Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

28 January 2015

COLOUR PICTURES


Hi semua,

Dah janji kelmarin nak share picture family potraite ni kan? Ok sebelum tu meh D cite sikit Colour Pictures yang ambil picture-picture family kecik D ni. 

Korang boleh tengok je IG dorang kalau nak tengok hasil bedikan lensa dorang. Malas cakap banyak sebab boleh pegi usha sendiri hasil seni dorang tu. Memang cecantik je semuanya. Ramai retis-retis yang gunakan perkhidmatan dorang ni. Minggu ni pon dorang busy dekat Festival Pengantin Malaysia di Kedah. 

Lagi satu, senang je nak deal dengan dorang, yang penting reply pantas. Mula-mula D deal dengan Encik Khairul, tapi hari yang D nak photoshoot tu dia ada family day kat Cameron Highland plak, so bos Colour Picture yang akan amik gambor dengan D nanti, namanye Abg Amie. Wehhh lagi la menggedik kan? Bos amik job kecik dengan orang-orang kecik macam kita ni je. Padahal minggu sebelum ni bos dorang ni pegi amik gambor Wawa Zainal dengan laki dia. Hoiiii tak ke korang rasa D tak rasa bajet retis teros time tu kan? Hahahahahaha. Okeh2, jap lagi kalau layan terus keluar cerita cita-cita masa darjah empat nak jadi pelakon. Nanti D bagi contac number Khairul dan Abg Amie ye. Abg Amie ni nampak muda je lagi, rupanya anak dah 4 orang, sila jangan try ye adik-adik manis. Pembantu yang ada masa tu cik adik manis Fatin, jenuh dia melompat mengacah baby K nak bagi senyum, tapi langsung tak jalan. Rupanya, uncle Wan jugak yang baby K suka. Bab baby K tak nak senyum tu malas ah cita, sakit hati bonda. Tapi its ok, sebenarnya budak baru bangun tido tetiba nak suruh senyum mengekek memang tak dapatlah kan?







Gambar banyak sebenarnya, beratus-ratus tapi tak larat nak uplod. Dah tak tau nak pilih mana satu untuk dibesarkan, gantung kat dinding rumah. Ehhh yang sebenarnya, gambor kawen dulu pon tak gantung-gantung lagi. Hehehehe







Ok lah,malas nak uplod dah. Ehh jap ni sekeping dua lagi. Gambar budak bertuah tak nak senyum tapi asyik memuncung je mulutnye tu. Hoiiii stress bonda!!!











Ehh, sebelum terlupa, ni no telefon Colour Pictures 

Khairul :+60 17-599 6605
Abg Amie : +60 12-569 7931




Bye

22 January 2015

REWARD DIRI


Harini nak cerita pasal reward diri sendiri. Sebenarnya dah start reward gift untuk diri sendiri ni dari bulan lepas lagi. Ececeh, takdelah best sangat pon sebenarnya. Cuma saja nak share jugak. 

Actually, semenjak ada anak ni D dah jarang shoping barang D sendiri, even memang dah keluar nak beli apa-apa untuk diri sendiri tapi kengkadang tu bila ternampak something yang berkenan terus rasa macam nak pergi tengok deparment baby dulalah. Lepas tu memang TER beli jugaklah untuk si kenit tu dengan menggunakan peruntukan untuk bonda dia ni. So, terus jalan laju-laju langsung tak pandang apa yang D berkenan tadi tu. Tak sangka macamni sekali penangan jiwa mak-mak sekarang ni. Segala keutamaan memang untuk anak je.

Haishh, tak boleh jadi ni, so cepat- cepat dapat idea untuk reward diri sendiri dengan beli shawl yang cecantik sikit, mahal dari selalu (selalu D pakai shawl 15 ringgit je pon), adalah sehelai dua yang elok sikit. Lain semua cap pasar pagi Kamunting je. Alahaiiii sedihnye.

