Dugaan 2012 memberi 1001 erti yang
menuntut kesabaran dan ketahanan untuk terus kuat tegak berdiri lari tanpa ragu
untuk pusing menghadap yang lepas.
Mungkin masih boleh menoleh untuk sisi
lepas, tapi tolehan sekadar buat renungan untuk diteladani. Bukan untuk
dibalikkan ke zaman itu.
Pundak yang sarat melakar perancangan
untuk masa nanti di duga untuk sakit dan susah sesaat ini. Dalam sekelip mata. Dalam
senyum tawa. Dalam mimpi indah.
Kerana ini adalah takdir, kerana ini
adalah suratan dan kerana ini adalah duga MU untuk uji hebat kuat dan utuh rasa
itu, takdir ini beri kami rasa dewasa yang makin dewasa.
Selamat sihat, selamat sembuh dan selamat
dudukrehat wahai kamu jauh di sana.
wajah tahan tangis yang merembes jua akhirnya setelah lena kamu
Doa sentiasa kita tetap satu untuk uji ini semakin kerap meniti dibibir di setiap sujud.
![]() |
| mahu terus ada di sisi itu untuk setiap jatuh bangun sakit dan tangis yang berlagu~ |
D masih tegar berdiam untuk dihina tanpa suara dengan palingan wajah dari tatap mata sambil berbalas senyum oleh mereka yang kononnya hebat segala serbi.
D masih boleh tunduk menekur untuk tidak dimiliki aset dan harta dunia dengan caci hina manusia bermulut puaka bercerita.
D masih kukuh di pasak yang sama walau jauh berbatu menahan rindu.
Namun, D tidak kuat untuk tahan tangis saat tatap wajah sakit itu~
Semoga senyum terus dikembalikan untuk bibir tebal kamu tanpa paksa menahan sakit bila mahu tatap mata D untuk nanti-nanti.











No comments:
Post a Comment