1 August 2011

CINTA MONYET

MONYET PUN KE SEKOLAH TAU!!!

Mengenang kembali zaman indah persekolah, pastinya tidak akan ada yang terlepas daripada mengalami zaman cinta monyet, iaitu satu perasaan pertama yang suka terhadap rakan jantina yang berlainan. Mungkin pada usia awal belasan tahun, perasaan ini mulai mewarnai hati dan jiwa remaja. Ketika ini sudah mula mahu bercantik manis dan mahu bergaya kacak ke sekolah. Sudah mula memilih wangian dan deadorant pelengkap langkah ke sekolah. Malah si teruna sudah pasti menyisir kemasrambut dan berminyak mahupun bergel sakan. Si dara pastinya ketika ini memiliki cermin kecil buat suluhan wajah di kocek kecil beg sandang masing masing.

Cinta monyet juga kadangkala bermula dengan "adik angkat dan abang angkat". Yang kemudian bertukar menjadi pujaan hati. Mula bertukar no telefon, bergayut di talian dan kemudian mula mengorak langkah pertama dengan keluar secara berkumpulan ke bandar berhampiran. Maklumlah, masih pelajar sekolah,pastinya pergaulan dan aktiviti sentiasa dipantau lagi.

Dan selalunya, pengakhiran kepada sebuah hubungan yang dinamakan sebagai cinta monyet ini adalah setelah tamat persekolahan, maka tamat jugalah hubungan tersebut. Namun semuanya bergantung pada keadaan dan takdir yang di tetapkan. Kerana jodoh, ajal, maut, pertemuan dan perpisahan ditentukan oleh Allah s.w.t.


No comments:

Post a Comment