Firstly sambut puasa tanpa perlu ke dining hall kolej kediaman Kurshiah, UM dalam tiga tahun ini. Dulu selalu komen dan kompelen makanan Dewan Makan (DM) tak sedap lah, mak cik DM sombong tak reti senyum lah, DM tutup awal lah apa lah, semuanya nada tak pernah puas hati. Itulah D, manusia yang tak pernah sempurna. Tapi sekarang, D dah mula rindu dengan daging black peper dan nasik ayam, nasik kolem (hujan panas) DM, rindu nak jeling abang basuh lantai DM yang gatal bersiul-siulan, rindu nak cakap kat mak cik DM “nak nasik lebih boleh”. Dan yang paling rindu tentang DM Kurshiah mestilah kad makan. Ahahaks...dulu selalu lupa bawak kad makan. Kena marah dulu baru boleh dapat makanan, kalau nasib malang kena mendaki tangga ke tingkat tiga dululah menjejak kad makan yang ditinggalkan. Nak lagi bagi mak cik DM tambahan membebel, jangan la letak gambar atas ruangan di kad makan tersebut. Memang alamatnya semakin capang lah telinga menahan semburan mak cik DM yang berwajah seperti emak tiri cenderella. Letaklah gambar wajah ala-ala banduan pun tak apa,asalkan bergambar. Baru tiga bulan tak menghuni dan menjengah ke ruang Kurshiah, hati D dah di pagut rasa rindu. Dulu, tak sbar nak berambus dari kolej, tak nak tinggal kolej sebab terlalu banyak kerenah birokrasi sejak pentadbiran bertukar tangan. sekarang sangat rindu untuk bertamu di singgah sana yang telah banyak ajar D erti hidup untuk berdiri di atas kaki sendiri. Tapi, itu hanya rasa rindu, dan untuk kesekian kalinya D memang tak mahu lagi menjadi penghuni ruangan indah tersebut.
Sekarang, terpaksa berbuka puasa seperti orang bujang yang lain. Yang bekerja dan tinggal dirumah sewa. Hanya satu menu untuk satu hari,semuanya bergantung pada perbelanjaan dan kadar mengawal nafsu kala ke pasar ramadhan. Sehingga ramadhan yang ke-12 ini, kaki masih belum menginjak bumi Perak. Masih belum berpeluang menghirup nyaman riuh udara Taiping. Sebak dada, bila sendirian berbuka tanpa teman bicara di rumah sewa. Tapi syukur menghadap ilahi bila ruang kesempatan masih dibuka untuk D berbuka bersama keluarga untuk ramadan ini. Terima kasih untuk Ibu dan Abah yang sanggup datang ke KL semata mahu rai ramadan sama mengeliling juadah bersama anak-anak tersayang.
Sesungguhnya emua lorong yang telah lepas D lalui, telah meninggalkan ruang rindu yang paling sukar untuk di putarkan semula. Berbuka bersama teman-teman,beramai ke pasar ramadhan. Semuanya rindu itu menandakan diri semakin meninggalkan ruang lepas dan maknanya semakin dewasa.
D perlu bersikap untuk lebih dewasa dalam masa di hadapan, merencana dan menjalani lorong hidup dengan lebih teratur dan lancar. Walau D masih belum cukup dewasa untuk bergelar dewasa, tapi D semakin hampir menjadi dewasa.
| salam ramadan |
No comments:
Post a Comment