satuduatigaempatlimaenamtujuhlapan
sembilansepuluhsebelasdua
belastigabelasempatbelas
limabelasenambelas
tujuhbelaslapanbelas
sembilansepuluhsebelasdua
belastigabelasempatbelas
limabelasenambelas
tujuhbelaslapanbelas
SEMBILANBELAS
terketar badan, tergigil tangan, terpempan wajah, terbeliak mata mengenang SEMBILANBELAS
hari mendatang itu.
Sungguh cepat masa mendatang, hari berganti, bulan bertukar.
Terkadang rasa takut bercampur gelisah menanti SEMBILANBELAS hari itu menghampir.
Mampukah bahu memikul tanggungjawab status baru itu. Mampukah bicara lembut terhias dibibir senantiasa dalam melunakan hubungan terzahir. Mampukah jiwa seampuh mungkin menentang arus gelombang dengki fitnah dan nista mendatang. Mampukah nafsu terkawal dari meminta itu dan ini sedang diri tahu upaya mampu suami. Mampukah disama ratakan cinta terhadap keluarga baru. Mampukah sayang sama bahagi terhadap ipar duai seperti samanya rasa terhadap adik beradik sendiri. Mampukah menjadi isteri impian si suami yang senantiasa patuh menekur permintaan, tangkas mengurus rumah bertangga lif, menyediakan setiap kelengkapan keluarga sedang kelengkapan sendiri selama ini tersedia ada oleh mereka mereka yang senantiasa mengelilingi. Mampukah air tangan sendiri mengenyangkan perut suami sedang nasi terkadang hangit menghitam terkadang lembik mementah di tanak sendiri. Mampukah tidur malam lena terbuai mimpi nan indah. Mampukah dipuaskan hati insan gelaran keluarga baru. Mampukah kurangan diri diterima mereka -mereka itu. Mampukah perasaan hasad dikawal andai diri tidak dilihat sama tinggi rendahnya dengan mereka yang lain.
MAMPUKAH?
Terkadang,
ketidaksabaran menanti detik tibanya sembilanbelas hari itu. Tidak sabar menanti saat menjadi halal buat arjuna hati. Tidak sabar menyediakan pakai biar segak bergaya itu ditata rias jemari sendiri. Tidak sabar melihat teguk minum dan mamah kunyahan makanan didepan mata sendiri. Tidak sabar mahu bertidur mimpi bersama. Tidak sabar untuk segala yang diimpikan berdua itu tiba. Tidak sabar menyeru panggil orang tuanya sama seperti laungan beliau. Sehingga detik ini, walau perkenalan melangkaui usia tigabelas tahun sudah, namun masih belum terluah bibir ini menyeru panggil sama sepertinya. Biar nanti saat sembilanbelas hari mendatang ia menjadi seru yang pertama. Tidak sabar menjadi menantu keluarga. Tidak sabar punyai dua keluarga besar. Tidak sabar bergilir ganti ke dua rumah keluarga. Tidak sabar miliki segalanya ini.
TIDAK SABAR!



No comments:
Post a Comment