D peruntukan RM100 untuk shawl yang D suka setiap bulan bermula bulan lepas, Dec 2014. Masa tu sebenarnya zawara tengah sale, 3 helai dapat RM99. Zawara depan office je uols, haruslah telan liur hari-hari tengok sipi-sipi guna sebelah mata je, sebab nak kentalkan jiwa tak nak singgah. Tapi apelah sangat kental jiwa D ni, terjuling jugaklah bijik mata bila dah kedai depan mata. 

Dapatlah 3 helai, tu pon jenuh pilih warna yang mana satu tak ada lagi. 



zawara 1

zawara 2

zawar 3


Ni belom gaji lagi, tapi lepas kira-kira bajet, masih berbaki sikit lagi lebihan hasil berjimat cermat sebab masak and bawal bekal datang office. Tak makan kat luar, godek-godek ig, memang lama dah pon sebenarnya usha ig sorang kakak bloger ni, review customer pon semuanya ok ok, so sebelum aliran duit terfikir untuk ke arah lain, cepat-cepat tanya apa yang avalaible lagi. Sebenarnya dah lama nak warna emerald green, tapi dah habis, so grab apa yang ada jelah. Yang bestnye beli dengan kakak ni, dia sabar je tunggu D transfer duit. Dah time tu jugak mb2u D tengah nak update segala bagai. Transfer tak boleh guna mb2u, sebab tak dapat tac number. So gigihlah esok pagi baru transfer guna mesin ATM, hahhh nampak tak betapa D gigih kat sini? Gigih sesangat kan?
Lagi yang bestnya, service memang tiptop, order pagi tu, pagi tu jugak dorang post. then, harini dah boleh datang office pakai shawl baru, ni link blog kakak cantik tu.



hari tu jugak dapat tracking number


warna pilihan D


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Belanjalah selfie sekeping untuk harini. 




Warna melon tu nak pakai photoshoot untuk sabtu ni. Amboiiii clas sangat kan, photoshoot bagai. Nantilah, bab photoshoot tu nanti D cerita lain bila dah settle wekend ni. 


Ok, nak sambung taip alamat untuk kad raya.
Bye~

21 January 2015

FROM BALI TO IPOH


Harini datang kerja naik bus. Hishhh macam dah lama sangat tak naik bus lompat lompat ni. Tapi tak pe, atas sebab-sebab yang tak dapat nak di elakkan, marilah gagah berlari-lari anak menunggu bus di hentian depan taman rumah. 

Tak jauh pon dari pintu rumah nak ke tempat menunggu bus sebenarnya, dalam seratus langkah ada la kot. Pagi pagi dah berpeluh ketiak, tapi tak pe sebab kat office memang ada spare deodorant. Hahahahaha.


 D naik bus Perak Transit, ok what bus ni. Ada air cond, radio pasang kuat walaupun lagu Cina, tapi tak pelah. Kan semangat nak raya cina tak lama je lagi dah. So layan je lah walaupun makin mencapang je telinga D ni dengar lagu Cina kuat pulak tu.

 Tambang pon murah je, RM 3.60 je. Memandangkan D tak sempat round-round lagi kawasan rumah D ni, naik bus dapatlah kesempatan berpusing-pusing sekitar kawasan ni. Lepas naik, terus masuk Pekan Tronoh, lepas tu pergi Batu Gajah pulak, jauh jugak pusing-pusing masuk Batu gajah ni. Lepas tu terus ke Pusing, 1st time D masuk kawasan ni. Memang total kawasan masyarakat Cina je kat Pusing ni. Lepas tu terus ke Mengelembu then baru menuju ke Ipoh. perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam jugak la, kalau naik kereta dalam 30 minit je. Tapi tak pe, sebab pengalaman baru dan dapat pusing-pusing tengok kawasan.

hiasan raya cina 


Naik je, terus kena bayar tambang kat mesin tu. D tak de duit kecik, ada RM10, tapi uncle tu tak marah pun. Uncle driver bus ni peramah sangat. Hampir setiap penumpang dia tegur dengan mesra. Ada sorang mak cik yang nak turun depan klinik kesihatan Tronoh tu, dia siap cakap "baik-baik nak turun tu, esok pakai lawa-lawa sikit". Terus D senyum-senyum, mesti ni regular penumpang dia ni.

