29 March 2012

::145::


::145::


…Dan,
hitung kira untuk detik itu nanti sendi semakin longgar,Debaran semakin kencang, Degupan bagaikan terhenti untuk setiap sedut hembus nafas berlalu, Mata berkelip memutar putaran roda melihat kiraan calendar kuda tersangkut didada dinding semakin hampir ditandai warna merah hati itu.

…Dan,
Risau gusar ini bukanlah semata kerana detik 145 menanti.
Risau gusar yang bersarang ini adalah kerana menanti untuk selepas 145 akan datang.
Risau gusar ini berlegar kemampuan diri memikul rasa untuk selepas detik 145.

Mampukah diri?
Mampukah jiwa?
Mampukah fizikal?
Mampukah perasaan?
Mampukah hati?
Mampukah memikul tanggungjawab???
Moga nanti untuk selepas 145 itu, diri diberi kuat, jiwa diberi kukuh, fizikal kian utuh, perasaan semakin hebat, hati terus berpadu untuk jalani rutin berdua bersama.

…Dan,
Terus setia menjadi teman sepermainan,
Terus setia menjadi kawan borak sembang,
Terus setia menolak dan menarik disetiap langkah lorong,
Terus setia bergelar kekasih hingga akhir nafas,
Terus setia mendengar marah herdik atas salah silap sendiri,
Terus setia menadah bahu saat hiba ratap kamu,
Terus setia dipimpin aturan kerukunan,
Terus setia menemani liku-liku lorong sempit hidup bersama,
Terus setia sama berdua menanti detik mula membina mahligai.

…Dan,

mengharap datang 145 itu nanti, segala kotor habuk dan lumpur palitan wajah dibendung dari segala yang datangnya amarah dan musibah.



::145::

No comments:

Post a Comment