Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts
Showing posts with label wordless wednesday. Show all posts

28 January 2015

COLOUR PICTURES


Hi semua,

Dah janji kelmarin nak share picture family potraite ni kan? Ok sebelum tu meh D cite sikit Colour Pictures yang ambil picture-picture family kecik D ni. 

Korang boleh tengok je IG dorang kalau nak tengok hasil bedikan lensa dorang. Malas cakap banyak sebab boleh pegi usha sendiri hasil seni dorang tu. Memang cecantik je semuanya. Ramai retis-retis yang gunakan perkhidmatan dorang ni. Minggu ni pon dorang busy dekat Festival Pengantin Malaysia di Kedah. 

Lagi satu, senang je nak deal dengan dorang, yang penting reply pantas. Mula-mula D deal dengan Encik Khairul, tapi hari yang D nak photoshoot tu dia ada family day kat Cameron Highland plak, so bos Colour Picture yang akan amik gambor dengan D nanti, namanye Abg Amie. Wehhh lagi la menggedik kan? Bos amik job kecik dengan orang-orang kecik macam kita ni je. Padahal minggu sebelum ni bos dorang ni pegi amik gambor Wawa Zainal dengan laki dia. Hoiiii tak ke korang rasa D tak rasa bajet retis teros time tu kan? Hahahahahaha. Okeh2, jap lagi kalau layan terus keluar cerita cita-cita masa darjah empat nak jadi pelakon. Nanti D bagi contac number Khairul dan Abg Amie ye. Abg Amie ni nampak muda je lagi, rupanya anak dah 4 orang, sila jangan try ye adik-adik manis. Pembantu yang ada masa tu cik adik manis Fatin, jenuh dia melompat mengacah baby K nak bagi senyum, tapi langsung tak jalan. Rupanya, uncle Wan jugak yang baby K suka. Bab baby K tak nak senyum tu malas ah cita, sakit hati bonda. Tapi its ok, sebenarnya budak baru bangun tido tetiba nak suruh senyum mengekek memang tak dapatlah kan?







Gambar banyak sebenarnya, beratus-ratus tapi tak larat nak uplod. Dah tak tau nak pilih mana satu untuk dibesarkan, gantung kat dinding rumah. Ehhh yang sebenarnya, gambor kawen dulu pon tak gantung-gantung lagi. Hehehehe







Ok lah,malas nak uplod dah. Ehh jap ni sekeping dua lagi. Gambar budak bertuah tak nak senyum tapi asyik memuncung je mulutnye tu. Hoiiii stress bonda!!!











Ehh, sebelum terlupa, ni no telefon Colour Pictures 

Khairul :+60 17-599 6605
Abg Amie : +60 12-569 7931




Bye

20 August 2014

AQIQAH (PART I)


Genap 47 hari kelahiran babyK, D pon dah habis pantang. Yeyyyy dah boleh keluar rumah!!! Okeh, bukan pasal pantang or keluar rumah yang nak di kisahkan dalam entry kali ni. Nantilah, free D update pasal 46 days berpantang D yang “indah” tu ye.

Berbalik cerita aqiqah baby K, D dan B memang dah rancang nak terus adakan aqiqah pada hari ke 7 selepas kelahiran. Tapi kita hanya merancang, Allah SWT adalah sebaik baik perancang dan pelaksana. Hari ke 6 tu D dan baby K baru keluar wad, jadi apa pon tak sempat. Lepas tu pulak, kene ulang alik ke klinik merawat juandis baby K.

Akhirnya, selepas berbincang dengan kedua belah keluarga D dan B kami sepakat nak adakan majlis sebaik sahaja D habis pantang dan diadakan di rumah family B. Apa-apa pon, D kongsikan sedikit sebanyak pemahaman D tentang aqiqah ni untuk sama sama kita buat panduan. Kalau ada salah silap, harap ditegurbetulkan.