D duduk sorang je kat kerusi double bus ni, kat depan D ada dua budak Cina perempuan pakai seragam sekolah. Dorang turun kat sekolah di Batu Gajah. Bahagian depan ada uncle Cina dan 2 orang mak cik Melayu. Sebelah D ada sorang uncle Cina ni, asik koyakan tisu lepas tu lipat lipat tisu tu. D perhatikan je, memang macam pelik. Penuh satu plastik tu dengan tisu tandas yang dia lipat.  Haishh uncle, lantak hang lah nak buat apa pon. 



uncle dan tisunya

rm3.60

Perak Transit Bus
Tapi lepas dah turun bus ni di Medan Kid, D naik lagi satu bus Perak Transit jugak, tambang RM1.30 je untuk sampai ke office. Tapi kena jalan jauh sikit la baru sampai office. Tapi keseluruhannya ok je. Tak lah teruk sangat public transport kat Perak ni. Yang paling best air cond dua dua bus kuat okeh. Tersengguk-sengguk kepala D sebab mengantok, tapi tahan jelah mata ni sebab nak tengok uncle tisu tu. Hahahahaha. 

Ok tu je nak mengadu, balik nanti B datang ambik terus dari Lumut.
Boleh pump susu untuk babyK dalam kereta. 

bye korang.

18 January 2015

2015


Hi korang.

Entry pertama D untuk tahun 2015 yang agak terlewat kalau nak ucap selamat tahun baru pon. Sebenarnya ada banyak dan macam-macam sangat nak tulis, tapi tulah...selalu banyak alasan.
Busy sangat kengkononnya.
Tapi tak de lah busy sangat, biasa-biasa je pon. 

Di tahun apa pon sebenarnya D, tak ada apa yang best. Hidup masih sama, seperti sebelum-sebelum ni. Bangun pagi masih suami dan anak di sisi walau kekadang suami tak ada sebab outstation. Bangun pepagi mandikan baby K, hantar pengasuh, drive sendiri pergi office walaupun selalu berangan bestnye kalau hari-hari ada orang yang tolong drive hantarkan, dekat office masih seperti biasa walau bos makin ramai dan bertukar ganti, balik rumah masih kena masak, tido dan bangun untuk hari seterusnya. Sama, langsung tak ubah. Masih seperti biasa dan langsung tak pernah berani merancang untuk mengubah apa-apa rutin. Biarlah, segalanya sama seperti hari ini. Nantilah, dah lapang-lapang sikit baru kita cuba-cuba berani fikirkan apa-apa perubahan.

Harapan D untuk tahun 2015 agar segala yang baik-baik sahajalah. Sama macam sebelum- sebelum ni. Langsung tak ada apa-apa sasaran dan azam. Sekadar memenuhi dan meneruskan impian dan harapan yang tak kesampaian dari tahun- tahun lepas. Langsung tak ada motivasi nak majukan diri D ni kan? Haihhh lah hidup. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya D masih dikelilingi mereka yang sepatutnya ada untuk D. 

Bagi D, tahun 2014 benar-benar mengubah segala rutin hidup D dengan kehadiran babyK, dan seperti semua tahu 2014 juga merupakan tahun yang paling menguji kita keseluruhanya rakyat Malaysia. Dengan kemarau yang memanjang sehingga membawa kepada catuan air walau di kawasan tadahan air paling tinggi sekali, kehilangan pesawat MH307 dan nahas tembak pesawat MH17 di Rusia,banjir besar yang melanda Kelantan dan termasuk Perak juga, dan di akhir tahun nahas pesawat QZ850 yang terhempas di lautan dan beberapa peringatan kecil lain untuk dari DIA. Sungguh, segala tragedi ini sebenarnya ujian dan dugaan bukan sekadar untuk mereka yang melaluinya. Tapi untuk kita yang seharusnya mengambil ikhtibar dan pengajaran agar mendidik diri menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Terlalu banyak sebenarnya peringatan dari ALLAH untuk kita hambanya. 

