11 September 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU PAK UDE AND MAK UDE


Bukan senang sebenarnya pergi berjalan handle anak sorang-sorang tanpa opah. Memang terkontang kanting bonda sebab selama ni pergi mana pon opah ada sama menguruskan babyK. Takde ayah bonda boleh steady senyum lagi, tapi bila takde opah memang berguguranlah rambot dengan banyaknya berserta air mata yang berjuraian. Ehhh macam takde kaitan pon.



Kali ni ikot FIL sebagai rombongan pengantin memang mencabar kredibiliti bonda dalam menguruskan esak tangis anak kecik. Yang paling stress sebenarnye ketiak D naik bisol. Hoiiii gile tak nangis, ada dua bijik naik, sebijik dah nak pecah sebijik lagi baru nak membesar. Memang nak dokong anak pon macam orang cacat, sampai mc lah hari jumaat tu disebabkan  bisoi tu. Oklah, sedih citer sal bisol sebab sakit tanggung sorang-sorangkan? So, meh kita sembang pasal nikah kawen. Hahhh yang ni best.



Petang jumaat tu lebih kurang pukul 7 mak abah mertua D datang ambil D and baby K kat rumah ibu di Kamunting. Sebabnye D macam susah nak drive sebabkan ketiak ku yang sakit menyengat-nyengat. Kalau baby K je tak pe, sebab dia suka duduk dalam car seat dia tu. So pengantin lah kena tolng kakak ipar drive, baby K temankan Pak Ude drive sambil dudk dalm car seat langsung tak tidor. Bonda jadi bos besar duduk kat belakang.


good boy bonda

Malam dekat pukul 8 macam tu baru sampai. Tunggu pihak pengantin perempuan bagi kunci rumah di Masjid Seberang Jaya. Sebab kat area situ jugak rumah yang akan kami duduk pon. Sekali rupanya rumah tu dalam pagar Masjid je wehh. Memang kalau lewat lagi tak tau lah kan? Masuk rumah, angkut barang semua keluar balik pegi makan. Time ni dah meriah dah sikit sebab mak su dari Penang pon dah tunggu sekali. So macam rombongan makin bertambah, bila bertambah makin meriahlah. Sempatlah bergosip-gosip sambil tahan sakit ketiak dengan geng mak mak. I is joint geng mak mak sekarang ni okeh. hahahahaha



Pagi semua bangun awal, geng bapak-bapak sembahyang subuh kat masjid. Gila tak awal bangun, rumah dalam masjid. Dah rasa orang datang azan kat telingan je kan? Malam tu baby K memang tak meragam langsung, maybe sebab mak kau nih sakit ketiak so kau pon bagi chance la mak kau ni tidor lena yang tak berapa nak lena tu kan. Pagi tu memang bangun awal, mandi solat and terus pump susu. Gila ke depan orang anak menangis nak selak baju merah menyala I tu bagi susu. Ohhh no no no. Haruslah pump siap-siap. Siap semua baru kejutkan baby K, mandikan dia and siap.



milk,toys,songkok,handkercif dan seketoi budak meneran berak 

Jalan kaki je masuk Masjid kat depan tu. Dan duduklah kau terpisah dari rombongan bila anak merengek-rengek sebab tak selesa rupanya bontot dah berisi kueh. Baby K ni memang kalau ada sikit pon kueh dalam pempers terus tak senang duduk lagi tak bersihkan. Milk pon memang tak kan minum kalau ada isi. Padan muka kita berdua kene duduk jauh sebab takut nanti mengganggu majlis nikah. Amik pic pon dari jauh je. 


gambor dari jauh : sebelum nikah

pak ude tengah debor-debor time ni


dah tukar pempers baru boleh joint balik


sesi penyerahan mas kawen



selepas nikah



family potret without ayah


bonda yang over sengeh



ramai-ramai



baby K with atok cik



selamat penantin balu pak ude and mak ude


Acara pernikahan ni settle dalm pukul 11 lebih macam tulah. So D pon kendonglah baby K bawak balik ke rumah yang disediakan. Packing-packing barang masokkan dalam bonet semua siap-siap sebab lepas ni terus nak ke majlis reception kat dewan apa ntah namanya. 


Sedih bila semuanya kene buat sendiri, selalu ada ibu tapi ibu tak ikot sebab demam. Time angkot barang-barang beg semua rasa nak menitik air mata, ketat dada. Terus macam nak jerit kuat-kuat. Selalu kalau situasi macamni ibu pegang baby K, and D yang uruskan barang-barang. Tapi bila takda ibu semua kene buat sendiri. Angkot barang sambil kelek anak sebelah tangan. Haruslah menangis kan??? Time ni yang lain ramai kat masjid, termasuklah mak mertua. So, memang xde sapalah nak pegang baby K. Adalah yang lain tu tapi tak berapa kenal sangat saudara mara B. Lagipon risau dorang pakai purfume yang baby K tak boleh bau, so anak sendiri memang kene kelek sendirilah jawabnya. Ok, dah habis membebel sambil mengenang nasib diri. hahahahahahhaha.



pak ude and mak ude


Senangkan majlis nikah and sanding dalam hari yang sama. Senang tak payah nak amik cuti banyak hari and baju pon satu je. Balik tukar baju baby K sebab macam bau tak best je lepas dia berak tadi tu kan. Sementara tunggu pak ude and mak ude bersiap solek untuk majlis sanding nanti sempatlah pump kan sebotol lagi milk baby K.



baby K dengan anak K. Yana

makan beradap



FIL






anak-anak dara



mak ude, baby K and bonda

 selfie dengan geng anak dara


Perkara yang dirisaukan akhirnya terjadi jugak. Habis majlis dekat dewan tu, D tolong hantarkan mak saudara B sekeluarga ke seberang sana. Time ni baby K dah start merengek-rengek tak selesa. Milk pon tak nak. D nak drive pon tak senang. Sekali otw hantar tu baby K muntah selambak. Habis keluar semua milk, badan pon jadi lembik. Memang risau tak tau nak cakap apa dah, bonda sama naik pucat dengan baby K. Maybe ada bau-bau yang dia tak tahan kot. Akhirnya tak jadi balik petang tu sebab baby K meragam. Macamana nak drive kan? Pengantin of cos lah kene tidor sana. Makanya, terpaksalah D pon tumpang tido dekat rumah mak saudara B dekat sana. Esok pagi, baby K dah ok baru balik. 


Ayah outstation ke KL untuk majlis sambutan kemerdekaan tak dapat balik sebab majlis ni 30hb ogos. Kesian ayah tak dapat balik dan bertabahlah bonda. Bertabah bukan sebab rindu, bonda dah biasa jauh-jauh macam ni, bertabah sebab anak kene pikul sorang-sorang.


kekuatan bonda

No comments:

Post a Comment