Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

27 January 2015

ROTAN ANAK BAKAL JADI KESALAHAN JENAYAH


KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
ROTAN SEHINGGA MENYEBABKAN KECEDERAAN FIZIKAL ATAU EMOSI KEPADA KANAK-KANAK
1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ingin merujuk kepada liputan media berkaitan tindakan merotan anak menjadi kesalahan jenayah yang disiarkan oleh akhbar pada hari ini (25 Januari 2015) berdasarkan sidang media pada 24 Januari 2015 di Shah Alam.
2. Dalam sidang media tersebut, YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi penerangan bahawa cadangan di dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu akan merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child, CRC);
ii. Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);
iii. Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion; dan
iiii. Peruntukan baharu mengenai pelaksanaan deinstitutionalisation.
3. Pada masa ini seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah. Dalam hal ini, hukuman sebatan di Mahkamah adalah berbeza dengan hukuman merotan sama ada di sekolah atau rumah. Hukuman sebatan di Mahkamah dilakukan secara teratur mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang. Walau bagaimanapun, atas alasan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC Kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut.
4. Selaras dengan cadangan pemansuhan hukuman sebatan di Mahkamah tersebut, Kementerian telah meneliti perlakuan merotan kanak-kanak di kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa ini, peruntukan yang dicadangkan dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak baharu bukanlah bermaksud supaya setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah.
5. Perlakuan merotan, sekiranya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh terjumlah kepada melakukan kesalahan jenayah. Di bawah undang-undang sedia ada pun, sebenarnya perbuatan itu telah dijadikan suatu kesalahan di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi dua puluh ribu atau kedua-duanya.
6. Kementerian sedang meneliti dan memperhalusi cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan kepada kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi kepada kanak-kanak merupakan suatu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda yang lebih tinggi. Di samping itu, Kementerian juga mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan.
7. Selaras dengan amalan konsultasi dan engagement secara berterusan dengan semua stakeholders dan
pihak berkepentingan, Kementerian ini akan meneruskan tradisi tersebut dalam penggubalan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak ini.
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No. 55, Persiaran Perdana, Persint 4,
62100 Putrajaya.
No.tel: 03-8323 1087


D percaya, bukan seorang dua mak bapak yang melompat berkenaan isu rotan anak menjadi kesalahan jenayah terhadap ibu bapa yang sedang hangat di bahaskan di media sosial sekarang ni. Malah, daripada menteri di parlimen hinggalah cikgu-cikgu di sekolah, para pendakwah Islam, seterusnya golongan rakyat marhaen ada pendapat yang tersendiri untuk persoalan ini. Untuk D sendiri, yang dibesarkan dengan cubit,denda dan rotan, ia adalah suatu yang perlu dalam mendidik. 

Entah dimana relevennya undang-undang baru ni pon D tak dapat nak hadam, padahal baru je lagi tahun lepas kita rakyat Malaysia bermati-matian mempertahankan sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang merotan dan mendenda anak-anak mereka tidak solat di tangkap dan di penjarakan di Sweeden. Berkenaan isu ini, D antara yang paling tersayat emosi, apatah lagi Puan Shalwati merupakan rakan baik officemate D, yang selalu mendendangkan cerita kenangan dan memori beliau bersama Puan Shalwati, yang sedikit warak sebenarnya, yang garang tapi penuh dengan sifat keibuan. Yang pada pandangan D dan juga seluruh rakyat Malaysia khasnya, merasakan hukuman yang diberikan si Ibu pada anak itu adalah sesuatu yang wajar, yang terlalu biasa dengan latar belakang kehidupan kita di Malaysia. 

Bercakap tentang hukum, hadis dalam Islam D bukanlah orang yang selayaknya. Tapi terlahir sebagai Islam, mahu tidak mahu sedikit sebanyak perkara yang berkaitan dengan ini memang menjadi rujukan utama para ibu bapa. D sendiri yang dihantar ke Tadika Pasti,Trong (Perak) telah awal terdedah berkenaan hukum merotan anak yang meninggalkan solat. Ustazah D sampaikan berkenaan isu ni untuk kami yang berumur 5 & 6 tahun dalam cara yang santai. Langsung terus tertanam dalam benak masing masing. Pertama, kami di ajar doa kepada kedua ibu bapa. Doa yang wajib dibaca dengan kuat serentak seisi kelas. Daripada doa itu, difahamkan D dan rakan-rakan akan maksud dan erti kata disebalik doa itu. 

