Untuk yang dinamakan duga itu, ia adalah terlalu jauh capaian akal memikir akan datang menjenggah bila dan tika saatnya ia hadir.
Tanpa sedia,tanpa wisel meniup mula musibah,tanpa tanda ia datang bergolek lalu terus sampai ke wajah. Tanpa sempat dielakkan atau sememangnya tidak boleh dielakkan kerana ini telah ditulis,telah disenaraikan dan kerana ini adalah takdir.
Takdir ini ujian, takdir ini dugaan, takdir ini kekuatan. Dan sesungguhnya takdir ini juga pengerat.
Berderetan jumaat untuk dua minggu ini musibah jalan raya mengelilingi insan-insan milik D. Masih terasa resah menjawab panggilan saat B di bawa ke wad kecemasan. Untuk jumaat ini resah kembali bertaut erat dalam dada sebak menikam jiwa tika suara sakit tahanan abah menerobosi cuping capang milik D.
Ya Tuhan,
Duga ini perit,uji ini jerih.
Namun, akal menidakkan rasa kerana duga serta uji ini tanda ALLAH terlalu sayang dan cinta kepada hambaNYA.
Melihat kerling calendar bergantung diruang dinding,
Hati makin resah dengan perjanjian tertandatangani.
Mana tidak dengan kontrak kerja semakin digaris penamat, kerana hujung Januari itu terlalu dekat menghampiri,
terus digulai sekali rasa resah itu dengan sakit resah abah dan B.
Segalanya berkusut simpul bergulung menjadi bola bulat dengan segala resah gelisah D.
Semoga segalanya dipermudahkan untuk terus jalani harian mendatang.
Selamat sembuh duhai pengilham kejayaan,selamat sihat duhai pembuka kehidupan, selamat segalanya duhai nyawa lindungan kesayangan.
Kerana anak-anak abah masih terlalu lemah untuk tiada bimbing tegur ajar abah.
Kerana anak abah semua ini belum boleh berlari lompat tanpa suruh abah.
Kerana anak-anak abah masih belom boleh merasa manisnya isi ketam tanpa kopek tangan abah.
Kerana terubuk bakar itu tidak mampu tertelan oleh anak-anak abah tanpa abah periksa akan tulang temulangnya.
Kerana anak-anak abah masih menunggu menadah mulut untuk disuapkan siput sedutan abah yang menjadi kegemaran semua.
Kerana kita selalu menganyam impian untuk suatu yang kita katakan sebagai impian bersama. Dan impian itu merupakan tanggungjawab kami yang masih tertangguh,
No comments:
Post a Comment