![]() |
| ::Salam Perak Amanjaya:: |
Sembang-sembang sekarang ni topik paling hangat mestilah tentang Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan dilaksanakan pada 5 Mei 2013, iaitu tidak berapa lama saja lagi. Kurang 5 hari dari hari ini. Malah, anggota keselamatan dan Angkatan Tentera serta yang sepatutnya telah pon mengundi awal, iaitu pada 30 April 2013 yang lalu.
Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang telah berdaftar dan layak mengundi, rasanya D juga layak bercakap tentang PRU-13 ini. Pertama kali mengundi untuk negara haruslah excited kan? Walau berpengalaman dalam Pilihan Raya di Kampus Universiti untuk tahun 2008-2010 lalu, ternyata PRU adalah lain bezanya, lain semangatnya, lain auranya.
Yang saudara boleh putus saudaranya, yang ulama' semakin ulama' jiwanya, yang tua tak matang semakin kebudakan lagaknya, yang kuat pegangan semakin semangat sokongannya,yang bertukar dan melompat-lompat pon semakin ramai bertukar ganti, dan yang paling lucu dan kelakar sampai mahu guling-guling dibuatnya bila ada si tua tak berakal berlagak mahu psiko orang, sekali kena provok hingga hilang segala hujah dicantas sebelah pihak lain, terus bertelagah memutuskan silatur rahim yang terjalin. Aduhai pencurah ilmu, wake up lah umat Muhammad S.A.W. Jangan jual agama hanya untuk pertahankan parti sokongan. D percaya walau apa pon parti pilihan, masing-masing punya agama dan kepercayaan. Jadi jangan lah isu agama di perkotak-katikan, di main spin kan untuk mengaburi mata-mata hati yang kian merabun.
Tak ada minyak yang mencurah, tak ada api yang menyala.Kita bersaudara babe.
Sekian~
![]() |
| ::ehhh-ehhh adik beradik nga & ngeh la:: |


No comments:
Post a Comment