Showing posts with label familyto. Show all posts
Showing posts with label familyto. Show all posts

28 January 2015

COLOUR PICTURES


Hi semua,

Dah janji kelmarin nak share picture family potraite ni kan? Ok sebelum tu meh D cite sikit Colour Pictures yang ambil picture-picture family kecik D ni. 

Korang boleh tengok je IG dorang kalau nak tengok hasil bedikan lensa dorang. Malas cakap banyak sebab boleh pegi usha sendiri hasil seni dorang tu. Memang cecantik je semuanya. Ramai retis-retis yang gunakan perkhidmatan dorang ni. Minggu ni pon dorang busy dekat Festival Pengantin Malaysia di Kedah. 

Lagi satu, senang je nak deal dengan dorang, yang penting reply pantas. Mula-mula D deal dengan Encik Khairul, tapi hari yang D nak photoshoot tu dia ada family day kat Cameron Highland plak, so bos Colour Picture yang akan amik gambor dengan D nanti, namanye Abg Amie. Wehhh lagi la menggedik kan? Bos amik job kecik dengan orang-orang kecik macam kita ni je. Padahal minggu sebelum ni bos dorang ni pegi amik gambor Wawa Zainal dengan laki dia. Hoiiii tak ke korang rasa D tak rasa bajet retis teros time tu kan? Hahahahahaha. Okeh2, jap lagi kalau layan terus keluar cerita cita-cita masa darjah empat nak jadi pelakon. Nanti D bagi contac number Khairul dan Abg Amie ye. Abg Amie ni nampak muda je lagi, rupanya anak dah 4 orang, sila jangan try ye adik-adik manis. Pembantu yang ada masa tu cik adik manis Fatin, jenuh dia melompat mengacah baby K nak bagi senyum, tapi langsung tak jalan. Rupanya, uncle Wan jugak yang baby K suka. Bab baby K tak nak senyum tu malas ah cita, sakit hati bonda. Tapi its ok, sebenarnya budak baru bangun tido tetiba nak suruh senyum mengekek memang tak dapatlah kan?







Gambar banyak sebenarnya, beratus-ratus tapi tak larat nak uplod. Dah tak tau nak pilih mana satu untuk dibesarkan, gantung kat dinding rumah. Ehhh yang sebenarnya, gambor kawen dulu pon tak gantung-gantung lagi. Hehehehe







Ok lah,malas nak uplod dah. Ehh jap ni sekeping dua lagi. Gambar budak bertuah tak nak senyum tapi asyik memuncung je mulutnye tu. Hoiiii stress bonda!!!











Ehh, sebelum terlupa, ni no telefon Colour Pictures 

Khairul :+60 17-599 6605
Abg Amie : +60 12-569 7931




Bye

19 January 2015

KARAT CAFE, IPOH




Semalam lepas check up baby K 9month, bawak ibu sekali datang rumah. Tapi D kerja, cuma minta masuk lewat 1 jam dari biasa. Checkup awal pagi, paling awal sebenarnya. Kami tunggu klinik bukak. Berat baby K naik sikit je, maybe sebab 3 hari sebelum check up dia demam dan ditambah pulak baby K memang tak nak makan sangat. Cuma menyusu badan je, tu pon takdelah kuat mana. Biasa-biasa je. Tak pelah nak, asalkan sihat tubuh badan, tak demam merengek pon ayahbonda dah cukup bersyukur.

Lepas habis checkup singgah brekfast, lepas tu terus hantar D ke office. B, baby K dan ibu terus balik rumah. Petang habis kerja dorang datang ambil. Ececeh, seronok sikit lah sebab dah lama tak ada orang datang jemput depan office. 

