3 October 2011


Semoga telinga capang ini kuat untuk dengar hina umpat itu
Semoga hati kecil ini kukuh hadap keji nista
Semoga kasih hormat masih bersisauntuk hari mendatang
Untuk sebuah yang dinamakan perhubungan

….dan kerana persoalan yang telah disalahertikatakan oleh hati-hati yang terlalu rapuh itu,
Adanya hati-hati lain yang menangis hiba meratap sedih pilu untuk dosa yang tidak tahu dimana letak duduknya

Tidak pernah terdetik mahu menonjol diri dan berlagak angkuh menongkah dunia
Tidak pernah membodek budi, hanya usaha berkasih sayang seikhlas dapat buat bekal untuk hari mendatang
Tidak perlu bercakar belakang, kerana itu bukan cara diri menonjol hebat

Biar diam bisu tak bersuara
kerana risau nanti hilang rasa sayang yang dah pun tumbuh
biar dikata kalah tanpa berjuang
kerana mahu terus kasih aliran terjalin kukuh


kerana kamu yang lebih berhak
dan status tiada apa apa milik diri ini
biarlah kamu yang lebih diutamakan~

No comments:

Post a Comment