1 October 2013

i'm pregnant



Sebenarnya dah lama tau yang D pregnant. Since, after raya aidilfitri lagi haritu. Memandangkan D puasa penuh,ditambah dengan tanya-tanya dan cakap-cakap sedara mara tentang perubahan tubuh D, raya ke empat tu sebelum pegi kerja  try lah test Upt. Dan hasilnya memang dua lne, tapi satu line tu sangat-sangat kabur. Masa ni memang diam sorang-sorang je.Tapi petang balik kerja tu, tak boleh tahan. Bagitau jugak kat B. B diam je, pastu senyum. Malam tu, rupanya B ke Watson, beli lagi pregnancy test. Suruh D try lagi sekali esoknya. Tapi D tak buat pon. Takut kecewa.


:: 1st test ::


Hari berikutnya, hati memang tak tertahan-tahan sangat, masa ni D kat Penang. Saja-saja sambung cuti dan attent kenduri kawen terus pegi jalan-jalan Penang bawak Anje sekali. Pagi tu, bangun pagi nak solat. Test sorang-sorang dalam bilik air. Dan kali ni, memang naik dua line dengan jelas lagi nyata. Terus siap-siap, sebab nak jalan-jalan kan? D biar je benda alah tu dalam toilet, saja nak biar B tengok sendiri. 

Memang menjerit la dia time tengah mandi tu kan? Sampai habis Anjee pon terkejut. Oleh kerana itu, secara rasminya percutian kami ke Penang adalah berempat, bukan lagi bertiga.


:: 2nd test ::

Asyik senyum jelah kan masa kat Penang tu? Syukur Alhamdulillah.


Balik dari Penang ni, memang tak bagitau sapa pon. Just bagitau ibu abah je. Khamis tu dah start kerja, tapi B cuti lagi. Kami ulang alik dari rumah ibu je. Sabtu baru balik lumut sebab ahad tu B kena outsattion ke KL untuk hari merdeka. Ahad tu, sebelum hantar b, kami laki bini ke Klinik Bersalin Yasmin untuk pemeriksaan dan pengesahan. Kat sini boleh pilih nak doctor mana, dan kami pilih untuk dapatkan rawatan dari doctor wanita. Alhamdulillah, D di sahkan hamil lima minggu. Walaupon tak nampak apa-apa lagi tapi rahim menunjukan ada kandungan didalamnya. Doc suruh datang dua minggu lagi. Masa ni, dah mula ambil asid folic. Lepas jumpa doc barulah B bagitau parents dia. 

Dua minggu kemudianya, scan skali lagi,alhamdulillah nampak kantung dan baby walaupon masih tak jelas. Dah mula minum susu ibu hamil. Dah mula muntah-muntah. Tapi tak teruk sangat pon, semuanya masih terkawal dan boleh di kawal. Dan selera makan pon makin menjadi-jadi dengan jayanya tanpa kawalan. 

Paling ketara sekali, bila upload  pic ke Melaka dua minggu lepas. Memang muka bulat, ehhh bukan bulat petak bersegi. Ramai lah yang bertanya-tanya. Tapi D diamkan aje. Bukan tak nak mengakui, tapi sangat-sangat risau sebab kandungan masih awal lagi. Takut sangat pisang berbuah dua kali. Peristiwa lepas sangat-sangat menyedihkan sehingga sekarang. Kawan-kawan terdekat adalah yang dah tau tentang kandungan D ni. Tapi tak ramai pon. 


:: owhh wajah petak bersegi-segi ku ::


Balik dari KL tu, tunggu B balik baru pegi check up sekali lagi. Check up kat klinik Bersalin Yasmin jugak, kali ni doc siap baby tengah melompat-lompat. Haishhh alahai baby, jangan buat ayahbonda awak bergenang air mata lagi ok. Kebetulan waktu tengah scan tu, baby tengah ubah posisi,sebab tu doc cakap baby melompat-lompat.

:: lahaiiiii nyawa ayahbonda ni ::


Ok, nanti kite share pengalaman buat buku pink plak ye. 


Bye, nak g cari makan. 
Lapor~



No comments:

Post a Comment