Syukur D menghadap ilahi,akhirnya hari yang dinanti
menjelma jugak. Hari yang sangat kelam kabut macam ribut, sampai tersemput
semput D berlarian dengan kasut tumit tinggi 3inc, 1st year
dulukala. Actly, kasut pink tersebut beli just untuk dinner Malam Anugerah Kurshiah (MAK), lepas tu
memang tak pernah pakai sebab tinggi satu jari and then D memang tak reti nak
bertinggi-tinggi sangat ni, gayat. Disebabkan kelewatan atas faktor
beramai-ramai serombongan datang merai jayanya D bergraduasi, seisi keluarga
datang maka nya kelewatan itu adalah perkara yang tidak dapat disangkal serta
di dakwa dakwi lagi di mahkamah masa. Mananya berebut ke bilik air, mana yang
jenis bersiraman bak puteri raja dan segala bagai. Ditambah dengan persiapan
keselesaan si kecik penyeri keluarga, si Dania dan Danish. Sepantas kilat,
subuh pagi berlalu pergi.
Kekalutan semakin ribut apabila parking graduan pula
penuh menyesak tanda kepadatan ruang letak pakir tidak muat mampu penuhi
keramaian pelajar bergraduasi. Maka, terpaksalah kereta di pakir sehingga
hampir ke hujung tanjung. Berlarian D, mengejar waktu dan kelewatan tetap
menjadikan D termengah dengan busuk peluh pagi berjoging sakan dengan baju
kurung bagai. Dahsyat!
Sesampai di banggunan terulung buat muntahkan segala
ilmu berkepuk penuh di zaman peperiksaan dahulu kala, mata terus sayu lihat
temanan lain beratur baris melintas jalan. D terlewat yang amat lewat,
sehinggakan terkecuali menyertai gerombolan perarakan graduan memasuki dewan
megah keramat itu (DTC). Dengan jubah yang masih belum tersarung, ditambah
selendang tanda berlainan fakulti yang maha susah mahu diam di bahu segalanya
menambah lelehan peluh di belakang badan. Basah! Bersama kakak- kakak office di
bahagian peperiksaan yang mengurus perihal kemasukan pelajar ke dtc yang
berjawatan kp17 dan n17 berteriak marah
kelewatan kami ini. "Ok, Saya mengaku saya salah sebab lewat kakak. Tapi saya tidak patut
dijerit herdik bagai anak tadika Kemas yang tidak cukup matang mahu
bergraduasi. Umur saya 23 tahun dan saya sudah tamat sekolah menengah, sudah
habis mengutip ilmu memenuhi ruangan ijazah di varsity perdana ini, dan
sekarang mahu bergraduasi tanda kami kini golongan intelektual yang di iktiraf. Mohon tekan suara kalian tidak seperti herdik tengking untuk lain waktu ya
wahai kakak-kakak makeup tebal yang mengalahkan Toh Puan yang mahu
menganugerahkan scroll di pentas singgahsana. "
Akhirnya, untuk selepas berlalu 15minit, segerombolan
kelompok kelewatan masuk menyesakan dewan memenuhi ruangan tepi deretan kerusi
empuk itu. Alhamdulillah,akhirnya dapat jugak duduk selesa sebaris dengan
temanan lain yang riang senyum simpol sambil berlambaian tanda rindu empat
bulan tidak bersua wajah. Semua yang disapa mata,pasti mengukir senyum hebat
tanda megah menyarung jubah berat bertopi segi tanda cita-cita tergapai sudah. Hebat,
semuanya nampak hebat oleh pandangan mata kasar D. Dan D sendiri merasakan cukup hebat untuk waktu
tersebut. Melambai riang melihat ibu abah dibarisan depan bersama ratusan ibu
bapa lain mengukir senyum bagaikan tidak sabar untuk detik D ke pentas utama.
Sebaris demi sebaris melintasi barisan D, berdiri atur
mahu megah memanjat tangga pentas sehinggalah ke nombor yang ke-133, MASDIANA
AZMAN,disebut bacaan smart kad yang dibekal sama dengan jubah dua minggu lalu. Megah
bercawalk menggenggam scroll penganugerahan, sambil dihujung pentas tersenyum
bos yang juga merangkap dekan fakulti menganggung kepala tanda tahniah buat D.
Dan terima kasih bos, untuk bonus yang dihulur buat siap sedia hadapi hari
indah ini.
Untuk tamat sudah penganugerahan, keluar DTC,
menjengguk sinar mentari luar, wajah wajah kesayangan penguat belakang dan
pendorong maju kehadapan dicari utama. Peluk cium dakap erat dan air mata tanda
tahniah sudah cukup buat rai indah D. Terima kasih ibu,terima kasih abah,
terima kasih along, terima kasih angah, terima kasih anjee, terima kasih kak
ina, terima kasih abang arruf, terima kasih jugak buah hati wancik Dania dan
Danish untuk hadir rai jaya ini dan untuk sentiasa ada disisi disepanjang
perjalanan tiga tahun mengutip segala ilmu buat bekal hidup dihadapan nanti.
TERIMA KASIH.
terima kasih untuk selautan mereka mereka yang sentiasa ada disisi sehinggakan sampai detik ini untuk D lalui~
Dan ini, sedikit memori sekadar renungan D untuk masa mendatang.
Walau tidak sempat untuk detik hari kejadian kite berempat berkumpol sama tersenyum sengeh menghadap lens kamera, mujor untuk program ber pre-konvo itu,wajah empat sekalian ini dimuat rakam.
walau untuk tanpa hadir B merai indah D kali ini, walau sebak didada lihat bff ditemani boipren merakam pica bersama,walau tiada bunga segar dari B buat, walau hanya ucap tahniah melalui text,.. segalanya sudah cukup bererti bila datangnya petang B hadir bersama kejutan buat D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaa.....................
u make me cry darl
Sungguh,tak tahu apa mahu lafaz,apa rasa hati
sebak, seronok, teruja dan segala macam rasa bergabung berkocak dalam jiwa saat ini.
Lihat abah untuk mahu jawab soalan B itu, jawab abah
"potong la kek tu"
dan
yesss!!!!
itu tanda anak abah sudah cukup dewasa,sudah dapat izin dari abah untuk lepas dipimpin genggam tangan ibu.
kamu betol betol buat D rasa mahu menangis untuk sepanjang hari indah ini
dan ini adalah wajah yang bertanggungjawab bersama B melakar kejutan indah buat D
| tukang plan dan pilih kek : anjee terima kasih along,untuk hadiah kaca mata kacak itu |











No comments:
Post a Comment