24 December 2013

:: Tied by Blood ::



Selamat Ulang Tahun Kelahiran Angah.


Angah,

Kawan baik pertama yang D ada. 
Dengan darah yang sama aliran nasabnya, moga-moga terus kekal hingga ke syurga berbaik bersama.

Memang kita selalu iri mendengki dengan lebih kurang masing-masing,
tapi kita akan menyinga kalau ada yang lain memaki antara kita. Kerana hubungan sedarah mungkin, sebab itu, hanya kita sahaja yang boleh memaki antara kita, bukan orang lain, bukan orang luar.

Kita bukan selalu menunjuk rasa sayang sesama sendiri, jauh sekali berdakapan,mengucup penuh mesra di serata kebiasaan orang. 
Kerana kita simpan ego yang sarat tanpa perlu memperlihat kasih.


Jarak umur yang tak menjauh, mungkin kerana itu sesama sendiri mahu diberi perhatian sekeliling yang lain. Kerana itu, tika di alam anak-anak, iri mendengki sering meraja di istana hati masing-masing.

Tapi atas desakan ekonomi keluarga atau mungkin strategi IbuAbah mahu biar kita merapat sama sedari kecil, kita sering berkongsi Teddy Bear yang sama untuk di buat anak bila bermain, kita miliki sudip dan kuali plastik yang sama bila kita main restoren-restoren, kita juga setiap tahun dijahit baju raya dengan desingn dan warna yang sama oleh Ibu.Dan hampir setiap apanya yang kita miliki, itu adalah perlu dikongsi sama atau diberi seadil mungkin rasa dan nikmat. 

Meningkat remaja bersama, 
Kita disogok oleh naluri remaja. Berkongsi kisah ceritera berdua, menyimpan rahsia tanpa tahu yang lain, dan terkadang empang rahsia sering dilepaskan D hingga akhirnya berbirat lebam badan kita dipukul pulas IbuAbah. 

Sebenarnya terlalu singkat kisah remaja kita bila Angah berkahwin dalam usia yang muda. Hati sebenarnya tercalar bila hanya sempat sekejap berdua merapat erat. Tapi Allah itu sehebat-hebat perancang. Selepas berkahwen, kita sebenarnya lebih mengerat, hilang sudah iri mendengki ketika zaman anak-anak. Yang tinggal kini, kita berkongsi memberi sepenuh kasih buat anak-anak kita bersama.

Membesar bersama, bergaduh, menjerit terpekik melolong, menangis bercakaran, bertumbuk menendang, dan jarang-jarang berdakapan mesra sebenarnya itulah kasih kita. 

Jangan ada yang lain menikam di belakang kita, pasti itu juga adalah musuh bersama. 

Entah kenapa, kita terlalu ego menunjuk sayang. Tapi kita punya cara tersendiri meluah kasih. 


Selamat segalanya untuk Angah,
Selamat untuk setiap apa yang dilakukan dan akan berlaku. 
Selamat terus menjadi anak manja kesayangan Abah.
Selamat terus menjadi tempat bergantungan adik beradik yang lain.
Selamat selamanya menjadi isteri dan mama yang power untuk Abang Arruf dan anak-anak.
Selamat terus berkhidmat untuk keluarga.

Selamat terus menjadi satu-satunya kakak D.






P/s: A sister your first best friend. Someone that instantly becomes your companion. Tied by blood. Someone taht arows up together with you. Someone who see the real you everyday since the day she was born.

To my dearest sister MASDAWANI AZMAN. Happy 28th birthday. Ilove you unconditionally even if we fight , argue and slams doors on each other a lot because that what sisters do.

May this year ahead brings you arace, barakah and rahmah. 
May ALLAH ease your plans and provide the best.


entry ini sepatutnya untuk esok: 25 Dec


No comments:

Post a Comment