Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

12 February 2015

PROJEK CHEESKUT


Hi!!!

Projek cheeskut ni sebenarnya dah lama tertangguh nak buat. Barang bukan main semangat beli dari minggu lepas lepas lagi dah. Last2 asyik balik kampung je every weekend, so projek ni pon asyik tertangguh jelah. Weekend lepas tak pergi memana, duduk rumah je. So meh la, merajinkan diri. Senang je, sambil kelek anak pon boleh buat. Ecehhhh, bukan main lagi sekarang ni kan? Keh keh keh keh.

Ehh tapi tak tipu,memang senang macam kacang bilis je. Bahan pon sikit je, pastu senang je pulak tu. Pernah beli cheeskut ni satu bekas, lepas tu makan lakibini yang dua-duanya pelahap. Memang tak cukup, beli pon sebekas rm6 ke rm7 ntah. Lupa dah bapa rm. Bekas pon kecik je,memang tak cukup la kan?


Google je resepi, semua lebih kurang sama je. Melambak-lambak resepi and caranya. Yang mudahnya sebab tak payah keluarkan oven and guna blender je pon dah boleh buat dessert kan? Untuk golongan pemalas tapi asyik nak melantak, hah eloklah bersama-sama mencuba chesskut ni.


Bahan-bahan

1. 250gm cream chees Philadelphia (Org kata brand ni sedap, nk     pakai yang lain pon boleh.

2. Fresh milk

3. Biscuit craker

4. Oreo (tiada dalam pic)

5. Choc chip (hiasan)

6. Susu pekat manis (2 or 3 sudu je,ikot kemanisan korang nak)


bahan-bahan


Memula tu, dadukan cream chees macam D buat dalam gambar ni. Mudah untuk cream chees tu nanti sebati. Masukan sekali susu pekat manis, D guna brand dairy charm (Eh betol ke eja macam ni,hahahah), last sekali masukan jugak fresh milk. Tak kisahlah fresh milk jenis apa pon, tapi D guna Dutch Lady. Agak-agak jelah tuangnye, tengok kelikatan. Tak moh banyak sangat, nanti takot terlalu cair pulak. D letak tak sampai satu gelas penuh pon. Then blend lah sampai sebati.



dadu dadukan macam ni

Dah siap blend, ketepikan. Amik mangkuk, tuang baki fresh milk sikit. Celup biskut, macam dalam gambar kat bawah. Tak payah lah tuang penuh mangkuk tu, sebab nak buat celup je, bukan rendam tau. 


Celup sesat,terus angkat.

Lepas tu susun dalam bekas yang di sediakan. Patah-patahkan kalau ada ruang kosong. Mintak ampon tak amik gambor. Anak sebok nak cekau biskut jugak masa ni. Dah susun,tuang creamchees yang dah kembang tadi tu, lepas tu tabur oreo hancur pulak. 

ulang susun biskut,tuang creamchees,oreo sampai penuh.

Then ulang langkah tadi hingga tupperware penuh. Last D letak choclate chip lebih buat muffin dulu. Tapi letak oreo je pon sedap jugak. Masa nak susun biskut tu, tekan-tekan sikit biar mampat.




dapat 5 bekas ni.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



























Bawak bekal datang office,makan sambil buat kerja. Layan wehhhh!!!


ok bye,
nak pergi pump susu anak.

9 February 2015

SPAGETI CARBONARA



Hi weekend!!! (hari ni isnin,saya rindukan weekend)


D percaya, wanita berkerja macam D paling menantikan hari jumaat lekas habis. Lekas boleh balik gomol-gomol anak dan suami. Bangun pagi boleh lama-lama dalam toilet, boleh mandikan anak lama-lama. Belek setiap inci yang ada. Kalau tak, kalut-kalut mandikan anak or basuh berak, tukar diapers hantar terus ke rumah baby sitter. Tak sempat pon nak belek lubang telinga anak. Weekend memang paling dinantikan. Untuk settlekan sebeban kain baju berlungguk dalam bakul tak berbasuh. Dan sejak beranak ni, extra sebakul lagi untuk dibasuhsidai, lipat dan susun. Tu belum lagi shawl dan beberapa helai yang kena basuh guna tangan sebab tak nak fabrik rosak. Haishhh, baru isnin dah tak sabar tunggu jumaat. Mop lantai,sapu sawang, lap habuk, cuci peti ais dan bergolek gumpal dengan anak adalah paling di nanti. Wehhhh semakin mak cik sekarang ni kan, ada ke cuci peti ais paling dinanti. Hahahahah, tapi tulah. Nak buat macamana, perubahan usia memanglah macam ni, kategori mak mak lah katakan.