So, kiteorang decide tak nak balik rumah lagi macam nak lepak-lepak dulu. Ingatkan nak bawak ibu makan meet ball ala-ala kat Ikea di Thumb Cafe, tapi cafenye tutuplah pulak. Kat sebelah Thumb Cafe ada cafe baru bukak, so jom lah try tengok apa yang best.



paling suka gelak melekek bila orang buat-buat macam nak makan tangan dia

Memang tak niat nak makan yang berat berat pon, sebab kat rumah ibu dah masak masak lemak pucuk paku, ketam berlada dengan ikan goreng. Tapi memandangkan cafe baru bukak haruslah try menu special, si salmon tu. Tapi untuk D macam mengecewakan jugaklah, mujor tak lapor sangat time ni, kalau tak harus meja tu dah D terbalikan. Mash potato dia pon macam masam, eh ke memang rasanya macam tu? Entahlah, tapi untuk tekak D memang tak nak order dah la lepas ni. Ehh sebenarnya tak nak pergi dah la lepas ni. Hehehehe.Tapi oglio alio sea food tu ok la, sedap jugak. Time D datang ni orang boleh tahan jugak sebenarnya tapi intai-intai meja sebelah dorang banyak order nasi goreng. Selain decoration dia yang D suka, air dorang pon boleh tahan jugak sebenarnya. Tapi pic air lupa nak ambik. Coconut punch and strawbery punch dia sedap.


oglio alio, RM12, so so je, bolehlah.


salmon steak, RM18
















muka baby K dah boring asyik amik gambor je




Mujor sekarang ada anak, bolehlah diajar menggedik sama untuk bergambar.Kalau tak boring, B tak nak layan pon. Udah D sensorang je tersengeh-sengeh bergambar. Hahahahaha.


Bye karat cafe, nanti kalau ada orang nak belanja saya datang lagi ye. 



21 November 2014

MAH





Gambar sekadar hiasan.


Lebih tujuh bulan berstatus Bonda, ternyata ia satu pengalaman paling mengujakan dalam hidup D. Sungguh, tidak ada sesuatu yang mengujakan selain dapat menatap riak anak yang setiap hari memberi 1001 pengalaman untuk dikutipkenang sepanjang hayat nanti.Setiap segala sesuatu hanya adalah untuk anak. 


Fitrah wanita barangkali, sifat kebondaan itu sangat mendalam semenjak kurang lebih 7 bulan ini. Sedangkan sebelum-sebelum ini, melihat anak kecil yang tak dikenali siapa asalnya perasaan D sama macam tengok anak kucing parsi yang berbulu tebal. Langsung tak dikuis usik, sebab geli dengan bulu kucing, dan sebab takut nanti mak bapak baby tu marah kuis-kuis anak dorang.

Masa pregnant pon kadang-kadang D sebenarnya selalu tertanya-tanya dengan diri sendiri. Boleh ke nanti D sayangkan anak yang D sendiri kandungkan ini sama macam mak-mak lain sayang anak dorang? Sebab jiwa D memang bukan jenis pencinta budak. Yang akan terkinja menjerit tiap kali melihat budak comel depan mata time kat shoping mall. D biasa-biasa je dengan budak-budak ni.


Tapi ternyata, kelahiran baby K mengubah segala rutin fizikal dan emosi D. Memang D masih orang yang sama, masih D yang dulu. Tapi kelahiran baby K telah membawa haluan rutin yang berbeza. Memang total berbeza terus.



Dan baru-baru ini, terbaca kisah Mah yang menjadi viral di laman-laman sosial menjadikan D tersentak kuat. Macam ada jentolak yang mengorek hempedu, lepas tu campak ke laut. Hahhh macam tulah rasanya lepas baca kisah Mah yang makin popular sekarang ni. Memang ada betulnya surat 'Abang', iaitu suami Mah yang curang tu.


Tapi.....


First baca, memang dalam hati terus cakap 'celaka betul suami Mah ni'. Selamber je boleh terlajak perahu dengan si Zulaikha ni.

Kesianya dengan Mah. Dah berkorban segalanya untuk rumah tangga, sampaikan tak ada langsung sompek dalam hal ehwal menjaga anak dan rumah tangga. 

