25 August 2011

KERANA KETIDAKSEMPURNAAN


Hendak di marah, betul cemuhnya
Hendak di maki, betul cacianya
Hendak di carut, betul hinaanya
Hendak di bidas, betul umpatannya

Kerana D yang tidak pernah sempurna, sering alpa, mudah tersasar dan terpesong jalanan hidup.

Memang D on off dalam memakai tudung. Sebetulnya ketika semester kedua di tahun ke dua baru D mula mengenakan tudung. Ketika  satu Ramadan dua tahun lalu. D terpanggil untuk bertudung saat itu,ketika itu dan masa itu.

Tapi, berakhir langkah kaki ke kuliah sememangnya D masih belum kuat untuk terus beristiqamah berhijab.
Masih belum kukuh untuk D berdiri dilandasan yang sebetulnya barangkali
atau mungkin syaitan terlalu akrab dengan D sehinggakan 
hasutan itu sering D patuhi.

Sebetulnya D mula bertudung ke kelas sahaja ketika itu.
 Dan sehingga kini, D hanya bertudung ketika datang berkerja sahaja.
Bagi D, ini permulaan untuk D.
Mungkin hidayah ALLAH atau
 petunjuk NYA masih belom jelas tepat ke benak hati D.
atau mungkin sebenarnya hati D yang semakin hitam lebam untuk terima nur dariNYA?

Bukan D tidak tahu, mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram adalah di laknat ALLAH.
Bukan D tidak sedar perbuatan tersebut tergolong dalam kalangan ahli neraka kelak.
Bukan D tidak mengerti akan setiap hukum, dosa dan noda tersebut.

Cukup segala didikan ibu abah.
Cukup hukum agama yang D terima untuk kenal tahu erti dosa pahala, neraka dan syurga.

Beri D sedikit detik lagi untuk kenal lebih rapat untuk rasa puas dunia muda.

Memang jahanam untuk D bila berfikir seperti tersebut.
Kerana D sedar untuk mati itu bukan hanya si tua.
Muda belia juga anak-anak sedang menyusu badan boleh tercabut nyawa dari jasadnya, bila itu mahu NYA.
D cukup maklum akan perihal itu.

Wahai mulut yang berkata kata
Kamu bebas untuk mencemuh hina D
Kamu juga boleh selamanya mengumpat caci D
Kerana kamu hebat
Kamu baik
Kamu mulia
Kamu memang ahli syurga barangkali
dan D bukan lah menantu pilihan hati si mentua seperti katamu wahai tangan yang menaip dan mulut yang berkata-kata.


~kerana D tidak pernah akan sempurna~

No comments:

Post a Comment