“Katakanlah: wahai Tuhanku kasihanilah kedua mereka (ibubapaku) SEPERTI mana mereka membesarkanku semasa kecil”.

Dari doa ini, kami dijelaskan dengan kasih dan sayang terhadap kedua ibu bapa. Malah kasih dan sayang dari ibu dan bapa ini sebenarnya tak perlu langsung diterangkan pun, tapi yelah dan namanya budak tadika kan? Haruslah selalu rasa tak puas hati kat mak ayah bila ada kehendak dan kemahuan yang tak di tunaikan. Tapi time ni, rasanya otak D dah berhubung jugak lah, sebab rasanya simple je pon. Mak ayah adalah orang yang paling sayangkan kita anak-anak atas muka bumi ni, tak kan ada orang lain yang boleh cintakan anak dia melainkan mak bapak itu sendiri. So, kalau mak ayah marah, mesti ada sebab. Mak ayah tak kan senang-senang nak susahkan hidup anak-anak, tak kan senang-senang nak sakitkan anak-anak. Padahal merekalah yang sanggup bersusah payah, bersakit-sakit asalkan anak-anak aman bahagia. Its simple rite?

Tak payah nak cakap pasal hukum dan hadis pon benda ni dah rasa macam simple and senang sangat nak hadam. Mana ada mak bapak yang sesaja nak sakitkan anak, (bacaan mak bapak yang normal akal fikiranya). Berbalik pada ajaran Islam, Al-Quran sendiri mengajar cara mana mahu memukul dan menghukum anak-anak. Dan D jugak percaya, setiap kita manusia ni punya tahap kesabaran yang tersendiri, tak semua punya sabar level 499 candy crush, terkadang anak merengek-rengek time badan letih sehari suntuk kerja luar dengan panas terik mentari, mintak mainan yang dah belambak ada dalam bakul mainan, siangnya pulak kena saman masa otw nak balik rumah sebab memandu laju semata-mata nak ambil anak dari rumah pengasuh awal (kalau lewat kena charge RM10-RM20); haruslah terjentik jugak telinga budak tu kan? Paling tidak pon, tinggi jugaklah lontaran vokal mak ayah time tu.

Tapi kalau dah undang-undang mula mainkan peranan dalam perilaku anak-anak dirumah, mana lagi nilai hormat anak pada mak bapak? Jangan pulak ada yang tak percaya, lepas ni mak bapak pulak yang takut dengan anak-anak. Jangan tanya jugak kenapa lepas ni makin bercambah segala salah laku jenayah remaja. Semuanya kita salahkan penggubal undang-undang, kerana anak-anak langsung tak boleh diberi ajar sedari kecil, hingga besar melakukan kesalahan pon dah tak boleh nak di lentur apa lagi dah. Bila anak-anak mula dah tak boleh dilentur lagi, marilah kita rakyat Malaysia hantar anak-anak ke rumah mak cik kening halus berkenaan. 

Bagi D, tak perlu pon nak gubal or pinda undang-undang berkenaan ni, tapi ni untuk mak bapak yang waraslah. Jangan lah nak kaitkan isu adik Firdaus yang kena kurung dengan mak dia Puan Lola dulu tu, tu kes mak tak waras. Kes-kes terpencil macam ni memanglah wajar mak dia di gelar penjenayah, dah memang kerus kering anak dia tu tak di bagi makan. Tapi rata-rata mak-mak lain kat Malaysia ni, semua sanggup tak beli baju cantik dan dan kasut tinggi tiap-tiap bulan asal permintaan anak nak makan kat tempat best-best dapat ditunaikan walaupon sebenarnya makanan kat rumah pon belambak lagi dalam gobok. Tapi sebabkan anak, di ikat nafsu nak berkasut baru setiap bulan. 


Bab merotan ni sebenarnya dah jelas ada dalam al-quran. Bukanlah nak mengata mak cik kening halus ni tak reti baca al-quran, tapi tafsir al-quran kan ada. Kot tak reti bahasa melayu, banyak bahasa lain semua ada. Duit beli rantai mutiara ada, tak kanlah nak beli tafsir al-quran tak boleh. Ye dak?



Yang sebenarnya bila ingat-ingat balik kenangan kena rotan dan denda sebenarnya banyak memberi impak positif dalam diri D. Tak tau lah untuk orang lain kan.