Tapi yang paling best bila dapur dapat berasap dari pagi sampailah sebelum tutp lampu. Ececehhh, kengkonon lah sangat masak dari pagi sampai ke malam. Actualy bukanlah every weekend pon, sebab 2 minggu sekali kiteorang bergilir balik kampung, so dalam sebulan berbaki 2 week jelah duduk kat rumah. Tu pon kalau takda pergi jenjalan lain. Kalau tak memang susahlah weekend nak duduk melekat kat rumah. 

Best sangat bangun pagi siapkan breakfast, sambil basuh baju. Lepas breakfast,sidai baju pegi pasar cari ikan. Balik masak untuk tengahari, petang boleh bawak anak pegi jalan-jalan kat taman. Malam boleh lepak-lepak kedai mamak (ehh,yang ni zaman dulu,sebelum beranak). 

Hoiiii apa hang melalut jauh sangat ni, sebenarnya nak share resepi carbonara je pon. Malam jumaat ritu, balik kerja terasa macam nak makan. So, sambil layan Maharaja Lawak Mega (MLM) bolehlah makan-makan. Jemput sekali keluarga bff, Nurul datang makan. 



Jom D share bahan-bahanya.

Mushroom soup camble 2 tin
Susu segar full cream 2 tin (sukat ikot tin soup camble tadi)
Bawang besar dan putih (dadukan)
Cendawan Butang satu tin (hiris nipis)
Isi ayam (hiris halus) D suka guna ayam terus, tak suka ayam kisar macam selalu orang buat, sebab ayam frozen macam tak best.
Brokoli & carrot (celur)
Perasakan dengan lada hitam, kiub ayam (kalau nak letaklah), oregano dan garam
Sepeket spageti (rebus)


bahan-bahanya

Cara-caranya:

1. tumis bawang



2. masukan isi ayam


3. Masukan soup camble



sukatan susu ikot tin tadi


4.Masukan susu segar, kacau


5. Masukan mushroom

Sementara tu, dapur sebelah lagi rebuslah spagetinya. Saya tak ada periuk yang tinggi, so guna periuk nasi hadiah dari mak mertua ni jelah. Hehehehe



dah mendidih, masukan. Campor 2 sudu minyak



brokoli & carrot, potong ikot suka hati nak macamne



agak dah lembik spageti tu, baru masukan carrot and brokoli,
lepas tu tutup api.
Biar beberapa minit jap, lepas tu toskan
(Ini cara orang malas)

Sementara tunggu dorang sampai and MLM start, bolehlah hidangkan.









blurppp

Sebenarnya ada jugak ice cream vanila makan dengan roti, tapi tak ada dalam gambar. Dah habis sepinggan and Tahniah ZERO!!! (MLM). I know,sabahan will be proud to u, ZERO.






I love weekend so much,
          ~ D~

19 January 2015

KARAT CAFE, IPOH




Semalam lepas check up baby K 9month, bawak ibu sekali datang rumah. Tapi D kerja, cuma minta masuk lewat 1 jam dari biasa. Checkup awal pagi, paling awal sebenarnya. Kami tunggu klinik bukak. Berat baby K naik sikit je, maybe sebab 3 hari sebelum check up dia demam dan ditambah pulak baby K memang tak nak makan sangat. Cuma menyusu badan je, tu pon takdelah kuat mana. Biasa-biasa je. Tak pelah nak, asalkan sihat tubuh badan, tak demam merengek pon ayahbonda dah cukup bersyukur.

Lepas habis checkup singgah brekfast, lepas tu terus hantar D ke office. B, baby K dan ibu terus balik rumah. Petang habis kerja dorang datang ambil. Ececeh, seronok sikit lah sebab dah lama tak ada orang datang jemput depan office. 

So, kiteorang decide tak nak balik rumah lagi macam nak lepak-lepak dulu. Ingatkan nak bawak ibu makan meet ball ala-ala kat Ikea di Thumb Cafe, tapi cafenye tutuplah pulak. Kat sebelah Thumb Cafe ada cafe baru bukak, so jom lah try tengok apa yang best.



paling suka gelak melekek bila orang buat-buat macam nak makan tangan dia

Memang tak niat nak makan yang berat berat pon, sebab kat rumah ibu dah masak masak lemak pucuk paku, ketam berlada dengan ikan goreng. Tapi memandangkan cafe baru bukak haruslah try menu special, si salmon tu. Tapi untuk D macam mengecewakan jugaklah, mujor tak lapor sangat time ni, kalau tak harus meja tu dah D terbalikan. Mash potato dia pon macam masam, eh ke memang rasanya macam tu? Entahlah, tapi untuk tekak D memang tak nak order dah la lepas ni. Ehh sebenarnya tak nak pergi dah la lepas ni. Hehehehe.Tapi oglio alio sea food tu ok la, sedap jugak. Time D datang ni orang boleh tahan jugak sebenarnya tapi intai-intai meja sebelah dorang banyak order nasi goreng. Selain decoration dia yang D suka, air dorang pon boleh tahan jugak sebenarnya. Tapi pic air lupa nak ambik. Coconut punch and strawbery punch dia sedap.


oglio alio, RM12, so so je, bolehlah.


salmon steak, RM18
















muka baby K dah boring asyik amik gambor je




Mujor sekarang ada anak, bolehlah diajar menggedik sama untuk bergambar.Kalau tak boring, B tak nak layan pon. Udah D sensorang je tersengeh-sengeh bergambar. Hahahahaha.


