4 March 2014

TRIMESTER KEDUA




Trimester kedua baru saja berlalu. Trimester yang banyak menguji jiwa dan merubah emosi. 


Manakan boleh disisih wanita dengan kegemukan. Penambahan berat badan yang ketara amatlah menduga profesionalan jiwa. Seprofesional apa jenis sekalipon kental jiwa mu pasti akan meruntun menjadi emosional bila wanita digurausindirkan dengan penambahan berat badan. Pergilah ke ceruk benua mana sekalipon, pertambahan kalori serta lemak yang semakin melipat di dagu mahupun hasilan baru di pelipat belakang menjadi igauan ngeri di malam-malam hari.


Mengakur segala jeans dan legging mahupon jeging adalah perlu disimpan di satu bahagian yang lain sudah cukup menguji ketahanan mental, ditambah si suami yang terlebih rajin menyusun atur segala jenis high heel di rak paling atas  yang memang tidak mampu dicapai jangkauan tangan sendiri. Mujurlah segala jenis muntah dan pening jarang hinggap sepanjang tempoh ini, kalau adapon sesekali menjengah. Jengahan yang langsung tak pernah dirungutkan, kerana ia adalah nikmat yang perlu dirasai manisnya menjadi syurga buat zuriat yang bakal terlahirkan.


Kerana nikmat mahu dibondakan, segala emosi yang mengocak ketenangan sanubari sedaya upaya dijauhhapuskan. Tak apalah tidak lagi meninggi diri tanpa bantuan sepatu hebat, tak mengapalah tanpa jeans lusuh kegemaran yang mencerut ketat hingga ke buku lali. Asal anak bonda sihat selamat dengan kondisi paling nyaman. Dagu berlipat bonda, telah bonda soroksusukkan dengan tidak lagi menggayakan shawl, sarung sahaja segala jenis bawal yang ada. Hilanglah membulat wajah yang bujur asalnya itu.


Asal kamu selamat anak, asal kamu selesa nyaman. Bonda perlu juga kuat menahan jiwa dan tabiat yang asal zahirnya sihat badan bonda tanpa segala jenis vitamin dan ubatan. Kerana mahu kamu betol-betol mendapat segala sepatutnya yang menjadi hak kamu, maka bersama empangan air hangat di tubir mata bonda telan lumat segala vitamin penambah zat. Asal kamu selamat anak. Asal kamu nyaman selesa.


Saat hebat merasa gerakan paling halus kamu, sudah cukup buat Bonda tersenyum hingga lena.


Melihat gerakan kamu paling jelas setiap kali checkup, melihat jemari kamu merumit-rumit gerakanya, melihat kamu dengan gaya paling lagak kaki di atas kaki itu buat ayah,bonda, doctor dan nurse tergelak kuat sayang. Dengan senyum simpol yang awak hadiahkan untuk bonda. Semua itu buat bonda terus tersegar dari lemau dan lesu. Mahu lekas disegerakan bertemu kamu dengan paling nyata.



:: senyum simpol paling manis ::


:: kaki atas kaki ::


No comments:

Post a Comment