Ramadhan ya Marhaban!!!
Alhamdulillah, di beri nikmat merasa lagi ramadhan untuk sekian kalinya ini. Dan ramadhan kali ini terlalu beza nikmatnya apabila sudah bergelar isteri. Sahur berdua, Berbuka puasa berdua, Teraweh bersama, ke Pasar Ramadhan berdua.
Dan...
Untuk pertama kalinya bangun masak untuk makan sahur adalah sesuatu yang paling baru. Sungguh, seusia jubli Perak ini, masih belum pernah bangun masak untuk sahur. Kerana seperti lazimnya ibu, menyediakan makan terhidang untuk seisi keluarga adalah kepuasan beliau. Dan kini, nahhhh akibatnya bila berumah sendiri sendiri merunsinglah hati yang perlu bersiap masak untuk suami tercinta.
Huargghhhh!!!
Untuk sahur pertama, D dan B gagal mencelikan mata. Sedar-sedar dah pukul 6.30 am. Bangun sembahyang subuh berjemaah jelah. Siap siap ke office. On the way, dapat panggilan perlu segera pulang ke halaman permai. Terpaksalah berpatah semula untuk ambil B yang sememangya cuti sempena kerja berpanjangan di Sabah terpoh hari.
Tapi kami memang sama dah janji, walau macammana sekalipon, puasa pertama kali ini mahu berbuka bersama di rumah kami sendiri.
Atas sebab sahur tak berusik, walaupon penat balik kerja mengerjakan rendang ikan tongkol hasil resepi abah tercinta, makanya berbuka lah kami dengan menu sahur tak berusik itu.
Baki durian semalam yang tak habis dimakan, di buat kuah awal-awal lagi. Kononya nanti boleh di makan dengan pulut. Tapi plan A tak menjadi sebabkan jenuh mencari beras pulut diserata kedai tak terjumpa. Yang ada pon dalam kuantiti yang banyak. Nak di buat apa kalau belinya sampai 5KG kan? Alangkan beras nasi pon beli 5KG berkutu rayau bagai. Oleh sebab itu, gagah lah kami laki bini ke Pasar Ramadhan mencar roti jala buat dimakan bersama kuah durian.
Hasilnya dapatlah roti jala candy crush. Ahaiiii sampaikan ke nama kueh pon dah terpengaruh dengan game kan? Berwarna warni lagi, tapi D malu nak amik pic kat pasar ramadhan tu. Tambah-tambahnya orang ramai sangat time tu kan. Lepas tu cari ayam percik, B dah teringin sangat ayam percik dari dua minggu sudah lagi, tapi tak sempat sempat beli. Beli la seketul, kongsi berdua. Last sekali beli air tebu untuk minum. Hahh lagi satu, kurma pon beli kat pasar ramadhan ni jugak. Senang cerita, malas nak singgah mana-mana lagi dah.
![]() |
| :: Yussof Taiyyob, sekotak RM13:: |
![]() |
| :: ayam percik, RM2:: |
![]() |
| :: My 1st Trial Kuah Durian:: |
![]() |
| :: Roti jala Candy Crush, RM2:: |
![]() |
| :: Rendang Pedas Ikan Tongkol:: |
![]() |
| 1st puasa::
Yang paling best sekali, dapat sama-sama teraweh di Masjid. Menggerbang okeh, naik moto pakai telekung. Hahahahha. Kami solat sunat teraweh dekat masjid dalam kem je, dekat dan senang. Buat lapan rakaat je, witir lepas tu balik. B cakap, ni lah masa boleh naik moto tak pakai helmet, protela tak kejar. Hehehehe!
Sahur hari kedua nampaknya membuahkan hasil. Mata dah boleh celik. Hahahha.... Kunci jam pukul 4.30, tapi tu pon pukul 5am jugak baru nak boleh celik. Kelam kabut la kami laki bini. Mujur nasi dah masak siap-siap malam semalam sebelum tidur. D goreng ikan bilis, letak bawang dan cili hijau di belah belah. Lepas tu goreng telur je. B pulak siapkan minuman,milo panas.
Erhmmm nikmat wehhhh!!!
|
![]() |
| :: Ikan bilis goreng :: |
![]() |
| :: telur goreng :: |









No comments:
Post a Comment