D memang tengah down untuk sebarang planing masa hadapan. Semuanya macam mendap je sekarang ni. Harap-harap lepas ni ada la sedikit sinar untuk melihat cerahnya masa mendatang untuk D sekeluarga.








::moga masih diberi ruang untuk terusan berkasih sayang::

20 August 2014

AQIQAH (PART I)


Genap 47 hari kelahiran babyK, D pon dah habis pantang. Yeyyyy dah boleh keluar rumah!!! Okeh, bukan pasal pantang or keluar rumah yang nak di kisahkan dalam entry kali ni. Nantilah, free D update pasal 46 days berpantang D yang “indah” tu ye.

Berbalik cerita aqiqah baby K, D dan B memang dah rancang nak terus adakan aqiqah pada hari ke 7 selepas kelahiran. Tapi kita hanya merancang, Allah SWT adalah sebaik baik perancang dan pelaksana. Hari ke 6 tu D dan baby K baru keluar wad, jadi apa pon tak sempat. Lepas tu pulak, kene ulang alik ke klinik merawat juandis baby K.

Akhirnya, selepas berbincang dengan kedua belah keluarga D dan B kami sepakat nak adakan majlis sebaik sahaja D habis pantang dan diadakan di rumah family B. Apa-apa pon, D kongsikan sedikit sebanyak pemahaman D tentang aqiqah ni untuk sama sama kita buat panduan. Kalau ada salah silap, harap ditegurbetulkan.

Menurut ash-Sharbini, aqiqah dari segi bahasa berasal dari kata kerja ( عق يعق) yang bermaksud rambut yang terdapat di kelapa bayi ketika ia lahir. Dari segi syarak pula akikah ialah binatang yang disembelih ketika mencukur rambutnya. Ada yang berpendapat akikah berasal dari perkataan ( العق ) yang bermaksud potong dan kerat atau belah. Dinamakan binatang yang disembelih itu akikah kerana ia dipotong halkumnya.

Menurut al-Mawardi, akikah ialah kambing yang disembelih pada saat kelahiran anak. Ia telah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ia sejajar dengan apa diriwayatkan daripada Buraidah radiallahuanhu, katanya: “Adalah kami pada masa jahiliah, apabila salah seorang daripada kami mendapat anak, disembelih seekor kambing, lalu darahnya dilumurkan di kepala bayi itu. Setelah Allah menurunkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut bayi dan melumurkan kepalanya dengan za’faran.”

(Riwayat Abu Daud, ditashihkan oleh al-Albani)

Dalam satu riwayat, Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak suka sembelihan ini dinamakan akikah. Sebaliknya baginda lebih suka menyebutnya nasikah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya mengenai akikah, lalu baginda menjawab, “aku tidak suka al-‘uquq.” Kemudian baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang suka hendak melakukan nusuk kerana kelahiran anaknya, maka lakukanlah!”


AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)


HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Daging aqiqah sunat  dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.

Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut. (oleh sebab itu, D dan B memang langsung tak makan kambing masa majlis aqiqah baby K ni)


Siapakah yang dituntut melakukan akikah?

Akikah dituntut (disunatkan) ke atas orang yang wajib memberi nafkah kepada anak itu dengan hartanya. Maka tidak harus ayah atau walinya membuat akikah dengan menggunakan harta milik anak kerana akikah merupakan sumbangan sukarela. Justeru, harta anak tidak harus digunakan untuknya. Untuk anak zina, akikah dilakukan oleh ibunya.






kambing pertama



khalif mikhail dengan kambing aqiqahnya



yang ni buat bakor


opah and wancu tengah masak kurma kambing


Asalnya plan nak buat sekor je dulu aqiqah ni untuk baby K. Lagi sekor nak buat kat rumah D pulak, boleh buat sama-sama dengan abg long Adam baby K. Tapi abah B dah tempah dua ekor kambing rupanya, so buat jelah terus dua ekor sekali. Senang cerita, takde hutang-hutang lagi dah lepas ni. Cumanye takde rezeki baby K nak bersanding kat rumah opah and atok Kamunting jelah.




