30 May 2013

Bandung 3rd Day


Pagi ke dua di Kota Bandung,memang bangun awal2 pagi terus g breakfast 

kat hotel je. Dalam kepala memasing dah siap2 fikir nak pergi semula ke

Pasar Baru,nak beli apa yang tak sempat membeli semalam akibat kelaparan

yang melampaui ketahanan badan. 


:: omelet, soun goreng & kopi (D punya) ::

:: Ni Mummy Salina::

lekas-lekas mencekik sebab nak ke Pasar Baru. Nak beli telekung buat ole-ole
pada saudara mara. Jenuh tawar menawar,tapi tawar menawar tu memang
kepakaran D. hahahha, sila jangan malu membeli belah bersama kerana saya suka tawar menawar. Mujo kat Tesco D tak tawar-tawaran. 


:: MU babe ::

:: sesi tawar menawar ::
Dah settle di Pasar Baru, kami terus mengisi tembolok. Time ni tak lapa sangat lagi, tapi saja makan awal-awal sebab kejap lagi dah nak start shoping moping. Tapi sebelum tu, dah dengar-dengar ada yang enguh sana,lenguh sini. Moh kita berbekam. Haishh biasalah, rombongan dengan bapak-bapak ni kan, badan dah berusia ragging sikit dah lenguh-lenguh. 

:: Bekam ::


Sementara menunggu CC berbekam, kami menghirup udara segar di tingkat paling atas Pasar Baru. Memamng nyaman. Boleh nampak pemandangan di bawah yang penuh dengan banggunan-banggunan kecik. Macam kat Ipoh je kan? 
 
:: Pemandangan dari lantai 8 ::



Selelsai semuanya, Pak Henry bawa kami ke sebuah restoran yang agak mewah. Ayam Goreng Suharti. Mengikut cerita Pak Henry, asal restoran ini dikerjakan oleh sepasang suami isteri di mana suaminya berasal dari Bugis. Dari sebuah gerai kecil hinggalah mampu membuka restoran dan beberapa cawangan. Sayangnya, hubungan suami isteri ini tidak kekal lama, kerana mereka bercerai tidak lama selepas mula mengecap kesenangan hidup. Huallah huallam~
:: Ayam Goreng Suharti ::
Ok, tak payah cerita bagai susur galur restoran Suharti ni, yang nak bagitau Tempe kat sini paling sedap untuk seumur hidup D yang dah mencuba banyak tempe di merata tempat termasuklah tempe buatan orang jawa Johor. Perghhh memang sepiring D seorang jelah yang menghadap tempe goreng tu. Tempe kat sini berbentuk segi tiga, memang terbaiklah tempenya. Ayam gorengnye pun sedap jugak, lembut je. Kata Pak Henry, ayam tu di kukus dulu sebelum di goreng dengan rempah ratus istimewa. 

:: depan restoran ::

 Sebelum hidangan sampai, kami di hidangkan dengan kerepek-kerepek sambil tunggu makanan sampai. ada macam-macam jenis, tapi D paling suka  pic yang ke3. Tapi tak ingat namanya. Dia diperbuat daripada isi kelapa muda. Memang sedaplah

::Kuping Gajah ::


:: sedap gila tapi dah lupa namanya ::
Dekorasi kedai ni coll je, bersih dan lapang dengan dekorasi yang tersendiri. Toilet cantik, ruangan solat pon bersih dan selesa. Siap ada kolam ikan kat satu sudut di belakang. 













:: owh my tempe ::




:: licin ::
Selesai makan, terus otak ligat mengingat dekat sape lagi tak beli ole-ole. Untuk gegurl suma dah settle,tinggal untuk abah, baby B, along dan abg arruf je. Ehhh lupa, untuk buah hati wan cik pon tak beli apa-apa lagi lah. Adoiii. Lets shoping!!!!

:: rumah Mode ::
Kata orang, kalau ke Bandung tak ke Rumah Mode ni tak ke Bandunglah namanya. Makanya, ke sinilah hala tuju kami seterusnya. Kat sini D cari jeans Burbery untuk abah dan B. Tshirt selai untuk abah jugak. Lepas tu belikan tshirt Ralph Lauren budak berdua tu sorang selai.














Seriosly time ni dah penat bangat. Haus suma ada, tapi semangat menyoping diteruskan juga. kah kah kah kah...ayat tak tahan semangat bagai. Kat rumah Mode ni best, decoration dia memang cantik, relex dan sempoi. D suka!
Seterusnya, perjalanan diteruskan di sekitar kawasan membeli belah yang berdekatan. 

::Atep beli frege magnet ::



:: untuk Tisya ::


:: wajib singgah ::

:: one happy family ::


.....bersambung untuk makan malam special dan keberangkatan pulang ke Malaysia~

No comments:

Post a Comment