26 July 2012

::duapuluhempat::



Empat campor dua puluh untuk genapkan ke hari dua puluh satu haribulan yang dinanti menjadikan hitung kira tinggal dua puluh empat hari sahaja lagi.

Mari kita semak senarai semak untuk menjelangnya dua puluh empat hari mendatang

1. Borang- borang nikah
Sudah lengkap sepenuhnya termasuklah borang h.i.v, borang-borang B yang pelbagai kerenah memandangkan sebagai tentera. (sangat amatlah leceh + proses yang lama) termasuk jugaklah borang lulus cemerlang B, di interview oleh ustaz tentera. Kata B, siap dapat ceramah free lebih dahsyat dari ceramah kursus kahwen dulu. Kata ustaz tu, sebagai suami kamu kena bertanggungjawab keatas seglanya berkaitan isteri kamu. Bukan setakat bagi kasih sayang, cinta, rumah selesa dan sebagainya lagi. Yang penting kamu nanti akan bertanggungjawab terhadap segala dosa-dosa bakal isteri kamu nanti. Kamu dah bersedia menanggung dosa bakal isteri kamu? B pon diam sambil mengangguk, bajet sangat bersedialah kan gayanya tu. Sambung ustaz tu lagi, bakal iseri kamu berhijab tak? Laju B angguk. (B berdosa sebab tipu, kesian B) Patutlah hari tu beriya-iya D mintak D ambil gambar ukuran paspord untuk mengisi segala jenis borang-borang dia pakai tudung.
Amik hang, tersentap mak ok!

2. Pelamin
Pelamin, baju malam berinai, baju bersanding and gaun untuk majlis potong kek semuanya D amik dari Casa Pengantin di Changkat Jering, Perak. Memanglah mahal tapi berbaloi sebab baju semuanya cantik-cantik. Harap-harap perkhidmatan mereka nanti memuaskan hati berbaloi dengan harga yang dikenakan.

casa pengantin


Untuk memilih busana pengantin memang menjadi masalah besar pada D memandangkan ukuran badan yang hanya setinggi 147 cm. memang penat dan runsing sebab segala jenis baju Nampak hudoh ditubuh D. bayangkanlah, bunga-bunga cantik dihujung kain semua tak kelihatan akibat kerendahan tubuh. Semua tenggelammeleret langsung tak nampak bentuk. Damm, sangat penat mencuba segala jenis tersebut. Setelah di alter dan memadankan dengan kasut bersaiz 5inc barulah nampak elok terletak sedikit. Mati D nanti nak berkasut 5inc. Untuk B, memang tak ada masalah memandangkan beliau tidaklah cerewet dan berkerenah bagai. Alhamdulillah, mohon diteruskan segala jenis sifat sikap yang baik-baik itu.

Memandangkan majlis adalah diwaktu lebaran menjeang, makanya khemah untuk pelamin akan dipasang terlebih awal sebelum lebaran tiba. Maknanya raya nanti depan rumah dah berkhemahlah jawabnya. Makanya, nanti tetamu dating beraya duduk dibawah khemah jelah, tak payah masuk ke rumah. Hahahahha

3. Fotografer
Cerita perihal fotografer ni sangat sedih dan menyayat hati. Tapi biarlah ia jadi pengajaran untuk dikenang nanti. Abaikan segala yang lepas, D memilih fotografer Iswandi Iskak @ I am moment in frem. Harap nanti segalanya meninggalkan moment yang indah untuk ditatap mata hati.
D ambil pakej lengkap dengan khidmat abg Wan ni, mula dari nikah, malam berinai, bersanding rumh D, out door (rumah D), bertandang, out door (rumah B) dan post wedding.
my incik fotografer a.k.a abg wan


4. Makan + Makan
Bab makan-makan semuanya diuruskan ibu dan abah. Mereka buat keputusan meneruskan tradisi keluarga dengan masak bergotong royong bersama adik beradik dan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Memandangkan keluarga besar D memang hebat di lapangan masak memasak dan makan makan ni sehinggakan kebanyakanya adalah bersaiz xxl, maka itu dijadikan kelebihan untuk menjimatkan kos dan mengeratkan silatur rahim

Khemah untuk tetamu juga sudah siap di booking ibu abah. Untuk menjimatkan, khemah hanya yang mempunyai kipas, tak payah nak berropol bagai du ke tiga layer warna kain. Tak payah, jimat ok!!! Yang penting tetamu nanti takdenye nak berleleh air peluh,ketiak basah bagai sebab panas.