D ingat lagi, teruk D, Along, Angah, Yong dan Nyah ( sepupu D) kena libas dengan tali pinggang Aki (Datuk) sebab mandi sungai sehari suntuk. Time tu mak lang (ibu Yong dan Nyah) bersalinkan Kak Yang, baby dah boleh balik, so ibu dan abah D pergi ambik baby kat hospital. Masa nilah Along sebagai ketua merangkap yang paling tua dalam kami adik beradik (masa ni cucu Aki baru enam orang, termasuk kak yang yang baru lahir). Nilah kesalahan paling epik sekali kami lakukan beramai-ramai. Jenuh satu kampung Aki cari kami berlima. Dan yang bagusnya bukan kami tak tahu Aki tengah cari, sebab boleh kenal enjin motorsikal Aki tu, bila dengar je enjin motor Aki, kami cepat-cepat selam kepala dalam sungai. Bayangkan kami menyusur sungai ni dari satu hilir hingga ke hulu. Hoiii memang kecut habis semua. Dan bila balik, tu pon sebab Nyah lapar sangat, tengok arwah Opah dah menangis-nangis ingatkan kami betul-betul hilang. Sikit lagi je nak report polis. Terus hidang nasik, tapi tak sempat nak suap ke mulut dengar enjin motor Aki, yang baru balik dari mencari kami berlima. Yong terus menyorong tepi mesin jahit. Nyah awal-awal lagi menyorok belakang opah. Along sebagai ketua geng haruslah kena tibai dulu. Diikuti angah, D dan Nyah. Last sekali baru Yong, tupon sebab Aki tak nampak dia menyorok tepi mesin jahit. Tapi dia lah kena libas banyak kali sebab sapa suruh menyorok kan? 

Tapi pengajaranya, kami berlima tahu sebenarnya Aki, Opah dan semua sayangkan kami. Risau kami hilang, kena culik ke, lemas ke dan macam-macam lagilah. Langsung kami semua masa tu takda rasa dendam dan marah pada Aki yang memukul. Langsung ibu,abah, p.lang dan m.lang tak terasa bila anak-anak kena pukul. Lepas tahu perilaku anak-anak, terus kami berlima dapat extra pulas telinga dari ibu. Sampai sekarang kami adik beradik selalu cakap telinga capang kami sebab kena pulas dengan ibu. Tapi bukan salahkan ibu pon, tu dalam nada gurau senda je.

Kali kedua pengalaman kena pukul D sebab tidor rumah kawan tak bagitau. Kali ni kena pukul dengan ibu sendiri. Pertama kali kena,pertama dan terakhir setakat hari ni. Masa ni darjah enam. Memang nangis kuat-kuat sebba sakit sangat kena libas dengan getah paip. Tapi memang D akui kesilapan D. Lepas kena libas, sakit-sakit badan ingatkan dapatlah cuti tak payah pergi mengaji. Tapi kene pergi jugak, dan pergilah D mengaji dengan mata bengkak sebab nangis. Tapi tulah, dah memang salah D pon sebenarnya, dah la ibu pesan angkat kain dulu petang tu, tapi D tak angkat pon. 

Kali ketiga pengalaman kena pukul,kali ni dengan abah pulak. Kesalahan D adalah ikot angah keluar dating kat taman permainan lepas tu kantoi. Dengan D sekali kena libas. Tapi tujelah sekali kena dengan abah.

Kat sekolah pulak banyak kena denda je, sebab tak hafal sifir, tak siapkan homework, keluar rehat awal, main galah panjang waktu p&p, makan jajan dalam kelas dan banyak lagi lah. Selalunye kene duduk tepi longkakng, berdiri satu kaki, diri atas kerusi. Tujelah, taklah sampai terukmana pon dendanya.

Tapi kesuluruhanya, takdalah meninggalkan kesan yang negatif. Semuanya meninggalkan rasa sayang dan kasih yang melimpah. Makin matang otak berfungsi, makin terlihat sayang dan cinta dari kesan denda dan libasan di tengah belakang. Memang langsung tak berparut mana, tapi rasa cinta yang ditinggalkan oleh pelibas-pelibas dan para guru yang mendenda adalah cinta agung yang membentuk diri D menjadi manusia hari ini. Dan yalah, memang tak berjaya mana pon D sebagai manusia, tapi sekurang-kurangnya D lepas jugak lah masuk Universiti Malaya, menyarung jubah graduasi. 

