Tandoor grill kat Ipoh ni, dekat dengan Greentown, memang agak kerap jugak D dan seiisi offiice melepak santai, atau sambil metting perkara yang simple-simple. Tak da lah, pasal manifesto Pilihanraya pon nak lepak sini jugak kan. Tempat dia memang best, boleh makan secara buffet jugak. Tapi selalunya D and team order macam biasa je. Lagi satu, tempat makanya jugak terbahagi kepada dua kategori, makan di meja macam biasa atau pon dalam kelambu. Acececehhh kelambu la sangat kan. Maksud D makan sambil duduk bersila dengan meja Jepun dengan susun atur dan gaya ala-ala Arab.Dan selalunya jugak D pilih untuk duduk bersila makan dalam kelambu. Sebab ianya lebih selesa nak berlunjur kaki sambil sandar ke dinding akibat kekenyangan yang melampau.
KLIK SINI untuk maklumat lanjut. Tempanya memang sesuai untuk perbincangan santai, berbual mesra atau makan-makan dengan pasangan dan keluarga. Nanti kalau ada rezeki lebih, bolehlah bawak satu family datang makan-makan.
![]() |
| :: lapik gelas :: |
![]() |
| :: papadom with sambal hijau tak pedas :: |
![]() |
| :: ayam :: |
![]() |
| :: roti nan :: |
![]() |
| :: beriani ayam :: |
![]() |
| :: D punya, 1st round :: |
![]() |
| :: lassi mix fruit D :: |
Ada jugak menu-menu lain yang tak sempat nak di ambil gambar buat tatapan, tapi rasanya tetap kekal dalam halkum. Antara yang selalu di order adalah salad buah, memang sedap. Lagi sedap ratah macam tu aje. Meltyfish dia pon sedap. Pendek kata semua sedaplah. haishh biasalah, tekak D jarang menyata makanan tak sedap. Ia, saya adalah pencinta makanan.
Ni ada satu rahsia nak bagitau, disebabkan kekerapan ke Tanddor Grill inilah jugak sehari suntuk D menghadap buku resepi menelaah bahan dan cara untuk masak nasi beriani. Walaupon hasilnya taklah sama seperti di Tandoor Grill ni, tapi hampir-hampir jugaklah. Hahahahhaha (Angkat bakul sendiri weh), yang penting B cakap sedap. Meltyfish yang makan kat Tandoor Grill ni macam daging beriani D haritu jugaklah rasanya. Cuma asasnya je lain, dua dua menggunakan plain yogurt.







No comments:
Post a Comment