6 September 2013

Fynn Jamal



Hampir menitis juraian mata melihat baca puisi puitis si pujangga hebat kebanggaan ramai. Puitis tulisanya ikhlas untuk suami hebat beliau. D tak pandai berpuisi manis, tapi D paling tertusuk untuk setiap baris ayat susunan beliau. Sungguh, sangat terkesan.

Dan khas dengan penuh ikhlas, D nukilkan puisi manis hebat Fynn Jamal ini untuk suami hebat D. Sebab B paling hebat, paling gagah memanjakan D sepenuhnya tanpa syarat.


Hidup dengan hari-hari menampal topeng senyum
meyakin bahagia.
Bertuahnya kerana memiliki engkau
yang sudi menampalkan dan memakai sama.

Susah senang kita berdua.
Payah indah cuma kita yang tahu.

Bagaimana hari ini dimudahkan
engkau sahajalah yang berdua sama aku
ketawa lapar sepasang
teguh melekap tak pecah.

Terima kasih kerana memanjakan saya
Awak tak ada salah dengan saya.
Awaklah suami terbaik untuk saya.

Ampunkan segala dosa saya.
Doakan saya jadi sempurna.



No comments:

Post a Comment