15 August 2011

Merancang & Merencana


Lama menghadap langit. Melihat luas bentangnya alam. Keputusan telah di putuskan. Hasil perbincangan bersama mereka-mereka yang sering melengkapi hidup D.

Alhamdulillah, petunjuk di bulan Ramadan ini, D telah putuskan untuk memilih meneruskan pengajian Sarjana di University of Malaya ini pada awal tahun hadapan 2012 dan mempersiapkan diri untuk melengkapi tuntutan kehidupan dunia, iaitu berkahwen.

Berbalik pada pengajian D, D dah pilih untuk meneruskan yang separuh bersisa dengan terus setia menghadap lapuk habuk tebal buku sejarah yang jarang muda belia selidiki. Beberapa tajuk telah di nilai berpotensi mengangkat diri ke peringkat yang lebih intelektual. Beberapa lecture juga telah dirujuk buat menjadi pembimbing selian sepanjang tempoh 24 bulan menghadap papan kekunci dan debu lorong yang ditinggalkan masa, mengorek kembali ceritera sejarah negara untuk lebih ampuh sumber dan ketepatan faktanya.

Mengenal untung diri sebagai pembantu kepada intelektual sedia ada di varsity ini, kesempatan diambil dengan mencari rujukan dan sumber buat lengkapi proposal. Semuanya masih diperingkat permulaan. Masih mendraf latar belakang kajian, mencari persoalan yang akan dibangkitkan dalam setiap bab, menilai objektif kajian yang relevan dari aspek sejarah dan negara kini, mengenalpasti skop kajian yang akan digariskan, menilai peri pentingnya kajian. Dan sebelum draf dilakar beberapa literature review telah dibuat di perpustakaan atas inisiatif bos dan diri sendiri, malah metodologi kajian juga kini sudah dapat dipastikan dengan tepat.

Dan untuk masa saat dan ketika ini, D memilih untuk berkerja dan berkeja keras mengukuhkan ekonomi, sambil mencari seberapa banyak maklumat yang D perlukan untuk kajian D nanti. D masih belum mendaftar lagi untuk program Sarjana, sebab D masih perlu bekerja mencari bekal kegawatan untuk masa nanti yang akan tiba. Setelah tiba masanya nanti, segala maklumat dan sumber tersedia di depan mata dan di dalam hard disk, yang tinggal hanya untuk mengetuk papan kekunci sahaja.
Sekarang ini, biar D menyelam sambil meneguk air. Terus bekerja sambil mencari maklumat untuk kajian Master D nanti.
Sementara menanti tibanya masa untuk bergelar pelajar kembali, beberapa perancangan telah D atur dan lakukan untuk lebih kental menyandang status pelajar semula nanti.



        SARJANA @ MASTER

1)   Duit gaji yang bersisa setelah dihitung kira tolak segala macam perbelanjaan, hutang di keliling lutut, dan tanggungjawab kepada keluarga, D akan terus simpan kejap tak toleh kiri kanan dalam akaun ASB yang baru D bukak sejak dapat gaji pertama bulan June lepas. Sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja untuk mengisi boring biasiswa SBUM nanti, dalam ASB ada sedikit bekalan.

2)  Maklumat yang dikumpul gali itu nanti sekurang-kurangnya telah mampu menyiapkan bab pendahuluan selengkap mungkin agar itu nanti jadi panduan ke bab seterusnya. Dalam tempoh enam bulan pertama, D akan mendapatkan semua maklumat penting sambil setiap hari mengetuk papan kekunci. Walau sehari sebaris ayat atau seperenggan pun, papan kekunci wajib di ketuk juga. Bak kata Prof. Abdullah Zakaria @ Ghazali, “sehari selembar benang lama-lama jadi baju, sehari sehelai kertas, lama-lama siaplah tesisnya”.

3)  Untuk semester kedua nanti pula, D akan mula fokus pada penulisan yang lebih detail mengikut format yang betul. Sekurang-kurangnya dua atau 3 bab siap tersimpan dalam folder.

4)  Semester seterusnya D akan lengkapkan segala perkara yang wajib untuk bergraduasi sebagai pelajar Sarjana seperti menghadiri persidangan, membentangkan kertas kerja, menyumbangkan penerbitan dan banyak syarat-sayrat lain lagi. Tapi, penulisan masih tidak boleh terus dibiarkan, “sehari selembar benang”.

5)  D akan berusaha siapkan dengan secepat mungkin, sebab D mahu cepat-cepat lahirkan warisan D dan B. (senyum gatal)


KAHWEN

1)   D dan B jugak dah mula menabung dengan lebih terancang. (Dah simpan tak boleh korek balik, macam dulu-dulu). Sekarang, semua simpanan B kami dah masukan dalam satu akaun khas. Dulu D study, B sorang-sorang simpan duit, sekarang D pon dah mula menyumbang sedikit untuk akaun kami tu. Dan sekarang ini kami mula membahagikan simpanan itu nanti di bahagian yang sepatutnya.
*Untuk permulaan, kami dah dicide mahu  lengkapkan barangan kemas dahulu. Cincin merisik, bertunang dan untuk majlis batal air sembahyang nanti. Memandangkan harga emas yang melonjak naik, D dan B pilih untuk menyediakan yang sepatutnya sahaja. Walau majlisnya lambat lagi (1-2 tahun lagi), yang akan meningkat mahal perlu disediakan terlebih dahulu.

2)  Untuk tahun berakhir nanti, D akan berusaha sedaya upaya menghabiskan baki ansuran Ego’s D tu. Walaupun masih ada 10 bulan tempoh masa yang diberi, tapi D kena jugak habiskan sebab ada perancangan yang lebih besar selepas selesai  hutang Ego’s. Maknanya, untuk tempoh lima bulan ini, D kena bayar dua kali ganda.

3)  Insya-Allah, untuk hujung tahun ni B nak beli kereta baru yang D pilihkan. Bukan tak bersyukur dengan yang sedia ada, tapi kata B mahu sediakan untuk keselesaan bersama. Tapi walau untuk apa pon nanti, B kata  RXZ dia tu, tak akan di jual. Sebab tu lah hasil dia berkeja kat KL lepas SPM sebelum masuk Navy lima tahun lepas. Dan dengan RXZ tu jugak lah D dan B keluar dating. (senyum sambil ingat kenangan enjin mati tengah jalan kat traffic light, minyak habis. Damm!!)

4)  Bermula tahun hadapan, January 2012 , Memandangkan simpanan untuk majlis kahwen, duit hantaran, barangan kemas dan rancangan sudah semakin teratur. Sambil membayar ansuran untuk kereta idaman itu nanti, duit akan terus disimpan secara bersama dengan konsistan untuk sediakan keperluan barang hantaran pulak. Yang pasti tak perlu berbelas bekas hantaran lima berbalas lima pon dah cukup.

5)  Untuk penjimatan berganda, D dan B memutuskan untuk menjalankan segalanya secara serentak dan dalam kadar yang sederhana tetapi meriah. Ini bermakna, majlis pertunangan diadakan sebelum beberapa jam majlis akad nikah. Bagi tujuan sekadar memenuhi adat Melayu. Esoknya, majlis di rumah D dan lusa majlis dirumah B.



Semoga D dan B disiplin dalam penuhi segala yang telah direncanakan bersama ini.

No comments:

Post a Comment