Untuk cukup lima
itu,hanya tinggal tiga.
Dan setelah cukup
lima, kita mula semula dengan kiraan satu,
untuk sehingga nafas
jiwa utuh bersatu
untuk duduk di
tangga rumah saling mencabut uban memutih
untuk di tangis
rindu bila ada telah tiada.
Dan untuk di mula
kirakan kembali satu untuk hidup kembali satu
Namun, satu yang
tinggal berbekal kenangan untuk dua, tiga, empat, lima atau juga mungkin lapan.
Kerana lapan itu
impian berdua.
Mahu terus senyum
kenangkan untuk tiga mendatang, namun hati mula kira bila mula satu kembali
datang.
Pasti kalut resah
jiwa bercampur debar di hati.
Pasti gundah ibu
menyempurnakan ikatan.
Pasti gelisah
abah tanggungjawab bertukar ganti.
Dan segala yang
satu itu akan mula di hitung dengan mulaan dua.
Semoga kiraan dua itu cepat datang~
kerana D sudah siap dimulai dengan angka dua
kerana D mahu dua itu sempurnakan ketidaksempurnaan D
Kerana D mahu terus dan sentiasa dibayangi oleh dua
Kerana D mahu dua payungi D dengan paling lekas
Kerana D mahu kiraan dua itu cepat cukupkan lapan
Dan untuk lekas terus miliki dua itu
D harus terus kuat
D harus terus kental
D harus terus hebat
kerana kuat kental dan hebat perlu D miliki sebelum dua itu tiba
untuk sempurnakan apa yang di rencanakan sebagai dua


No comments:
Post a Comment