Untuk D, Selain lorong-lorong kehidupan, manusianya seseorang manusia itu adalah hasil didikan ibu bapa dan guru-guru. Pukul dan denda itu sebenarnya yang mematangkan seseorang manusia. Cubit dan parut libasan rotan sebenranya tanda cinta dan kasih.

Terima kasih untuk segala tanda cinta yang pernah inggap di belakang dan paha D. Sungguh, segalanya itu menjadikan D manusia yang adanya D hari ini.

Akhir kata,
Sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan suami .................. (isi tempat kosong)



25 January 2015

SUAMIKU, ENCIK PERFECT 10!



Hi semua,


Tajuk nak trending je kan?

Alaaaa, kasi la chance, sesekali je pon. ahahaks. Meh kite review cite ni dari kaca mata D ye



Sebenarnya dah lama sangat tak dating berdua, jalan shoping mall pegang tangan, taut-taut jari, sambil makan ice cream, tengok wayang, pop corn dengan air pepsi, lepak-lepak mamak, sembang-sembang, macam rutin dulu-dulu bercinta. Zaman berjimba di Mid Valley, ketika muda belia. Hoiiii, dah kenapa rasa macam tua sangat je sekarang ni? Hahahahaha, kali ni memang bukan sebab anak, sebenarnya sejak lepas kawen, termasuk kali ni, nilah yang ke 2. Sejak lepas kawen. Erhmmm dah dekat 3 tahun sebenarnya berumahtangga, tapi tulah. Kami lebih selesa meleset depan tv, pasang dvd, marathon beberapa cerita yang terbaru. Kalau tak beli cerita baru pon, sanggup ulang-ulang tengok cerita lama. Erhmmm memang dah jadi malas nak bersiap-siap semata-mata nak pergi tengok wayang.


Sabtu ritu, balik rumah ibu. Tetiba rasa macam teringin tengok wayang. Ajak b, B ajak tengok midnite. Hoiiii gila ke, kang anak melalak nak kopek. Memang tak boleh pergi malam walaupon ibu cakap tak pa. No way ok. Baby K dah la tak nak makan sangat, siang minum susu pon sikit-sikit je. Malam jelah dia bergantung kopek habis-habisan sampai ke subuh. Memang tak boleh keluar malam kalau tak bawak dia.

Pagi sabtu tu, lepas breakfast, mandikan baby K, lepak-lepak kejap baru keluar dengan B. Baby K tinggal kat opah dan atok. Siap lambai-lambai tangan lagi tengok ayahbonda keluar dating. Baru kat simpang rumah pertama dah rasa macam nak patah balik. Tapi B cakap, kita tengok dulu tiket wayang pukul berapa, kalau lewat tak payah tengok. Kesian kat baby K.

Sampai Taiping Sentral dalam pukul 12, terus naik atas beratur tengok tiket. D g toilet, B beli tiket. Hoiii memang mendidihlah hati dia dah siap beli cerita perfect 10 ni. D awal-awal lagi dah cakap tak nak tengok cerita ni, nanti beli cd je la tenngok kat rumah. Tapi takdak cerita best yang awal, so redho je la ngadap Aron Ajis ni. 

Ehh macam awal lagi, B ajak makan ice cream dulu. Hoiii terus rasa macam remaja sangat kan? hahahahaha.


:: bajet bajet remaja ::


Memang tak pernah saja-saja tinggal dia sejak dia lahir melainkan D kerja. Kalau tak, ke mana pon memang angkot sekali. Ada la sekali dua dulu masa dia kecik lagi, time tu kejenye memang tido je waktu siang, so tak lah rasa bersalah sangat tinggalkan dia. Tapi sekarang huhhhh, memang macam mak bapak kejam je time tu. Tinggalkan anak semata nak berseronok. Dah lah weekdays keja sepanjang siang, dah nak malam baru jumpa and manja-manja dengan anak.


