Selamat ulang
tahun kelahiran abah.
Semoga pertambahan
usia menjadikan abah lebih ikhlas sebagai khalifah di bumi tuhan ini, yang akan
mengetuai segala langkah dan lorong kita sekeluarga.
Semoga pertambahan
usia ini bukan hanya kiraan angka untuk di hitung ingatkan, tapi biarlah ia
menjadi satu garis sempadan untuk abah pedomankan.
Doa anak-anak-
abah bukan hanya terluahkan pada setiap hari kelahiran ini, tapi di setiap
sujud kami agar abah terus menjadi contoh terbaik untuk kami teladani dan kami
semua banggakan.
![]() |
| tetap mahu selalu selamanya jadi anak abah yang paling manis |
Dan hari ini, untuk genap usia abah yang ke limapuluhempat, kiraan kurang lebih duapuluhsatu hari lagi anak manis abah akan bergelar isteri orang.
Dan untuk selepas ini, untuk kiraan kurang lebih duapuluhsatu hari lagi abah akan terkurang beban menanggung dosa yang dilakukan anak durjana ini.
Dan walau apa pun status bertukar ganti untuk selepas-selepas ini, abah tetap lelaki pertama yang bertakhta di hati ini dan selamanya akan kekal kukuh disudut paling gagah dalam jiwa ini.
::Selamat ulang tahun kelahiran abah::

No comments:
Post a Comment