Goodies bag segala bagai semuanya diuruskan oleh kakak tercinta. Ewaaahhh,membodek terus tercinta kan? Hahahha. Ok, bab ni semuanya angah uruskan dan tentukan, d hanya pilih warna sahaja.
Dari beg, cenderahati, apa nak letak dalam tu semuanya atas kreativiti angah. D serah segalanya pada beliau yang memang suka dengan benda-benda ni semua. D tak dibenarkan tengok lagi,katanya surprise!!!! Dan dalam hati dah cakap,mesti cantik.
my angah


Selain itu, angah juga sponser bunga penangah. Bungah rozet kata org sekarang ni, yang lekat kat baju orang2 yang bekerja atau mentara. Memandangkan majlis D nanti adalah gotong royong,maka unga ni adalah perlu. Tq angah~

5.Karaoke + DJ
Semua urusan ni D serahkan pada ibu abah sebenarnya tapi segalanya pasti akan dimaklumkan terlebih dahulu pada D. Untuk perkara ini, ibu dah booking set karaoke dan DJ dari Penjara Taiping melalui jiran sebelah rumah yang kerja sebagai warder penjara tersebut. Memandangkan keluarga besar D memang kaki karaoke,maka ini adalah perkara wajib untuk setiap majlis keluarga.Tq abg syed a.k.a walid.

6. Kek
kek ni disponser oleh best friend D yang juga nanti merangkap pengapit D nurul wahida mohammad idris. kawan-kawan lain panggil wawa, tapi D lagi suka dan terbiasa panggil nama penuh WAHIDA. TQ bestie~

nak tiga tingkat cmni


tapi klau dah rezeki setingkat pon jadilah kan?

7. Bilik Tidur a.k.a Cadar
D yang memang jenis suka sangat bersenang lenang maka segala ini juga diuruskan oleh ibu. set cadar ni beli di The store time happy hour, harga dekat-dekat seribu jugak tapi memandangkan happy hour kan,so dapat la murah sikit. tapi D yang sedikit cerewet ni nampak cadar tu macam simple sangat plak, makanya tergedik nak menambah ropol-ropol bagai. so, ibulah mangsa D untuk menjahit cantikan lagi cadar tersebut. terus langkah ke nagoyacari kain untuk ditambah ropolnya. Sarung bantal pon ada dua je + bantal golek oleh kerana ibu cakap tak cantik kalau dua bijik je jadinya ibu jugaklah yang kena tambah lagi dua bijik + dua bijik lagi bantal kecik. Sapa suruh ibu cakap tak cantik kan? hihihihihi. Keseluruhanya D rasa cadar ni memang ibu yang buat sebab dah alter habis semua, sampai comfoter pon ibu alter amikkk ang,nak sangat beropol bagai kan?

bantal pula, of cos la dari 100% kekabu asli. Dekat setahun ibu tempah kekabu asli ni ok, memang lena la tido kami laki bini nanti nampak gayanya. Memandangkan tengkuk D ni memang ngengada kalau tak tidur dengan bantal kekabu makanya akan seperti robot tak boleh berpusing, makanya terpaksalah keluar modal lebih sikit untuk kekabu ini. tak apa,ini kan untuk jangka masa panjang.
bukan cadar D

ini pon bukan

8. Hantaran
hantaran pon sama, semuanya diuruskan ibu. Tapi D awal-awal lagi dah beli semua siap-siap bekas kaca dekat ikea rm 9.90, pering besar kaca kat kedai 5 ringgit, bunga-bunga daun bagai semua dah siap. Harap-harap hantaran yang diimpikan red roses in da glass tu akan tercapai lah nanti.

untuk gadis dulang pula semua sepupu jelitawan D yang akan mengangkat dan mengelilingi D untuk upacara akad nikah dengan serba putih. Maaf jelitawan semua, hanya kain untuk baju je D mampu sponser, kain cari sendiri ok. hehehe

9. Kad jemputan + Banner
kad jemputan dan banner semuanya di minta khidmat murni kakmi, iaitu adik ipar along. Sangat cantik dan menepati konsep yang D dan B mahukan. Cuma banner je yang belom tengok lagi.


cover tak boleh nk uplod la plak.

10. Pengapit
untuk pengapit B di setiap majlis nanti adalah kawan dia. untuk D pulak, Wahida akan ada disisi D untuk akad nikah dan majlis di rumah D. Majlis bertandang tak dapat diteruskan kerana ada majlis keluarga yang perlu dihadiri beliau. wlaupon kecewa tapi tak apalah,akal waras terus menyatakan ianya adalah hikmah. Makanya nanti untuk majlis bertandang sepupu D sebelah abah akan mengiringi D. Harap-harap oklah kan.

kurang lebih setahun lalu saat sama-sama bergraduasi di University of Malaya


Ini antara 10 perkara penting yang sudah settle menjelang 24 hari menanti di ijabkabulkan. Dan minggu ini akan diuruskan segala yang remeh temeh tetapi maha penting. 


:: duaPuluhEmpatHariLagi::

No comments:

Post a Comment