27 September 2011

hatiKOSONGjiwaTERUJA


Teruja menanti hari sama penat menongkah masa buat harapan keperluan kewangan mencukupi di hari indah itu bergabung sama. Dikisar halus bersama resah gelisah senyum simpul tanda tidak sabar berjubah berat biru berjalur pink muda. Sangat indah, sangat tidak sabar untuk detik itu. Sangat tinggi angan-angan semenjak tiga tahun lepas agar indah yang bakal menjelma ini berlari pantas, sepantas datangya ia hari ini dan kurang lebih seminggu dalam kiraan angka.

Mahu melambung tinggi topi tanda status si intelektual, mahu tidur sepanjang malam bersama tebal jubah mahal bersewa. Mahu senyum leret sepanjang hari merakam kisah buat bekalan hari tua nanti, agar bila ada pertemuan yang berlaku untuk datangnya tika uban sudah memutih kepala. Pasti gegar tawa melihat kala itu nanti yang terakam kita masih muda belia, kulit tegang memerah, badan indah mempersona. Sambil tangan erat mengenggam salam, tanpa perlu ucap apa-apa kerana antara kita nanti sudah tahu salam erat itu tanda terima kasih bersama tiga tahun diperantauan. Erat genggam itu juga tanda tahniah kawan, untuk hari graduasi itu. Mahu rakam untuk detik kita nanti beraksi bersama genggam bunga ditangan, sambil berpeluk erat tanda selepas ini perpisahan membawa haluan sendiri bakal terjadi secara rasminya. Tanda mungkin sampai disini hubungan terjalin, tanda mungkin ada nanti pertemuan lain bakal menyusul. Segalanya mungkin, tanpa perlu dirancang tanpa perlu merencana.

Tapi entah kenapa, hilang segala mood mahu bergedik sakan seperti selalunya merakam aksi tika hari mengambil jubah hilang begitu sahaja. Dengan langkah cepat diatur, tanda tidak sedia dengan setiap pertemuan semula bersama teman tiga tahun berhujan panas mengulang kuliah toturial. Kamera sudah tersedia, yuran dan segala hutang piutang kerenah UM telah sedia selesai. Tapi entah kenapa, untuk sampai saat itu, segalanya dibiar berlalu laju tanpa mahu ada rakaman tersimpan. Tanpa mahu ada pertemuan berlaku. Tidak tahu dimana kurang yakin diri, tidak tahu dimana semangat meninggti. Semuanya terbang dibawa arus bayu.

Hati tidak seghairah mereka yang lain ber pre-konvo di tasik varsity mahu pon di baggunan keramat DTC bagai. Untuk malamnya, sekadar mencuba belek dan sarung jubah berat mahal itu tanpa ada nafsu berposing gedik senyum meleret seperti rutin biasa kala muka menghadap kamera.


Semoga nanti untuk hari berlatih mengambil skrol, mood dan semangat itu kembali singgah, agar keindahan akan bakal tercipta menjadikan ketidaksempurnaan semakin indah


No comments:

Post a Comment