"Sudah terbukti kejantanan aku"
D senyum untuk tatap
lihat dan baca status fb si suami yang gembira untuk bahagia mereka bakal
bergelar ibu bapa setelah sebulan bernikah. Alhamdulillah, rezeki mereka awal
barangkali. Dapat D bayangkan bagaimana gembiranya seisi keluarga kecil mereka
itu dengan perkhabaran bahagia tersebut.
Keluarga kecil mereka
yang dimaksudkan adalah ibu (mak ani, bukan nama sebenar) dan bapa si suami (pak
anas, bukan nama sebenar), abang sulung (abang chaq, bukan nama sebenar) dan
isteri (kak chaq, bukan nama sebenar) serta suami (abg chik,bukan nama sebenar)
dan isteri (adik chik, bukan nama sebenar). Dan mereka ini tinggal bersama-sama
dalam rumah yang sama.
Pastinya si suami megah
mendabik dada bukti kejantanan beliau terlihat sudah. Senyum si isteri yang bakal
bergelar ibu setelah sebulan menyandang gelaran isteri kerana yang pertama
menganugerahkan cucu buat keluarga si suami. Mungkin riuh sederetan perumahan
mak ani bercerita khabar indah tersebut. Dan pastinya pak anas tak sabar
bergelar datuk, mencongak untuk lima tahun akan datang boleh dia memancing
bersama cucu. Alahai indahnya keindahan mereka itu.
Namun begitu, melihat
dari sudut pandang abang chaq dan kak chaq yang kurang lebih empat tahun
melayari bahtera perkahwinan, pasti berita ini sedikit sebanyak menyentap
sanubari. (ceeewah, ayat xingt, bahtera bagai)
Bertambah pendiam lah kak
chaq lepas ni diam tak bersuara. Dan si ipar yang sedia ada kontra sifatnya
dengan kak chaq akan bertambah ramah bercerita perihal kandungan beliau.
Fikiran D sepantas kilat
terus teringat kata-kata kak chaq tak berapa lama yang lepas bila baca status
si suami tadi. Kata kak chaq pada D tika terlihat ibu hamil mengusung perut
memboyot melintasi mata kami di suatu majlis “bila lah kak chaq nak jadi macam
tu”, perlahan sambil muncung diarah ke wanita tersebut. Dan, mungkin sebab D
pernah mendengar keluh kesah kak chaq sendiri yang sememangnya pendiam orangnya
bersuara perihal tersebut makanya D jadi tersentap. Eh, bukan tersentap tapi
terus terfikir perasaan kak chaq perihal status si suami tadi. Terlayar terus
ruang wajah kak chaq yang lembut, tutur yang sopan, bicaranya hanya bila perlu.
Langsung tak sama dengan si isteri merangkap biras kak chaq yang riuh bagaikan
bertih jagung. Maaf jika mungkin fikiran jahat D mengatakan kadangkala bicara
si isteri melebihi had sepatutnya walau akal sering bertingkah bahawa itu
adalah cara beliau mengekspresikan diri. Bicaranya sering bertingkah kehebatan
diri. Yang masakannya adalah yang sering dipuji-puji. Kak chaq diam tak
berkutik bila si biras riuh bercerita resepi rahsianya yang menambat selera
sekampung yang ada barangkali. Yang rakan taulanya semua yang ada clas dan
terkenal, kak chaq lagilah diam sementelah dia yang berkerja dipam minyak
kebanyakan taulan adalah asalnya dari Bangladesh paling tidak kaum-kaum ibu
yang mahu menambah pendapatan keluarga sahaja. Sumpah, D jadi ngeri untuk
dilemparkan duduk letak diri D ditempat kak chaq.
Badan kak chaq dan abang
chaq yang bersaiz XXL barangkali merupakan antara factor penyebab rezeki belum
terzahir buat mereka dan yang paling utama adalah kerana Allah masih belum mahu
memberi mereka zuriat buat masa ini. Atau mungkin, ini adalah ujian buat
keduanya untuk lebih kuat.
Melihatkan situasi ini D
jadi risau, lelah dan penat memikir terus perasaan kak chaq. Sabarlah duhai kak
chaq berwajah redup dan sopan, mungkin rezeki masih belum ada setakat ini.
untuk status "sudah terbukti kejantanan aku" itu, tahniah D ucapkan~
![]() |
| gambar sekadar hiasan from mr. google~ |
::kau memang jantan::
.jpg)
No comments:
Post a Comment