sesi memotong


kurma kambing in da making




Geng marhaban sepatutnya datang pukul 10 am, sebab kalau boleh nak marhaban dulu sebelum makan. Tapi disebabkan jadual geng marhaban yang padat pada hari majlis ni, maka terpaksa dianjakkan kepada jam 2 pm. So memang tetamu makan dululah.



mak cik marhaban






Situasi masih dalam pantang kan? So memang segala pergerakan nak kesana sini sangat terhad. Barang untuk goodie semua harapkan anjee yang belikan. Segala sticker, dan poster untuk godies pulak mujorlah officemate (designer) tolong buatkan dengan segalanya adalah foc. Guest book pulak kawan sekolah rendah dulu hadiahkan untuk baby K. Fuhhh, selesai and bonda is happy!!! :)




by acik @shira_nashirah



by ibu @niel_abadi



tq ibu for this love




Bab decoration semuanya D serahkan pada anje dan sya A.K.A mama su baby K (cousin D). 
Tq wancu and mama su, baby K and bonda is double happy :)











Untuk pelamin anak bujang D ni, semuanya D serahkan pada mak mertua D.D cuma cakap nak warna putih je, lain-lain urusan mak jelah yang tentukan. Oklah untuk harganya, sangat berpatutan pada D.



bunga

tiang

buaian


testing-testing


Untuk barang-barang masak pulak, B dan ibu dah ke pasar borong 1day before majlis. Tak kan la nak makan kambing nye aje ye tak, haruslah ada ikan dan ayam jugak. Bukan semua orang makan daging kambing. Lagipon B dan D tak boleh makan daging aqiqah tu berdasarkan hukum kan? 




















budak botak with bonda



Bersambung part II nanti.

21 February 2014

18 BULAN



Skroll punya skroll sampai ke bawah, rupanya memang tak ada bercerita pasal pic wedding pon. Hahhh nilah namanya bila dah marah dan sakit hati dengan pihak yang tidak amanah dalam menyelesaikan tanggungjawab yang beriya-iya mahu di pikul beliau. 


Dan sudahlah, malas mengorek kisah sakit-sakitan hati ni lagi, nanti stress baby kat dalam perot. 

Sempena ulangtahun ke 18 bulan ini, meh D cerita mana2 yang masih jelas di ingatan lagi tentang majlis perkahwinan kami.






:: paling manis ::

::paling haru::



Sebenarnya ni gambar di depan rumah je, kebetulan segalanya berjalan dengan lancar dan masa serta keadaan membolehkan untuk di outdoorkan dengan pakaian nikah. Kebetulan jugak kawan Anjee datang bawak vespa bapak dia, so pinjam lah buat jadi proop.


Pasal baju nikah ni, memang D tempah dengan tukang jahit berbangsa Cina, dekat Pokok Assam. Memang dia yang jahit baju-baju kawen dekat butik-butik kahwen, antaranya Halim Hias, malah Aunti ni jugak selalu jahit baju Raja Azura a.k.a Kak Engku. Tapi yang pasti upahnya tak lah mahal dan ikot harga artis bagai. Memang murah dan puas hati sangat, jahitan pon kemas. Tapi yang pasti, kene tempah awal sebab aunti ni gila teliti, kalau dah teliti tu faham-faham lah, memang lambat la dia nak siapkanya. Tapi memang dia ikot date kitalah selalunya, tapi kalau dia tak boleh memang dia akan cakap awal-awal tak nak jahit. Percaya tak cuma rm70 sahaja untuk baju nikah D. Murah gila kan?