Lepas tu, teros rasa Zulaikha si janda nilah yang mencacatkan pandangan masyarakat pada mak 'J' yang ada.


Sebab tersentak tercabut hempedu, haruslah hadam balik apa yang dibaca untuk difaham sebaik mungkin tanpa bias walau ianya lebih sukar daripada menarik rambut di dalam tepung. Sebab terlahir sebagai perempuan, yang penuh emosi dan jiwa yang sering mengongoi jerit melihat segala yang perit. Tetap jugak terbias.

Haihhhh.

Sambil drive balik kerja pon terpikir-pikir lagi pasal Mah ni, haishhh mempengaruhi minda betoi.



Terus belek diri sendiri.


Memang macam dah tak sempat nak berscrup bagai sekarang ni, mandi pon cepat-cepat sebab anak dah melalak nak kopek. Lepas mandi bungkus rambut teros dodoi anak. Kadang-kadang tertido teros, langsung esok baru sikat rambut.


Memang macam dah ikot mana sempat je capai baju tudung yang paling atas, mana sempat capai gosok itulah yang disuai padankan. Warna tak match pon takpe, sebab konon ikot trend memang fesyen macam tu. Padahal, semua tu kelaut yang sebenarnya.


Kasut tinggi memang dah simpan lama dah dari pregnant dulu, tambah sekarang berdukung. Memang hilang terus dari wish list konon-konon lepas pantang nak bertumit tinggi balik macam muda-muda dulu.


Keluar kerja pagi, sampai rumah sebelum magrib yang kadang-kadang dah hujung magrib baru kelam kelibut menapak masuk rumah. Sampai rumah, mandi, solat, masak untuk makan malam sambil B jaga baby K, tapi kadang-kadang main-main dulu dengan baby K sebab nanti dia dah tidor tak sempat main pulak. Dia tido baru masak and makan.


Memang macam dah tak ikot jadual makan minum dengan betul sekarang ni. Macammana pon malam mesti nak kena makan nasik jugak, sebab tak nak susu drop. Memang mengumpul lemak lah sekarang ni, lepas makan yang dah lewat tu, terus penat mata mengantok sambil tepok-tepok anak terlena padahal nasik belum hadam lagi pon.


Wekend pulak, memang hari mendobi. Bangun pagi memang suami yang uruskan perihal baju, tapi setakat basuh, sidai dan angkat jelah. Lepas tu urusan melipat, menyusun dah terpundak di bahu D. Stok seminggu okeh, memang kebas lah kaki melipat kain baju. Iron baju kerja untuk seminggu terus, sapu-sapu sampah memang hobi suami, so tak pernah buat sebenarnya bab yang itu. D cuma masak-masak untuk di makan kami laki bini. Kalau tak keluar atau balik kampung, memang melungguk depan tv, masak-masak dan makan-makan. Itu je rutin. 


Memang sebebnarnya D takut nanti D jadi macam Mah.


Sebenarnya, situasi ni nak salahkan siapa ehh?


Memang jawapanya bukan salah anak, walaupon memang anak yang membezakan hidup kita sebelum dan selepas beranak pinak ni. Tu tak masuk lagi urusan financial yang mula tunggang tebalik. Dah tertarik-tarik duit saving untuk holiday setahun sekali dan duit saving baju baru sebulan sehelai.


Anak tu, pada D memang peluas rezeki. Anak jugak memang penguji jiwa paling Dewa, tapi kenapa kita masih sayang dan cintakan anak macam kita sorang je yang ada anak? Berkerut sebenarnya dahi D fikirkan apa yang akan Mah ubah, macam apa yang di minta oleh suami Mah yang curang dalam surat tu. Ehhhh sebenarnya bukan berkerut fikirkan Mah, D kerut-kerut fikirkan macamana nak ubah semula rutin tujuh bulan ini menjadikan D lebih punyai ruang masa untuk diri sendiri jugak.


