Bala dan
malapetaka apakah ini?
atau segalanya ini akibat dosa kelmarin yang mahu dihapus lupuskan?
..tolong menjadi terus gagah duhai jiwa nan rapuh..
..tolong dibuang segala yang bersifat amarah..
..tolong ditenangkan gelisah yang merasuh..
..tolong dimudahkan akal yang meresah..
atau segalanya ini akibat dosa kelmarin yang mahu dihapus lupuskan?
..tolong menjadi terus gagah duhai jiwa nan rapuh..
..tolong dibuang segala yang bersifat amarah..
..tolong ditenangkan gelisah yang merasuh..
..tolong dimudahkan akal yang meresah..
Mari menangis
sama mengenang kad utusan yang tak menampakkan wajah sehingga detik ini. Tinggal
19 hari lagi, mana mungkin utusan dibuat tanpa adanya kad kan? Orang-irang
setaman semuanya telah seawall mesyuarat lagi telah berpesan agar kad diutus
setiap jemputan. Untuk memudah ingatkan tetamu setaman tentang majlis dirai nanti.
Mari menangis
sama mengenang kenang kad utusan belom berada dalam genggaman sedang diri sudah
berjanji setia mahu mengutus rakan taulan rapat dihati menerusi kad. Heboh murai
bicara kononnya mana mungkin rakan rapat mahu di tag menerusi facebook saja
kan? Hilanglah rapat dan akrabnya teman.
Mari menangis
sama mengenang kenang tidak tahu di mana arah mahu diluah rasa amarah. Mana mungkin
si ipar along mahu dihamun maki menebal. Mana mungkin itu berlaku takut nanti
terputus silaturrahim terikat.
Tidak banyak yang
mampu diluahkan. Diam lebih baik dari terkeluarkan bicara yang tidak enak
didengar dek kuping-kuping yang berserakan. Lantas, merajuk bawa diri ke bilik
air. Menangis semahu mungkin melihat kad reject di depan tamu. Langsung tak
sama seperti yang diemelkan tempoh hari. Warna terus bertukar langsung tak
seperti asalnya ia. Ambil wuduk konon mahu bersujud mohon ditenangkan jiwa. Makanya
terus hilang segala kusyuk yang terkumpul sambil menangis semahu resah yang
ada.
Kesat mata,
hembus hingus.
Keluar bilik, tersenyum sumbing sambil menafikan resah jiwa
bahawa ianya tidak mengapa. Waaaahhhh semudah itu bicara terluahkan. Dengan lafaz
janji dibuat kad utusan akan siap esok malam iaitu bersamaan 29hb 8, urut dada
mengenang leganya nafas.
Dan maki apa lagi
yang patut terluahkan sehingga kini rabu bersamaan 1hb 8 segala janji langsung
tak kunjung tiba. Sedang kiraan hari untuk dinikahkan tinggal Sembilan belas
hari sahaja lagi.
![]() |
| Mungkin hanya ini nanti cara terakhir untuk masalah ini |

No comments:
Post a Comment