Pagi pertama di kota Bandung, seawal subuh lagi dah bangun. Sedar2 dah cerah. acececehhh nak bagitau perubahan cuaca la tu. Cehhh tak de maknanye perubahan bagai, satu jam je pon. hahahaha
firstly, lepas je breakfast dekat hotel terus cepat cepat bagitau dengan pak Henry nak tukar sim card. Ddah separuh mati rindukan B. (Sila muntah hijau, baru setengah hari tak dengar suara je pon.) Ehhh baru perasan, pic breakfast lupa amik. Makanan biasa-biasa je. Boleh je lah tekak D ni terima.
Alkisah tergedik-gedik nak tukar sim, jejak je Pasar Baru terus ke lantai 2 ke 3 entah. Dah tak berapa ingat. Topap 50,000 rupiah sekali dengan internet, beli sim cardnye 10,000 Rupiah rasenye. Entahlah, dah tak berapa ingat sangat.
 |
| :: ni kedai telefonye,sama je macam kiosk kat Malaysia :: |
 |
| :: cara-cara nak sms,call and cek balance :: |
Dah settle semuanya, terus ke kedai sebelah tengok Mukena (Telekung). Ni kira 1st kedai la yang start shoping. D dengan Ain beli lah sorang sehelai. Akak Salina beli telekung travel 2 ketol. Lepas ni nak cari kat kedai lain pulak. Memang hasrat hati nak beli telekung untuk di sedekahkan kepada saudara-mara.
 |
:: sempat lagi kan?? ::
|
Perjalanan seterusnya dari lantai ke lantai (Tingkat). Sampai di lantai enam, memang terus beli kat satu kedai ni. Semua beli kat sini. So dapat lah harga macam beli borong. Memamng borong habis lah. D beli baju pasang untuk di pakai di pagi raya untuk setiap satu keluarga D dan mertua. Tapi ni beli untuk gegurl je dulu. Baju melayu nanti beli kat Malaysia jelah. Berat nak bawak balik. Yang bestnye, ada yang belanja D sepasang baju. Hehehe~
 |
| :: Ain punya :: |
 |
| :: tq cc, belanjakan D :: |
Kat sini D dengan Ain dah start menggila. Gila weh, kain-kain lace memang cantik dah murah. Rasa macam nak golek-golek atas kain baju ni. D grab dua pasang kat sini. Yang paling bestnye shoping kat sini, jurujual semuanya baik-baik dan manis-manis belaka. Siap belanja air lagi. Sebabnya Ain beli memang banyak gila kat sini. Untuk satu family and beberapa pasang untuk di pakai sendiri. Baju nak tunang pon dah dia beli siap-siap. Hehehehe.
 |
| :: Pilih jangan tak pilih :: |
Separuh hari jugaklah kat Pasar Baru ni je. Sampai tak ingat makan. Kesian kat yang lain menunggu gegurl2 shoping. Ampun ya bapak- bapak sekalian.
 |
| :: paling penat menunggu kakak-kakak nye :: |
Dah settle semua nya, baru rasa perut berkeroncong berdendang sayang sambil diselang seli dengan irama gelek gerudi Inul. Pak Henry dah aturkan tempat makan. Kami makan siang di sebuah restoran yang nama nya Simpang Raya. Tempat makan memang best, orang pon dah tak ramai sebab kami kan dah lewat waktu ni.
 |
| :: makanan terhidang :: |
 |
| :: puding ni D tibai 2 tuperware :: |
 |
| :: Alpukat, D punya :: |
 |
| :: dah kenyang, sengeh melebar :: |
Silalah menikmati picisan wajah berlengas, berminyak sampai ke malam shoping. Actually, pic ni semua amik pon dah di akhir2 shoping, sebab masa mula2 semuanya excited tengok barang. Tak sempat nak snap-snap pic pon.
 |
| :: pic ni whatsup kat B, kenalkan Pak Henry :: |
 |
| :: masih ganteng orangnye :: |
Hahh dah mengigil kelaparan, apa lagi. Merengek-rengek la kami minta dihidangkan makan. Kami sepakat nak makan bakso je. Ingat nak makan yang kat tepi jalan tu je, seriosly teringin nak makan kat kedai tepi jalan macam dalam sinetron Indonesia. Tros time tu terberanagan Luna Maya.
kah kah kah kah kah.
Tapi kata Pak Henry, "enggak bisa makan di jalanan, nanti sakit perut"
iya-iya lah pak, bawa aja ke mana pon, tekak dah menjerit minta bakso time ni. (Punah harapan D berangan Luna Maya )
 |
| :: Please bakso, please come to mama :: |
 |
| :: bmk Bakso Malang Karapitan :: |
 |
:: tak tau nama Indonya, lupa. Tapi dalamnye ada ada avacado dan isi kelapa.
Air nye memang air kelapa lah. Ni ain punya :: |
 |
| :: D punya, es kelapa dan baksp keju :: |
 |
| :: sedap sangatttttttttttttttttt :: |
 |
| :: wajah kebuluran :: |
Kami lah orang terakhir keluar dari BMK ni. Lepas makan borak-borak sampai kedai tutup. Kemudian, terus pulang ke hotel.
 |
| :: hasil 1st shoping :: |
No comments:
Post a Comment