Sesungguhnya kehidupan memang terlalu berbeza

nak amik gambar pon susah

Haishhhhh



cubaan pertama, gagal.

cubaan kedua, gagal.

cubaan ketiga,gagal. 

cubaan keempat
semuanya gagal!!!


Moga cerita viral Mah ini hanya rekaan semata,
Sekian.

17 November 2014

INTAN PAYONG OPAH





 1st day, after a few minutes


Sepanjang umur hidup Baby K, baru dua minggu ini terpisah jauh dengan Opah. D yakin, kalau pon Baby K tidak reti menyata rindu, tapi setiap kali di panggil "Intan Payong Opah", dengan gaya dan lenggok suara seperti Opah memanggilnya, terus tercangak-cangak mencari arah suara memanggil. Itu sudah cukup membuat ayahbonda mengerti akan sesak rindu baby K terhadap Opah. Apatah lagi Opah, yang saban jam menelefon bertanya perihal cucu paling bongsu itu. Sungguh, 
D jadi sesak dan mendap jiwa dengan rasa rindu paling sayu ini. Tapi apakan daya, jarak dan masa yang memisahkan.



Minggu lepas, habis saja Mancu exam, Opah terus ajak datang rumah. Paling sayu bila baby K terus melekat tak mahu orang lain dukung. Hanya mahu Opah. Siapa kata budak sebesar ini tak tahu menyata rindu? Siapa kata anak sekecil ini tak tahu menilai sayang?


Bonda ingat lagi, masa Doc menyatakan yang baby K menghidap G6PD, Opah yang menangis beriya. Padahal, setahu bonda tidaklah sesukar mana menjaga anak G6PD ini. Dah habis pantang, D tanya kenapa ibu nangis masa doc cakap baby K ada G6PD dulu, nak tau apa jawapan ibu? Ibu jawab, "kesian Intan Payong nanti tak boleh makan banyak benda macam orang lain". Tapi D tahu, bukan itu sebenar jawapan Opah. Biar kita simpan apa sebenarnya jawapan itu sendiri-sendiri.


Lepas keluar Hospital, baby K kena demam kuning hampir sebulan. setiap hari berulang alik klinik, dan pelbagai jenis cara dan kaedah Opah buat untuk kurangkan demam. Apa saja orang cakap, semua opah usahakan. D paling tak boleh lupa, masa dalam pantang hari ke 18 hingga hari ke 22 lebih kurang macam tulah, baby K menangis tak henti setiap malam. Tulah kali pertama D tengok ibu marah betol dengan B, sebab B bawak kiteorang keluar time dalam pantang. hahahahahahaha, padan muka kita kan ayah?



10 days



almost 2 week

3 week

4 week, 30 days

35 days


Sebab terlahir dengan tarikh yang sama barangkali, bonding keduanya begitu kuat sejiwa. Sampaikan lepas saja D habis cuti bersalin, untuk mulakan kerja semula, Opah tak bagi hantar baby K ke pengasuh di Lumut. Terpaksalah D berulang alik setiap hari. Lagi pulak B memang tengah busy outstation ke sana sini. Masakan kami berdua je nak duduk kat Lumut tu kan? 



47 days, at AqiqahKhalif,
sila abaikan mulut kemam bonda






49 days, Cameron Highland




52 days, Alamanda Putrajaya.                


Jadi di sinilah bermulanya pengorbanan tenaga, wang ringgit dan perhatian yang tiada tolok bandingnya. 3 bulan berulang alik, memang menguji fizikal dan mental D sebenarnya. Lagi pulak cuma sempat main dengan babyK tak sampai satu jam sebelum dia tido. Sepanjang siang memang baby K dengan opah, D malam selepas magrib baru sampai depan pintu rumah. Kadang-kadang kalau metting sampai malam, memang tak sempatlah nak gomol-gomol baby K sebelum tido, sebab sampai rumah baby K dah pon tido. Jaga tengah malam pon hanya untuk minum susu, lepas tu tido balik. Langsung tak pernah meragam lepas dari kejadian menangis 6 malam berturut masa dalam pantang tu sampailah sekarang. Pagi-pagi, dah bangun pegi kerja semula. Itulah rutin selama 3 bulan yang sangat melemaukan segala urat dan saraf tabah yang tersisa. Mujor ibu ada, yang sentiasa ada sebenarnya.


