Kalau ke pasar malam depan Giant Manjung yang memanjang deret tu, pasti jagung menjadi pencarian utama. Selepas itu, barulah ikan ayam daging udang segala bagai baru di jejaki.
Segala yang namanya jagung adalah yang paling sedap.
Jagung rebus
Jagung Bakar
Jagung kukus
Air jagung
Puding jagung
Bubur jagung
dan paling menjadi kegeliaan adalah
Cucur jagung.
Menonton tv, bergelimpangan di depan ruangan tamu paling indah andai dapat mencolet cucur jagung bersama cili sos yang digaul dengan sedikit black papper sos. Lepas makan nasik pon masih boleh disumbat padat segala isi yang namanya jagung tambahan ia adalah cucur jagung.
Mujur dua laki bini kami sama sama penggemar jagung. Makanya, senang sangat mengurus selera tekak berdua dengan satu jenis juadah. Sebab tulah, kalau beli jagung, D lagi suka beli yang jagung masih berbaju tebal. Boleh disimpan guna untuk menu yang lain untuk esok harinya.
![]() |
| ::ni namanya, jagung masih berbaju tebal:: |
Resepi cucur jagung
bahan bahanya:
Jagung setongkol
Tepung gandum
Udang (sepiring rm5 di Pasar Malam)
cili kering blender
cili kecik ( potong nipis2)
kunyit sesudu
gula garam sikit
Air sejuk (untuk bancuhan)
minyak (untuk menggureng)
cara caranya:
Campak semua sekali yang ada, kecuali minyak masak la kan. Sebab minyak tu gunanya untuk goreng. Last sekali masukan air sejuk sedikit demi sedikit. Kenapa guna air sejuk yang dalam peti ais tu? hah ni sebab D tengok ibu buat macam ni. D tanya kenapa, jawapanya untuk rangup. Yelah kot kan, sebab kalau guna air panas nanti lembik je jadinya. gaul rata hingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali dan silalah menjempot jempot untuk di gereng garingkan.
![]() |
| ::Baby saya suka garing-garing macam ni bukan sebab hangit ok:: |



No comments:
Post a Comment