tengok pic ni rasa nak patah balik weh


Ehhh macam dah melalut je ceritanya, jom kita sambung balik cerita Suamiku Encik Perfect 10" lakonan Aron Ajis dan Lisa Suriram nih. Untuk D, yang belum lagi baca novel ni, ok lah. Memang cerita macam dah banyak yang sama, tapi sebab jalan ceritanya mungkin dekat dengan kita. Memang ada je kes-kes termengandung sebelum kawen ni. So, kene ambik tauladan bukan tiru apa yang terjadi. Kalau untuk para remaja, rasa macam risau pulak nanti dorang fikir takpelah mengandung pon nanti boleh je kawen dan bin or binti kan jugak after kawen. Ehhh no, kat situ D nampak ada sedikit kekurangan pengetahuan pembikin cerita. D pon tak pandai, tapi setakat basic tu rasanya tahulah sekit-sikit. Bab ni, rasa macam perlu dicerahkan sikit kot. Dari segi lakonan memang tak payah cakap la, semua pelakon yang memang berbakat, bukan setakat cantik semata. Seriuosly, semuanya best-best event watak terbaring koma atas katil hospital je. Air mata meleleh sambil baring tu pon nampak real. D paling suka watak Tok lakonan Normah Damanhuri, memang tak mengecewakan. Sedap sangat aih dengaq depa dok cakap utagha. Hahahaha. Paling penting, D terliur tengok potongan badan Yasmin Hamid, hoiiii memang rasa nak bunuh diri tengok dia punya body. Memang menangis la mak mak dara macam D ni. 

Lagi satu yang macam tak sangka, eh dah kenapa cerita ni lamanya tak habis-habis lagi. Bajet tengok cerita melayu sebab habis cepat. Manalah tau kot-kot dalam panggung tu ibu coll cakap Baby K nangis ke apa ke. Tak la rugi sangat sebab cerita dia lama.

Habis je, kamilah yang paling awal keluar, dah tak menahan rasanya nak terus balik rumah. Langsung tak makan, balik rumah jelah makan. Memang rasa bersalah dia tahap tak rasa lapar langsung weh.






bukan nak sabotaj lisa surihani sebenarnya






22 January 2015

REWARD DIRI


Harini nak cerita pasal reward diri sendiri. Sebenarnya dah start reward gift untuk diri sendiri ni dari bulan lepas lagi. Ececeh, takdelah best sangat pon sebenarnya. Cuma saja nak share jugak. 

Actually, semenjak ada anak ni D dah jarang shoping barang D sendiri, even memang dah keluar nak beli apa-apa untuk diri sendiri tapi kengkadang tu bila ternampak something yang berkenan terus rasa macam nak pergi tengok deparment baby dulalah. Lepas tu memang TER beli jugaklah untuk si kenit tu dengan menggunakan peruntukan untuk bonda dia ni. So, terus jalan laju-laju langsung tak pandang apa yang D berkenan tadi tu. Tak sangka macamni sekali penangan jiwa mak-mak sekarang ni. Segala keutamaan memang untuk anak je.

Haishh, tak boleh jadi ni, so cepat- cepat dapat idea untuk reward diri sendiri dengan beli shawl yang cecantik sikit, mahal dari selalu (selalu D pakai shawl 15 ringgit je pon), adalah sehelai dua yang elok sikit. Lain semua cap pasar pagi Kamunting je. Alahaiiii sedihnye.

D peruntukan RM100 untuk shawl yang D suka setiap bulan bermula bulan lepas, Dec 2014. Masa tu sebenarnya zawara tengah sale, 3 helai dapat RM99. Zawara depan office je uols, haruslah telan liur hari-hari tengok sipi-sipi guna sebelah mata je, sebab nak kentalkan jiwa tak nak singgah. Tapi apelah sangat kental jiwa D ni, terjuling jugaklah bijik mata bila dah kedai depan mata. 

Dapatlah 3 helai, tu pon jenuh pilih warna yang mana satu tak ada lagi. 



zawara 1

zawara 2

zawar 3


Ni belom gaji lagi, tapi lepas kira-kira bajet, masih berbaki sikit lagi lebihan hasil berjimat cermat sebab masak and bawal bekal datang office. Tak makan kat luar, godek-godek ig, memang lama dah pon sebenarnya usha ig sorang kakak bloger ni, review customer pon semuanya ok ok, so sebelum aliran duit terfikir untuk ke arah lain, cepat-cepat tanya apa yang avalaible lagi. Sebenarnya dah lama nak warna emerald green, tapi dah habis, so grab apa yang ada jelah. Yang bestnye beli dengan kakak ni, dia sabar je tunggu D transfer duit. Dah time tu jugak mb2u D tengah nak update segala bagai. Transfer tak boleh guna mb2u, sebab tak dapat tac number. So gigihlah esok pagi baru transfer guna mesin ATM, hahhh nampak tak betapa D gigih kat sini? Gigih sesangat kan?
Lagi yang bestnya, service memang tiptop, order pagi tu, pagi tu jugak dorang post. then, harini dah boleh datang office pakai shawl baru, ni link blog kakak cantik tu.



hari tu jugak dapat tracking number


warna pilihan D


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Belanjalah selfie sekeping untuk harini. 




