![]() |
| Untuk selalu dan terus memohon diberi petunjuk pada lorong yang selalu tepat dan damai. |
Sejujurnya, jalan hidup D jika dilihat terus dari mata kasar, D punyai jalan yang lurus, terang dan indah. Walau masih belum dan tidak sempurna, namun lorong yang D jalani akan selalunya turut menjadi impian manusia lain.
Syukur dengan setiap kurnian untuk D. Lihat saja organisasi keluarga D, lengkap semuanya milik kepunyaan D. Abah, Ibu, Along (abang), Angah (kakak), Anje (adik perempuan). Untuk miliki seorang ibu, abah, abang, kakak dan adik ia merupakan sebuah anugerah yang terindah pernah D miliki.
Kesian Along, tak ada abang dan kakak untuk ajar didik dan lindungi dari tersasar jalan. Tak boleh keluar bermain ke padang tanpa bawa bersama adik-adik. Kalu tak nak bawa, kene pastikan adik-adik tidur, sebab ibu nak buat kerja lain. Kesian kan?
| Along and D |
Kesian jugak dekat angah sebab tak ada kakak untuk dengar dan kongsi keluh resah sanubari. As a big gurl in our family, Angah kene selalu tolong ibu kat dapur sambil Along jaga D. Angah kene iron baju sekolah Along dan D. Angah jugak yang selalu kena lipat selimut dan kemas katil kami. Kesian Angah.
![]() |
| D and Angah |
Anjee pon kesian jugak sebab tak ada adik untuk di buat bermain temani waktu riang yang indah. Tak ada adik untuk dibuli menitah bagai raja di depan tv mengambil itu dan ini. Dan sebagai adik yang paling bongsu, sudah pasti Anje terpaksa mengalami tiga kali perlindungan dan tiga kali kawalan dalam bersosial dari Along, Angah dan D sendiri. Kesiannya Anje.
| D and Anje |
| four of us at big day Along |
Untung kan hidup D. Lahir sebagai adik kepada seorang abang yang selalu melindungi, mengawal menjaga dan penunjuk arah untuk lorong yang gelap. Lahir sebagai seorang adik kepada seorang kakak yang selalu ada disisi, menghurai resah keluh dan desah kehidupan. Lahir sebagai seorang kakak kepada seorang adik perempuan yang selalu temani hari-hari sukar buat bekal semangat dan azimat perjalanan. Dan sekarang, Djugak miliki seorang abang dan kakak ipar. Yang selalu berperanan sepertimana selayaknya seorang abang dan kakak terhadap D. Malah, sering untuk D gugurkan pangkal akhir gelaran “ipar” tersebut kerana keduanya juga abang dan kakak D. Dan sekarang semuanya semakin lengkap dengan lahirnya sepasang anak saudara milik D.
| Ibu, D and Abah |
| D and Kak Rina -sister in law- |
![]() |
| D and Baby |
![]() |
| D and Boboy |
Malah, jalan hidup D di usia 23 tahun ini ianya selari dengan kehendak perjalanan lorong kehidupan. Masuk tadika Pasti, habis sekolah rendah, tamat tingkatan lima, masuk pulak tingkatan enam, terus sambung digree, belum pon sempat bermalasan menikmati nikmat menanam anggur dirumah seminggu lepas final exam, terus dapat offer kerja.
Memiliki rasa rindu kasih dan sayang yang dinamakan CINTA. Dengan restu doa dan teguran kedua keluarga untuk tempoh lima tahun ini, segalanya buat lorong hidup D semakin indah.
![]() |
| D and B |
Indah bukan?
Namun, untuk sering dikelilingi dilema. Rasa takut dan kurang yakin diri, rasa bersalah dan tak mahu disalahkan, rasa mahu dan tak mahu melepaskan dua perkara dalam satu masa yang sama amat melemahkan jiwa yang dah makin hilang seri kental ini.
KERJA VS MASTER
OR
KAHWEN VS MASTER
?
Huhh, keduanya memang jalan yang harus dilalui kerana memang itu menjadi matlamat perjalanan. Untuk melalui dan mengalami dua perkara dalam satu masa yang sama, memang telah lama D bersedia untuk itu. Dan kini, untuk memilih antara satu untuk dua pilihan yang keduanya menjadi matlamat dan impian D.
~ BUNTU ~







No comments:
Post a Comment