Menurut ash-Sharbini, aqiqah dari segi bahasa berasal dari kata kerja ( عق يعق) yang bermaksud rambut yang terdapat di kelapa bayi ketika ia lahir. Dari segi syarak pula akikah ialah binatang yang disembelih ketika mencukur rambutnya. Ada yang berpendapat akikah berasal dari perkataan ( العق ) yang bermaksud potong dan kerat atau belah. Dinamakan binatang yang disembelih itu akikah kerana ia dipotong halkumnya.

Menurut al-Mawardi, akikah ialah kambing yang disembelih pada saat kelahiran anak. Ia telah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ia sejajar dengan apa diriwayatkan daripada Buraidah radiallahuanhu, katanya: “Adalah kami pada masa jahiliah, apabila salah seorang daripada kami mendapat anak, disembelih seekor kambing, lalu darahnya dilumurkan di kepala bayi itu. Setelah Allah menurunkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut bayi dan melumurkan kepalanya dengan za’faran.”

(Riwayat Abu Daud, ditashihkan oleh al-Albani)

Dalam satu riwayat, Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak suka sembelihan ini dinamakan akikah. Sebaliknya baginda lebih suka menyebutnya nasikah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya mengenai akikah, lalu baginda menjawab, “aku tidak suka al-‘uquq.” Kemudian baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang suka hendak melakukan nusuk kerana kelahiran anaknya, maka lakukanlah!”


AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)


HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Daging aqiqah sunat  dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.

Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut. (oleh sebab itu, D dan B memang langsung tak makan kambing masa majlis aqiqah baby K ni)


Siapakah yang dituntut melakukan akikah?

Akikah dituntut (disunatkan) ke atas orang yang wajib memberi nafkah kepada anak itu dengan hartanya. Maka tidak harus ayah atau walinya membuat akikah dengan menggunakan harta milik anak kerana akikah merupakan sumbangan sukarela. Justeru, harta anak tidak harus digunakan untuknya. Untuk anak zina, akikah dilakukan oleh ibunya.






kambing pertama



khalif mikhail dengan kambing aqiqahnya



yang ni buat bakor


opah and wancu tengah masak kurma kambing


Asalnya plan nak buat sekor je dulu aqiqah ni untuk baby K. Lagi sekor nak buat kat rumah D pulak, boleh buat sama-sama dengan abg long Adam baby K. Tapi abah B dah tempah dua ekor kambing rupanya, so buat jelah terus dua ekor sekali. Senang cerita, takde hutang-hutang lagi dah lepas ni. Cumanye takde rezeki baby K nak bersanding kat rumah opah and atok Kamunting jelah.




sesi memotong


kurma kambing in da making




Geng marhaban sepatutnya datang pukul 10 am, sebab kalau boleh nak marhaban dulu sebelum makan. Tapi disebabkan jadual geng marhaban yang padat pada hari majlis ni, maka terpaksa dianjakkan kepada jam 2 pm. So memang tetamu makan dululah.



mak cik marhaban






Situasi masih dalam pantang kan? So memang segala pergerakan nak kesana sini sangat terhad. Barang untuk goodie semua harapkan anjee yang belikan. Segala sticker, dan poster untuk godies pulak mujorlah officemate (designer) tolong buatkan dengan segalanya adalah foc. Guest book pulak kawan sekolah rendah dulu hadiahkan untuk baby K. Fuhhh, selesai and bonda is happy!!! :)




by acik @shira_nashirah



by ibu @niel_abadi



tq ibu for this love




Bab decoration semuanya D serahkan pada anje dan sya A.K.A mama su baby K (cousin D). 
Tq wancu and mama su, baby K and bonda is double happy :)











Untuk pelamin anak bujang D ni, semuanya D serahkan pada mak mertua D.D cuma cakap nak warna putih je, lain-lain urusan mak jelah yang tentukan. Oklah untuk harganya, sangat berpatutan pada D.



bunga

tiang

buaian


testing-testing


Untuk barang-barang masak pulak, B dan ibu dah ke pasar borong 1day before majlis. Tak kan la nak makan kambing nye aje ye tak, haruslah ada ikan dan ayam jugak. Bukan semua orang makan daging kambing. Lagipon B dan D tak boleh makan daging aqiqah tu berdasarkan hukum kan? 




















budak botak with bonda



Bersambung part II nanti.