Bye karat cafe, nanti kalau ada orang nak belanja saya datang lagi ye. 



11 September 2014

AQIQAH(PART III)



:: Paling sayu ::



Entah di mana nilai sentimentalnya, entah di mana datang sayunya, entah dari mana hiba menyapa, tapi melihat tatap gambar ini untuk keseribu kali sekalipon D tetap ketat dada. Yang belom berkahwin dan beranak mungkin rasa macam poyo. Orang lain pon beranak jugak, tapi takdelah sampai nak obses dengan anak sendiri sampai macam ni sekali. Hahh lantak ampalah nak cakap apa pon, tapi D pasti, siapa yang berjiwa pasti rasa ketat dada D adalah kerana kasih yang menggunung.

Habis je majlis ni, dah releks-relaks atas sofa borak-borak dengan sepupu-sepapat sebelah B. Family D pon semua dah balik tetiba baby K nangis tak henti-henti. Lepas tu muntah banyak sangat. Memang sayu sangat hati. Dah lah, pagi tadi masa tengah masak-masak tu baby K muntah banyak sangat dan jadi lembik. D sampai jadi tak reti nak dokong dia sebab jadi lembek sangat. Tapi after 10 minutes baby K dah back to normal. Cuma petang ni je dia nangis tak henti. D dah start menggelabah time ni, dah la time magrib pulak tu. Dalam 30 minute lepas tu baru ok balik lepas tok ayah B hembus-hembus bacaan ayat al quran kat ubun-ubun baby K. Ada tok ayah bagitau surah apa yang dia baca, tapi bonda is kelam kabot. Semua dah lupa. Nanti nak tanya lain.




Ni saki baki pic majlis aqiqah yang tak habis-habis. Layankan jelah, dah namanya pon part III kan? 




Godies utk kanak-kanak








orang kuat majlis



























opah's


kambing bakar





































pengantin


8 September 2014

AQIQAH (PART II)



D paling lege bila segalanya selesai untuk majlis aqiqah baby K. 1st thing lega sebab dah habis pantang. Yeyyyy bonda is merdeka!!!! Yahooo yabedabedoooooo!!!!!!!!!!!. Dah boleh keluar rumah, dah tak payah pakai stokin 24 jam, dah boleh gelak kuat-kuat, dah boleh drive kete, dah boleh jalan-jalan. Kepala pon tak petak sangat kalau boleh keluar jalan. Tapi makan banyak lagi yang kene pantang. Bonda is ok kalau pantang bab makan, bab tak boleh keluar je bonda lemah sikit.


Ok, berbalik semula Majlis aqiqah baby K ni, segalanya simple je. Tak de nak meriah mana, asal lepas niat dan amanah sudah memadai. Tapi yang paling best sangat bila dapat berkumpol ramai. Seronok bila semua adik beradik D dapat balik merai majlis baby K ni. Pertama kali jugak temukan baby K dengan baby Adam, iaitu anak Along D yang lahir 3 hari sebelum baby K lahir. 


with abang long Adam


Majlis ni simple je, lagipon Baby K dah botak licin masa 7 hari lepas lahir. Opah and atok belah ayah yang botakkan. So xde lah nak botak or cukurkan lagi, just tempek tempek bedak je sebagai syarat. D enjoy sangat, suara geng marhaban pon sedap and lama sangat. Masa dorang alunkan lagu-lagu marhaban and zikir tu, D jadi sayu sangat, baby K pon sampai tertido dalam buaian. Baby K baik sangat time ni, langsung tak meragam. Risau jugak kot dia menangis ke apa ke masa dalam buai tu sebab baby K tak pernah masuk buai lagi. Memang tidor bawah je. Alhamdulilallah baik perangai anak bonda.


:: bonda is happy, budak baik, langsung tak merengek ::

Malas nak cite panjang, semuanya macam biasa-biasa je. Macam majlis aqiqah yang orang lain pon buat. 

Enjoy the pictures


Atok Khalif

Opah with intan payong

Tok Wan Mus

Opah G Khalif

Opah (bagan serai)

Tok Ude Nan

Mummy & Ayah chor

Papa

Mama

Atok Su


Opah (Taman Kaya)



Opah khalif



Acu khalif



Onyang Khalif



Pak Ude Khalif



Mak Ude Khalif



Opah & Atok Khalif





Opah's



Atok, Abg Ngah, Opah, Mama, Ayah



Opah, Ayah, Khalif, Bonda & Opah

abang ngah always love adik Khalif
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












:: my everything, my love, my life ::



Bersambung Part III