Warna melon tu nak pakai photoshoot untuk sabtu ni. Amboiiii clas sangat kan, photoshoot bagai. Nantilah, bab photoshoot tu nanti D cerita lain bila dah settle wekend ni. 


Ok, nak sambung taip alamat untuk kad raya.
Bye~

21 January 2015

FROM BALI TO IPOH


Harini datang kerja naik bus. Hishhh macam dah lama sangat tak naik bus lompat lompat ni. Tapi tak pe, atas sebab-sebab yang tak dapat nak di elakkan, marilah gagah berlari-lari anak menunggu bus di hentian depan taman rumah. 

Tak jauh pon dari pintu rumah nak ke tempat menunggu bus sebenarnya, dalam seratus langkah ada la kot. Pagi pagi dah berpeluh ketiak, tapi tak pe sebab kat office memang ada spare deodorant. Hahahahaha.


 D naik bus Perak Transit, ok what bus ni. Ada air cond, radio pasang kuat walaupun lagu Cina, tapi tak pelah. Kan semangat nak raya cina tak lama je lagi dah. So layan je lah walaupun makin mencapang je telinga D ni dengar lagu Cina kuat pulak tu.

 Tambang pon murah je, RM 3.60 je. Memandangkan D tak sempat round-round lagi kawasan rumah D ni, naik bus dapatlah kesempatan berpusing-pusing sekitar kawasan ni. Lepas naik, terus masuk Pekan Tronoh, lepas tu pergi Batu Gajah pulak, jauh jugak pusing-pusing masuk Batu gajah ni. Lepas tu terus ke Pusing, 1st time D masuk kawasan ni. Memang total kawasan masyarakat Cina je kat Pusing ni. Lepas tu terus ke Mengelembu then baru menuju ke Ipoh. perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam jugak la, kalau naik kereta dalam 30 minit je. Tapi tak pe, sebab pengalaman baru dan dapat pusing-pusing tengok kawasan.

hiasan raya cina 


Naik je, terus kena bayar tambang kat mesin tu. D tak de duit kecik, ada RM10, tapi uncle tu tak marah pun. Uncle driver bus ni peramah sangat. Hampir setiap penumpang dia tegur dengan mesra. Ada sorang mak cik yang nak turun depan klinik kesihatan Tronoh tu, dia siap cakap "baik-baik nak turun tu, esok pakai lawa-lawa sikit". Terus D senyum-senyum, mesti ni regular penumpang dia ni.

D duduk sorang je kat kerusi double bus ni, kat depan D ada dua budak Cina perempuan pakai seragam sekolah. Dorang turun kat sekolah di Batu Gajah. Bahagian depan ada uncle Cina dan 2 orang mak cik Melayu. Sebelah D ada sorang uncle Cina ni, asik koyakan tisu lepas tu lipat lipat tisu tu. D perhatikan je, memang macam pelik. Penuh satu plastik tu dengan tisu tandas yang dia lipat.  Haishh uncle, lantak hang lah nak buat apa pon. 



uncle dan tisunya

rm3.60

Perak Transit Bus
Tapi lepas dah turun bus ni di Medan Kid, D naik lagi satu bus Perak Transit jugak, tambang RM1.30 je untuk sampai ke office. Tapi kena jalan jauh sikit la baru sampai office. Tapi keseluruhannya ok je. Tak lah teruk sangat public transport kat Perak ni. Yang paling best air cond dua dua bus kuat okeh. Tersengguk-sengguk kepala D sebab mengantok, tapi tahan jelah mata ni sebab nak tengok uncle tisu tu. Hahahahaha. 

Ok tu je nak mengadu, balik nanti B datang ambik terus dari Lumut.
Boleh pump susu untuk babyK dalam kereta. 

bye korang.

18 January 2015

2015


Hi korang.

Entry pertama D untuk tahun 2015 yang agak terlewat kalau nak ucap selamat tahun baru pon. Sebenarnya ada banyak dan macam-macam sangat nak tulis, tapi tulah...selalu banyak alasan.
Busy sangat kengkononnya.
Tapi tak de lah busy sangat, biasa-biasa je pon. 

