11 February 2014

:: S.Y.U.K.U.R ::


percaya, selama mana kita bersyukur dan bersama berkongsi nikmat bahagia adanya yang lain, selama itu bahagia selalu mengiring indah bersama.


Kalau bukan diberi sama seperti mereka, sekurangnya kita tetap ada sisi bahagia yang tak sama dengan yang lain, atau juga sekurang-kurangnya sisi bahagia yang manis untuk dikenang ingat.


D, sebenarnya membuak-buak rasa ingin mencoret segala yang indah sejak mengandung, dari trimester pertama, kedua dan sampailah sekarang ni dah masuk trimester yang ketiga. Tapi melihat sisi mereka yang lain, yang belum bersuami, yang belum mengandung, yang belum menikmat indah apa rasanya D merungut-rungut, merengus geram melihat bahagianya yang lain menghirup bahagia. D jadi sangsi dengan kehendak sendiri, takut melukakan dan banyak yang terluka perit pulak nanti. 


Tapi pada D, sejujurnya mereka-mereka ini sebenarnya tidak cukup sifat syukur apabila merungut-rungut bila tiba datangnya jodoh yang lambat, bila rezeki tidak memihak untuk melalui indah sekarang.Maaf bila ada yang tersedak kopi, bukan semua begini ada yang lebih teruk lagi diduga memberat berkaitan jodoh berpasangan, namum masih utuh menyokong dorong, malah menjadikan rasa indah kami-kami ini sebagai kekuatan untuk beliau bakal melaluinya juga suatu hari nanti. Ada juga yang sedang menghitung detik bahagia, sering sentiasa mahu menahu perkembangan D dan baby untuk sama merasa bahagia. 


Ahhh...
ketepikan segala sisi negatif itu, anggap sahaja syaitan dan iblis telah berjaya meracun hati dan nafsu mereka-mereka itu untuk menghilang nikmatnya syukur. 


Mari kita sama-sama menikmat syukur untuk diberi indah melalui segala ini. Mual, lemau, longlai, lemah, berubah segala fizikal,emosi dan tabiat langsung tidak meresahkan. 


Besarlah segala isi badan, Bonda rela. 

Bengkaklah segala jari jemari, Bonda sanggup.

Bergarislah segala urat diperut, Bonda mahu.

Berubahlah segala emosi, Bonda redha.

Hilanglah segala seri, Bonda pasrah.



Asal selamat kamu melihat dunia dengan sempurna iman dan fizikal, sihat jiwa dan rohani menjadi manusia gagah menongkah arus kehidupan nanti. 



      anak paling malu nak menunjuk-nunjuk jantina sendiri








No comments:

Post a Comment