Dan walau melaui segala sukar dengan jarak dan kekangan masa, D dengan pertolongan ibu berserta izin dari NYA, D berjaya susukan baby K dengan sepenuhnya susu D sendiri. Nanti ada masa D cerita pengalaman breasfeed D ni ye. Event beberapa kali tertinggal stok susu, sebab asyik duduk merata kejap kat Lumut, kejap kat rumah ibu, tertinggal stok dekat peti ais rumah boss, dengan outstation sana sini, tapi semua tu pengalaman berharga untuk dikenang nanti-nanti. Nantilah, bila-bila free D buat entry bf ni. 



setiap pagi bye2 bonda pegi work 


almost  3 month

4 month


at swimming class,
opah marah tak bagi baby K selam kepala lagi.

6 month

triple duoble chin




And now, dah pindah dekat Tronoh, tengah-tengah antara Ipoh dan Lumut D dan B ulang alik kerja, fair and square kononya. Lagi pulak, dekat dengan mak angkat D masa belajar di Kuala Kangsar dulu. Mak memang ada pengalaman jaga budak G6PD, so tak ada masalah tentang pengasuh baby K. Lagipon bukan tak nak bagi ibu jaga baby K dah, kesian jugak ibu kemana pon susah nak bejalan. Nak attent macam2 class dia sebelum ni, dengan mesyuarat AJK Jiran Tetangga lah, baca Yasin, kenduri kendara saudara mara semuanya susah sebab jaga baby K ni. Faham-faham jelah, jadual kerja D and B memang tak macam orang lain. Kali ni, jiwa pulak lah yang opah dan Intan Payong terpaksa berkorban.







after 2 week tak jumpa, genab umor Opah 51 tahun 7 bulan,
dan Baby K genab 7 bulan.


Tq ibu, 
for the care you give,
the warmth you show,
the laughter that you bring,
for all u do,
this comes to say
"Thank you for everything"

11 September 2014

AQIQAH(PART III)



:: Paling sayu ::



Entah di mana nilai sentimentalnya, entah di mana datang sayunya, entah dari mana hiba menyapa, tapi melihat tatap gambar ini untuk keseribu kali sekalipon D tetap ketat dada. Yang belom berkahwin dan beranak mungkin rasa macam poyo. Orang lain pon beranak jugak, tapi takdelah sampai nak obses dengan anak sendiri sampai macam ni sekali. Hahh lantak ampalah nak cakap apa pon, tapi D pasti, siapa yang berjiwa pasti rasa ketat dada D adalah kerana kasih yang menggunung.

Habis je majlis ni, dah releks-relaks atas sofa borak-borak dengan sepupu-sepapat sebelah B. Family D pon semua dah balik tetiba baby K nangis tak henti-henti. Lepas tu muntah banyak sangat. Memang sayu sangat hati. Dah lah, pagi tadi masa tengah masak-masak tu baby K muntah banyak sangat dan jadi lembik. D sampai jadi tak reti nak dokong dia sebab jadi lembek sangat. Tapi after 10 minutes baby K dah back to normal. Cuma petang ni je dia nangis tak henti. D dah start menggelabah time ni, dah la time magrib pulak tu. Dalam 30 minute lepas tu baru ok balik lepas tok ayah B hembus-hembus bacaan ayat al quran kat ubun-ubun baby K. Ada tok ayah bagitau surah apa yang dia baca, tapi bonda is kelam kabot. Semua dah lupa. Nanti nak tanya lain.




Ni saki baki pic majlis aqiqah yang tak habis-habis. Layankan jelah, dah namanya pon part III kan? 




Godies utk kanak-kanak








orang kuat majlis



























opah's


kambing bakar





































pengantin