Di tahun apa pon sebenarnya D, tak ada apa yang best. Hidup masih sama, seperti sebelum-sebelum ni. Bangun pagi masih suami dan anak di sisi walau kekadang suami tak ada sebab outstation. Bangun pepagi mandikan baby K, hantar pengasuh, drive sendiri pergi office walaupun selalu berangan bestnye kalau hari-hari ada orang yang tolong drive hantarkan, dekat office masih seperti biasa walau bos makin ramai dan bertukar ganti, balik rumah masih kena masak, tido dan bangun untuk hari seterusnya. Sama, langsung tak ubah. Masih seperti biasa dan langsung tak pernah berani merancang untuk mengubah apa-apa rutin. Biarlah, segalanya sama seperti hari ini. Nantilah, dah lapang-lapang sikit baru kita cuba-cuba berani fikirkan apa-apa perubahan.

Harapan D untuk tahun 2015 agar segala yang baik-baik sahajalah. Sama macam sebelum- sebelum ni. Langsung tak ada apa-apa sasaran dan azam. Sekadar memenuhi dan meneruskan impian dan harapan yang tak kesampaian dari tahun- tahun lepas. Langsung tak ada motivasi nak majukan diri D ni kan? Haihhh lah hidup. Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya D masih dikelilingi mereka yang sepatutnya ada untuk D. 

Bagi D, tahun 2014 benar-benar mengubah segala rutin hidup D dengan kehadiran babyK, dan seperti semua tahu 2014 juga merupakan tahun yang paling menguji kita keseluruhanya rakyat Malaysia. Dengan kemarau yang memanjang sehingga membawa kepada catuan air walau di kawasan tadahan air paling tinggi sekali, kehilangan pesawat MH307 dan nahas tembak pesawat MH17 di Rusia,banjir besar yang melanda Kelantan dan termasuk Perak juga, dan di akhir tahun nahas pesawat QZ850 yang terhempas di lautan dan beberapa peringatan kecil lain untuk dari DIA. Sungguh, segala tragedi ini sebenarnya ujian dan dugaan bukan sekadar untuk mereka yang melaluinya. Tapi untuk kita yang seharusnya mengambil ikhtibar dan pengajaran agar mendidik diri menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Terlalu banyak sebenarnya peringatan dari ALLAH untuk kita hambanya. 

D memang tengah down untuk sebarang planing masa hadapan. Semuanya macam mendap je sekarang ni. Harap-harap lepas ni ada la sedikit sinar untuk melihat cerahnya masa mendatang untuk D sekeluarga.








::moga masih diberi ruang untuk terusan berkasih sayang::

21 November 2014

MAH





Gambar sekadar hiasan.


Lebih tujuh bulan berstatus Bonda, ternyata ia satu pengalaman paling mengujakan dalam hidup D. Sungguh, tidak ada sesuatu yang mengujakan selain dapat menatap riak anak yang setiap hari memberi 1001 pengalaman untuk dikutipkenang sepanjang hayat nanti.Setiap segala sesuatu hanya adalah untuk anak. 


Fitrah wanita barangkali, sifat kebondaan itu sangat mendalam semenjak kurang lebih 7 bulan ini. Sedangkan sebelum-sebelum ini, melihat anak kecil yang tak dikenali siapa asalnya perasaan D sama macam tengok anak kucing parsi yang berbulu tebal. Langsung tak dikuis usik, sebab geli dengan bulu kucing, dan sebab takut nanti mak bapak baby tu marah kuis-kuis anak dorang.

Masa pregnant pon kadang-kadang D sebenarnya selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. Boleh ke nanti D sayangkan anak yang D sendiri kandungkan ini sama macam mak-mak lain sayang anak dorang? Sebab jiwa D memang bukan jenis pencinta budak. Yang akan terkinja menjerit tiap kali melihat budak comel depan mata time kat shoping mall. D biasa-biasa je dengan budak-budak ni.


Tapi ternyata, kelahiran baby K mengubah segala rutin fizikal dan emosi D. Memang D masih orang yang sama, masih D yang dulu. Tapi kelahiran baby K telah membawa haluan rutin yang berbeza. Memang total berbeza terus.



Dan baru-baru ini, terbaca kisah Mah yang menjadi viral di laman-laman sosial menjadikan D tersentak kuat. Macam ada jentolak yang mengorek hempedu, lepas tu campak ke laut. Hahhh macam tulah rasanya lepas baca kisah Mah yang makin popular sekarang ni. Memang ada betulnya surat 'Abang', iaitu suami Mah yang curang tu.


Tapi.....


First baca, memang dalam hati terus cakap 'celaka betul suami Mah ni'. Selamber je boleh terlajak perahu dengan si Zulaikha ni.