12 August 2014

METERNITY PICTURE



Meternity picture ni amik  2 days sebelum kelahiran baby K. Tapi masih gigih tanpa sebarang lenguh yang memudaratkan. Bajet baby keluar the next week. Mungkin faktor bonda terlalu kuatgigih berjalan kesana sini maka baby K pon dengki nak suruh bonda duduk berpantang 46 days tak keluar rumah kan? 

Actualy ni pic dari hp B je, dari fotografer sebenar pendrivenye menyorok. Hadoi, masalah hilang ingatan bonda makin kronik rupanya.


























25 March 2014

MH370



Kita yang melihat dan sekadar merasa resah atas dasar 

kemunusiaan sudah cukup ketat dada setiap kali melihat

tangisan dan raut resah mereka-mereka yang 

berhampiran dengan mangsa.



Melihat itu sahaja sudah berhamburan jernihan air 

mengalir di tubir mata, Membaca posting positif dari

anak, isteri dan ibu mangsa yang masih bersisa harapan 

mahu melihat pelok kesayangan milik mereka itu sudah 

menenggelamkan emosi yang sememangnya rapuh ini.



Mendengar setiap press conferent sudah membawa 

gemuruh yang lara, apa tah lagi mereka saudara 

terdekat.Yang aliran darah mengalir dalam nasab 

yang sama. Yang membawa zuriat mangsa melihat 

dunia.



Melihat, membaca dan mendengar sahaja sudah cukup 

membawa kesedihan, apatah lagi jiwa mereka-mereka 

yang paling hampir itu. 



Memang kita yang melihatdengar ini mudah mengangguk

faham apa adanya dalam lubuk halus hati mereka-mereka

itu tapi logiknya mana mungkin kita mampu menekur 

fahami bila kita tidak di pundak yang sama.



Cukup dengan simpati dan doa dari lubuk paling ikhlas.

Dan please, jangan ditambah pilu jiwa mereka dengan

segala tohmahan, segala nista umpatan dan segala

spekulasi yang mampu mengganggu gugat hati-hati yang

kian merapuh luluh itu.



Pergi jauh segala analisa penyelidik tidak bertauliah, 

yang sekadar berkongsi dalam memperlihat hebatnya  

diri dipertontonan alam siber.



Dan mohon dengan segala jenis rayuan, usah dilibatkan 

politik negara dengan malapetaka ini. Ini ujian untuk kita

rakyatnya, ini dugaan hebat untuk kita. 



Bersatulah bangsa, bersatu teguh lah jiwa-jiwa yang 

didasarnya mencintai negara bertuah ini. D boleh tahan

melihat baca mereka diluar kita ini mempertikai dan

memperkotak katikkan kita isi dalamnya. Kerana 

sedartahu isi jiwa mereka tidak ditanam rasa sayang

yang melimpah atas negara kita ini. Tapi luluh jiwa disiat

belati bila lebih ramai isi dalam kita ini yang menambah

rencah pedas dan herba yang meleburkan semangat

mereka yang ditimpa musibah, mereka yang kuat 

berusaha, mereka yang melaksanakan segala jenis

cara dalam menyalur bantuan.










"Jika kamu tidak mampu memberinya manfaat,
maka janganlah kamu memberinya bahaya,
jika kamu tidak mampu memberinya bahagia,
maka janganlah kamu memberinya gundah gulana,
dan jika kamu tidak mampu memujinya,
maka janganlah pula kamu mencelanya"
 - Yahya bin Mua'dz -