12 February 2014

:: TRIMESTER PERTAMA ::



D terkagum sendiri dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Diberi rasa perit, tapi cukup indah nikmatnya bilamana perit itu sebenarnya kerana menampung satu nyawa pinjaman DIA untuk diamanahkan pada D dan B. Genap satu tahun melalui hidup diisterikan, diberi berita indah ini, ia betul-betul hadiah terindah untuk kami sekeluarga. Terima kasih Allah.


Melalui trimester pertama dengan segala perit di tekak, langsung tak memberi derita malah menjadi bahagia. Acapkali kami suami isteri sama berjemaah membuang segala isi perut, malah sering lebih derita melihat B yang lebih ekstrem menyembur segala isi tersebut hingga ke serata dinding bilik air. 




::merai 365 hari di suamIsterikan bersama berita indah::



Yang pasti, untuk trimester pertama ini, selera makan D langsung tak seperti kebanyakan seperti mereka yang lain. Selera D memang extra vaganza punya. Muntahlah macam mana sekali pon, lepas tu boleh hadap makanan semula. Malah, banyak benda yang D tak lalu nak telan sebelum ni, selamber je boleh pulak menerokai lereng tekak. Haishhh pelik betol. Contohnya durian, tapi time ni memamng tak berani langsung sentuh si raja buah ini. Selalu imagine dalam diam je, sambil berkecur-kecur air liur. Kadang-kadang terjaga pukul  1 2 pagi terus teringat nasik, owh nasikkkk memang meruntun jiwa okeh time ni. Sanggup bangun malam-malam masak nasik dengan goreng telur or goreng ikan makan dengan kicap. Perghhh.



::kudap-kudapan::

::hari-hari telan::

::sukatan biasa untuk kenyang sehingga tengahari::


Yang lain langsung takda nak teringin-teringin apa, yang ada depan mata je semua D boleh bedal kecuali susu. Hahhh ni lagi satu pelik, padahal sebelum pregnant D memang dah biasa minum susu. Lagi-lagi susu HL, memang sedap sangat. Dah kenapa sekarang rasa memang tak boleh nak masuk langsung segala jenis anmum ke friso ke, ape ke. Kadang-kdang tu, susu panas yang baru masuk keluar balik dengan suhu yang masih sama. Okey, habis cerita bab makan, dan tak payah lah ada yang nak tanya berapa kilo berat badan dah naik.


D mula buat buku pink masa kandungan 15 week, lewat 3 week sebab sepatutnya kena buat pada kurang dari 12 week. Buku pink D memang letih sikit lah nak mengadunnya, kejap kesana, kejap ke sini. Tapi takpelah, dah memang masalah sendiri kan? D yang beralamat di Lumut ni seharusnya kene check up dan buka buku pink di Lumut lah kan, tapi disebabkan D kerja kat Ipoh, makanya D nak checkup kat Ipoh je. Senang sikit sebab checkup gov biasanya adalah pada hari-hari bekerja. Pergilah ke KK Greentown dekat office ni, dah ditulis segala butir, disuruh D bawa buku pink D ni ke Lumut untuk di cop, kata sister di Greentown ni mereka tak nak amik risiko kalau jadi apa-apa pada D dan kandungan. Boleh macam tu? haishhhh, tak pelah D turutkan saje hendak mereka memandangkan mahu menggunakan khidmat mereka. Esoknya ditemani B, pergilah kami seperti yang disuruh, kat Lumut memang ada klinik kesihatan khas untuk isteri-isteri tentera membuat pemeriksaan kandungan. Kat sini sekali lagi melalui pemeriksaan macam semalam. Tapi kat sini memang setiap kali check up akan di scan, kat Greentown tak pulak. Selesai segala pemeriksaan darah, air kencing, janin pon dalam keadaan baik terus ke Ipoh semula. Tak lah sukar sangat pon sebenarnya, layanan pon baik-baik belaka. Taklah seperti typical cakap-cakap orang yang nurse gov ni kasar dan bahasa yang digunakan tak sopan. Setakat ni segalanya baik-baik sahaja.


Sebabkan tamak, D jugak buat pemeriksaan kat private. D checkup dekat Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan, dekat je dengan office. Tapi sebelum tu ada jugak dua tiga kali checkup kat Klinik Bersalin Yasmin di Lumut. Dah mananya tamak haloba kan, haruslah checkup kat banyak tempat. Hahahaha.


Untuk D kalau nak compare dua klinik swasta ni, Klinik Yasmin indah khabar dari rupa dan kos yang tinggi berbanding service. Malah mesin scan dia pon dah tersangatlah oldschool, klinik kerajaan kat Lumut lagi canggih okeh. Untuk Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan ni pada D berbaloilah dengan bayarannya. Doctor pon tersangatlah lemah lembut gemalainya. D dan B yang 1st time nak jadi parents ni macam zero je knowledge, bila dia tanya ada apa-apa nak tanya, sama-sama laki bini geleng kepala konon tak da apa nak tanya. Tapi doctor pulak yang buat penerangan panjang lebar even kita tak tanya. Termasuklah pasal vitamin yang boleh dan tak boleh diambil masa pregnant, tentang hubungan seks suami isteri di awal kehamilan, susu apa yang baik untuk di ambil, memandangkan Ibu ada kencing manis doc Zetty yang rawat D tak galakan amik Anmum sebab katanya Anmum ada lebih kandungan gula berbanding susu lain dan banyak lagi lah. 


Selain kuat makan, tak banyak perubahan untuk D. Kalau ada pon perubahan ofcos lah perubahan emosi kan? Dah kenapa dengar radio panggilan hangit Hotfm yang dah memang untuk seronok-seronok tu pon boleh nak bersedih bagai sampai sebak bergenang air mata entah? Tgok iklan tv pon boleh nak sebak sampai ketat-ketat dada. Tengok orang mintak sedekah kat pasar malam lagilah, sampai jadi benci nak ke pasar malam sebab tak sanggup nak tengok peminta-peminta sedekah di jalanan. 



Kesimpulanya, untuk trimester pertama ni tak adalah teruk sangat alahnya, muntah-muntah tu adatlah, memang lah kene kentalkan jiwa, tambahan pulak pagi-pagi hari nak mengharung lebih 90km dan balik kerja pon kurang lebih 90km lagi hari-hari ok, setiap hari!!! Kalau berhenti tepi jalan dua tiga kali sebab nk keluarkan isi perut tu biasalah kan? Masa ni perut pon memang tak nampak apa lagi, biasa-biasa je.




No comments:

Post a Comment