8 August 2011

pimiyoko


Erhmm...kehulur hilir mencari diri dalam luas alam yang terbentang. Mencari wajah untuk diletak dalam bekas ukiran sanubari. Akhirnya, teman sepermainan, yang sama berbasikal ke kelas tambahan, yang sama berselam renang di sungai, yang sama melonjak riang di taman gelongsor, juga miliki guru yang sama memulas telinga tanda homework tidak berhasil. Gila punya cerita, macamana kawan yang boleh luku-luku kepala, yang simpan rahsia mandi sungai tanpa izin, yang ponteng sekolah lari ikot pagar belakang, yang saling temani berjumpa abang @ adik angkat, yang tolong pilihkan kad ucapan untuk temanan yang kononya special dikala dulu itu. Gelak terguling Si Emy dan Einie bila tahu I declare dengan U masa itu. Terkeluar air mata Sarah gelakan kita bila Madziah menabur cerita tentang hubungan ini. Bulat mata Iwan sambil telan liur si Afiq bila tersebar berita cerita kita. Itu belum lagi dicampur dengan aksi Wani tepuk dahi tengok U datang jemput I balik kelas ting. 6.

Terlalu cepat masa berlalu, hampir lima tahun menghadapi susah senang, jatuh bangun, tersungkur, tersadung, terhimpit dan kini kita hampir boleh berlari bersama berdua. Aneh kan hidup ini, bila kawan baik yang terlalu baik, akhirnya jadi teman hidup untuk sama rasa resah desah suka dan tangis kita. Tapi bukanlah apa yang aneh sangat kerana hidup diatas muka bumi yang sfera ini telah dicatur sejak azali lagi. Telah di lakarkan oleh yang Maha Esa. Syukur, sejak kenal ketika umur 11 tahun dulu, kemudian selesai SPM, sehinggalah mula mengenal bunga-bunga cinta ketika usia menganjak ke 18 dan sehingga detik ini untuk usia dewasa ini, U lelaki pertama untuk duduk sempurna dalam ukiran hati ini. Syukur untuk diberi U buat temani I berjalan di lorong dunia ini

mahu U terus pimpin tangan I hingga ke akhirnya
mahu U terus jadi cerminan buat rujukan  hari depan I

mahu sama sama terus dengan U bersama jalan di lorong mendatang

kenangan zaman muda belia remaja dahulu kala

No comments:

Post a Comment