20 September 2011

::MahuMilikPakai::


Berada pada kedudukan sekarang, D adalah seorang perempuan yang tidak sempurna sifat dan akhlaknya, yang mempunyai pelbagai rencana dalam mencari kesempurnaan dalam hidup. D semakin keliru dalam membuat setiap keputusan. Terlalu banyak perkara perlu dilakukan dalam satu masa yang sama. Terlalu banyak urusan yang perlu di uruskan dalam kadar tempoh yang sama. Terlalu banyak jalan yang perlu dilalui dalam jangka waktu yang sama.

Sentiasa perlu menjadi seorang anak, seorang adik, seorang kakak dan seorang aunt kepada sekalian ini

Masih perlu menjadi seorang pelajar
Baru menjadi seorang pekerja
dan sentiasa menjadi seorang kekasih hati kepada beliau

dan sekarang merancang untuk menjadi seorang isteri, yang kemudianya memiliki sebuah lagi keluarga yang perlu dibahagi sama rata dan adil untuk setaip kasih sayang dan segala beri terima.

Sebelum melangkah ke alam itu, adalah perlu untuk D siap sedia miliki beberapa perkara asas sebelum membina pasak dan tiang bersama B. 

Even memang tidak akan mampu untuk miliki pedati hebat seperti ini
biarlah nanti, untuk senang mudah mengharung liku bertangga rumah, D sudah pun mampu milik bawa sebuah kenderaan berbumbung yang mampu lindung dari terik mentari hujan ribut.

Tak kan selamanya mahu tunggang ego's meredah pekat malam buat beli barangan basah dan kering memenuhi peti sejuk beku untuk nanti-nanti. Masakan gula sekilo mahu di sangkut di handlle rxz B, sekampit beras 5kg cap rambutan letak dikaki lantai pemijak ego's D,dua tin susu di susun elok atas tangki minyak rxz B, tiga ekor ikan sardin saiz sederhana mahu di humban penyek bersama setengah kilo ayam, sebuku roti gardenia, sardin tin saiz paling kecil, tepung cap sauh dua kampit, bawang besar dan kecil setengah kilo setiap satu, bawang putih tiga labu, halia seketul besar, ikan bilis dua ringgit, bayam seikat, dan segala macam ke dalam box ego's D?

Adalah sangat tidak sesuai status hidup berpasangan nanti untuk tidak miliki kenderaan berbumbung pintu. Adalah semestinya nanti akan kerap berulang balik bergilir ke rumah keluarga B dan keluarga D. Apatah lagi D akan berulang meredah lebuh raya utara selatan menuntut ilmu dan memelihara kerukunan yang bakal terjalin nanti.
Kenderaan berbumbung untuk lindung dari angin ribut, hujan batu serta terik mentari adalah keperluan yang teramat sangat.
Masakan di zaman teknologi canggih dan dunia di hujung jari seperti sekarang D menggunakan kenderaan seperti di atas buat jalanan seharian.

semoga idaman hati berjaya dimilik pakai seawal tahun hadapan. Dan azam hujung tahun D, adalah untuk milik pakai ia untuk tahun hadapan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kelihatan adalah agak kurang sesuai untuk usia dan status D memilik pakai pacuan di atas. Akan tetapi, setelah dibincang bahas dengan B, untuk kesan jangka masa panjang setakat ini, inilah yang di azam mimpikan. 

p/s: Masih terlalu banyak,jauh dan ramai perancangan untuk mampu milikpakai oleh D, sebelum melangkah ke alam indah itu.

No comments:

Post a Comment