11 July 2013

:: tanpa tajuk ::


... dan kerana kesusahan diri ini, sering pula menyusahkan sekelilingan yang berwajah manis. Akibatnya, diri alpa siapa sebenarnya diri.
...dan kerana sering dirias dengan manisnya wajah bicara, dilihat ikhlasnya huluran budi. Akibatnya, akal mula lupa bahawa sekelilingan ini juga adalah manusia yang berhati biasa. Tidak selalu manis. Tidak juga selalunya ikhlas.
...dan alpa aku ini telah memalitkan resah gelisah sekelilingan yang terlalu sempurna sosoknya.
...maaflah, aku ini manusia tak reti bermanis wajah bila berhadapan sahaja.
Maka faham aku juga kalian turut sama.
...maaflah, aku ini diberi kurangnya deria merasa hati jika ada yang menyindir sindir. Hingga jadi bodoh melihat betapa benci itu sudah berapi marak.
...tak apalah. Susah ini biar hanya aku merasa. Biar hanya aku.
Langsung tak didoakan kalian punya susah sama adanya aku hari ini.
















:: the secret to being a best friend is to be a great listener ::

No comments:

Post a Comment