Kesianya dengan Mah. Dah berkorban segalanya untuk rumah tangga, sampaikan tak ada langsung sompek dalam hal ehwal menjaga anak dan rumah tangga. 

Lepas tu, teros rasa Zulaikha si janda nilah yang mencacatkan pandangan masyarakat pada mak 'J' yang ada.


Sebab tersentak tercabut hempedu, haruslah hadam balik apa yang dibaca untuk difaham sebaik mungkin tanpa bias walau ianya lebih sukar daripada menarik rambut di dalam tepung. Sebab terlahir sebagai perempuan, yang penuh emosi dan jiwa yang sering mengongoi jerit melihat segala yang perit. Tetap jugak terbias.

Haihhhh.

Sambil drive balik kerja pon terpikir-pikir lagi pasal Mah ni, haishhh mempengaruhi minda betoi.



Terus belek diri sendiri.


Memang macam dah tak sempat nak berscrup bagai sekarang ni, mandi pon cepat-cepat sebab anak dah melalak nak kopek. Lepas mandi bungkus rambut teros dodoi anak. Kadang-kadang tertido teros, langsung esok baru sikat rambut.


Memang macam dah ikot mana sempat je capai baju tudung yang paling atas, mana sempat capai gosok itulah yang disuai padankan. Warna tak match pon takpe, sebab konon ikot trend memang fesyen macam tu. Padahal, semua tu kelaut yang sebenarnya.


Kasut tinggi memang dah simpan lama dah dari pregnant dulu, tambah sekarang berdukung. Memang hilang terus dari wish list konon-konon lepas pantang nak bertumit tinggi balik macam muda-muda dulu.


Keluar kerja pagi, sampai rumah sebelum magrib yang kadang-kadang dah hujung magrib baru kelam kelibut menapak masuk rumah. Sampai rumah, mandi, solat, masak untuk makan malam sambil B jaga baby K, tapi kadang-kadang main-main dulu dengan baby K sebab nanti dia dah tidor tak sempat main pulak. Dia tido baru masak and makan.


Memang macam dah tak ikot jadual makan minum dengan betul sekarang ni. Macammana pon malam mesti nak kena makan nasik jugak, sebab tak nak susu drop. Memang mengumpul lemak lah sekarang ni, lepas makan yang dah lewat tu, terus penat mata mengantok sambil tepok-tepok anak terlena padahal nasik belum hadam lagi pon.


Wekend pulak, memang hari mendobi. Bangun pagi memang suami yang uruskan perihal baju, tapi setakat basuh, sidai dan angkat jelah. Lepas tu urusan melipat, menyusun dah terpundak di bahu D. Stok seminggu okeh, memang kebas lah kaki melipat kain baju. Iron baju kerja untuk seminggu terus, sapu-sapu sampah memang hobi suami, so tak pernah buat sebenarnya bab yang itu. D cuma masak-masak untuk di makan kami laki bini. Kalau tak keluar atau balik kampung, memang melungguk depan tv, masak-masak dan makan-makan. Itu je rutin. 


Memang sebebnarnya D takut nanti D jadi macam Mah.


Sebenarnya, situasi ni nak salahkan siapa ehh?


Memang jawapanya bukan salah anak, walaupon memang anak yang membezakan hidup kita sebelum dan selepas beranak pinak ni. Tu tak masuk lagi urusan financial yang mula tunggang tebalik. Dah tertarik-tarik duit saving untuk holiday setahun sekali dan duit saving baju baru sebulan sehelai.


Anak tu, pada D memang peluas rezeki. Anak jugak memang penguji jiwa paling Dewa, tapi kenapa kita masih sayang dan cintakan anak macam kita sorang je yang ada anak? Berkerut sebenarnya dahi D fikirkan apa yang akan Mah ubah, macam apa yang di minta oleh suami Mah yang curang dalam surat tu. Ehhhh sebenarnya bukan berkerut fikirkan Mah, D kerut-kerut fikirkan macamana nak ubah semula rutin tujuh bulan ini menjadikan D lebih punyai ruang masa untuk diri sendiri jugak.


Sesungguhnya kehidupan memang terlalu berbeza

nak amik gambar pon susah

Haishhhhh



cubaan pertama, gagal.

cubaan kedua, gagal.

cubaan ketiga,gagal. 

cubaan keempat
semuanya gagal!!!


Moga cerita viral Mah ini hanya rekaan semata,
Sekian.