Baju B pulak, mak mertua D yang uruskan, B cuma beli songkok baru je untuk nikah. Hahhh untung la kan, mak dia belanja baju nikah dia.



majlis malam berinai : 21 Ogos 2012 



Tak nak cerita pasal baju dan make up untuk acara malam ni, memang macam bengang sebenarnya. Tapi bila fikir balik, sebenarnya Allah Taala nak memelihara aurat D. Event majlis ni hanya untuk family D sahaja sebenarnya, tapi tulah dah memang ini yang terbaik untuk D agaknya kan? So tak pelah, lupakan pasal cerita baju-bajuan dan make up.


Acara malam ni dimulakan dengan abah dan ibu menepung tawar pengantin, kemudian di ikuti saudara mara yang lebih tua hinggalah ke adik bongsu D. Memang haru sebenarnya, penuh dengan drama air mata, maklumlah ia sebenarnya gambaran kerelaan keluarga melepaskan anak perempuan mereka dengan sepenuhnya. Bukan senang kan, anak yang di lahirkan, di asuh, di manja dan yang pasti sentiasa punya ruang dan masa yang utama untuk mereka kini terpaksa dilepas bebas untuk orang lain. Seolah-olah, amanah dan tanggungjawab sekeluarga yang terpundak di bahu membeban itu selesai sudah. Setiap satunya membisik segala hikmat untuk disemat selagi boleh. Paling haru sebenarnya. Tapi yang bestnya, malam ni dapat kumpol angpau, hehehehe.





Majlis Bersanding sebelah perempuan : 22 Ogos 2012


::paling princess::




Untuk majlis di rumah D ni memang a big thanks to our beloved family. Almaklumlah, segalanya memang diuruskan 100% oleh keluarga sendiri, terutama pasal masak makan. Sampaikan ada yang tak sempat nak pakai baju yang sepatutnya pon ada. Alahai keluarga, indahnya bila saling memerlukan.

Memandangkan segalanya diuruskan keluarga kecil D sendiri, masalah kekurangan kakitangan memang menjadi masalah besar. Sampaikan tak ada orang nak bawa D ke Butik Pengantin untuk di make up kan, mujurlah ada sepupu D yang baru sangat memilik lesen memandu yang sememangnya teramat gayat dalam memandu di jalan raya. Alahaiiiii, bayangkan macam mana kura-kuranya kami berdua dengan make up dan baju sarat beropol bagai. 








Majlis potong kek ni sebelah petangnya, sebelum asar lagi rasanya. Tapi tetamu dah ramai yang balik, ada la tinggal family dan kawan-kawan rapat je. Family B pon dah balik time ni, kek kawan-kawan UM sponser, mintak tolong kakak angkat uruskan tempahanya. So D memang tak tahu bayaran kos dan sebagainya.


Lepas acara potong kek, tetamu pon dah makin berkurang, makanya kami bersama juru gambar dan beberapa orang saudara mara serta rakan-rakan B, berangkatlah ke Lake Garden Taiping. (Mana lagi kalau dah orang Taiping kan, memang Taman Tasik lah tempatnya) untuk bergambar outdoor. Kat sini ni memang cantik sangat dan sesuai untuk diabadikan gambar, tapi tulah, dah namanya Taiping is the rain town, memang kene cepat cepat dan lekas-lekas senyum leret-leret, posing-posing sebab hari sudah mendung. Before magrib dah ada di rumah untuk acara menyemtal periuk belanga.








::bilik pengantin::

Picture atas tu picture outdoor dekat majlis sebelah lelaki. Dekat je outdoor, dekat-dekat dengan rumah B je pon sebenarnya. Memang tempat lalu lalang dari dulu lagi. Senang je sebab nak cepat kan? Lepas ni nak ke rumah Tok ayah B kat daerah situ jugak, dorang tak boleh datang sebab masalah kesihatan yang tak mengizinkan. Seorang strok,lumpuh sebelah badan dan seorang lagi pula cacat penglihatan.

Selepas bergambar bagai, tiba masa keluarga perempuan mengundurkan diri. Wehhhh napa dah nak balik ke? Habis D macamana? Huarghhhh.... nangis dalam hati, ehh sebenarnya memang termenangis jugaklah kan masa hantar family balik. 


1st time tidur rumah B, wehhh malu sebenarnya.

bye-bye