesa dirumah abah di kampung. Memang bukan desakan abah mahupun pintaan ibu. Tapi as a big gurl rite now, D sendiri timbul sedar untuk sediakan ruang selesa bagi kedua insan kesayangan D itu.
Sementara beban di bahu masih belum sesak menggalas tanggungjawab lain, sebolehnya D mahu tabur khidmat buat dua insan yang telah beri D kesempurnaan hidup. Keduanya anugerah terindah yang telah sempurnakan hidup D atas muka bumi ini. Tak apalah, klau terpaksa memendam perasaan sikit untuk miliki yang orang lain telah pon miliki. Asalkan keindahan D selesa nanti.
Tapi kan......D dah lama idam nak ni
.
.
.
.
.
.
B pulak tak habis habis berangan nk ni
.
.
.
.
.
.
B cakap,tak dapat yang kat atas tu dapat yg kat bawah ni pon jadi lah.
huargghhhh....sakit mata D tengok orang lain dah lama merasa simpan benda-benda alah ni dalam handbeg masing masing. D and B je baru nak berangan angn. Itu pon belom tentu mampu. Arghhh, pilu pulak rasa hati. Tapi yang paling sedih sebab tak dapat tunaikan angan angan B, sedangkan selama tiga tahun D study kat UM ni, B yang belikan lap top untuk D.
Nanti dah dapt keja yang betol betol stabil, D mesti beli jugak untuk B. Sabar ye, bak kata Oprah Winfrey "be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't, you will never ever have enough"
~



No comments:
Post a Comment